DYT 15 - HAMPIR BERSAMA!

Romance Series 522373

“KENAPA you suka sangat cari masalah ha? What’s wrong with you! I dah beritahu tempoh harikan, yang kita ni dah putus. Kenapa you masih lagi nak ganggu hidup I dan wife I? Tak cukup lagi ke apa yang you dah buat?”

“I tak tahu kenapa dengan I... I memang tak boleh nak lupakan you. Bukan senang untul I lupakan. Terlalu payah Zayn. Cinta you masih tersemat di dalam hati I ni. Macam mana I nak lupakan?” Air mata yang ditahannya tadi, perlahan-lahan mengalir di pipi.

“Sekarang ni I tak nak tahulah pasal you tak boleh lupakan I ke apa. Dan sekarang ni yang I nak tahu, apa yang you dah cakap pada Darissa tadi?” Zayn Izrel tidak mahu berlembut dengan Natasya.

Natasya mengetap bibirnya. Rasa amarahnya tidak dapat dibendung lagi.  “You lebih pentingkan apa yang I katakan kepada Darissa, daripada diri I ni? Mudahnya you lupakan I Zayn... terlalu mudah...”

“I don’t care. You yang hancurkan semuanya. Dan sekarang ni you nak salahkan I pula? Semua ni, berpunca daripada you juga. Jangan you nak tunding jari you pada I pula ya? Dan sekarang ni, jawab soalan I tadi!” Suara Zayn Izrel separuh meninggi. Kalau hendak diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menghamburkan amarahnya kepada Natasya. Tetapi memikirkan mereka di tempat awam, Zayn Izrel terpaksa menahan.

Riak wajah Natasya mula berubah menjadi marah. “You nak tahu apa yang I cakap pada Darissa? I cakap, I nak jadi wife nombor dua you. And then you nak tahu apa Darissa cakap pada I pula? Dia kata dia tak kejam. Dia suruh I berusaha untuk dapatkan you. Dan dia juga nak you ceraikan dia, kalau I kahwin dengan you.”

“Darissa nak I ceraikan dia?”

“Yup. Dia tak marah I langsung. Dia tak nak hidup bermadu. Dan dia tak kisah kalau I nak kahwin dengan you pun. Kenapa you nak pertahankan perkahwinan you ni? Sedangkan wife you tak kisah langsung pasal you? Lebih baik you kembali kepada I, daripada you teruskan perkahwinan you tu dengan Darissa.” Natasya benar-benar berharap yang Zayn Izrel mahu kembali kepadanya semula.

“Tak. I tak akan kembali kepada you. Wife I hilang ingatan sekarang ni. Dan inilah peluangnya untuk I tambat hati dia, daripada I kembali kepada you.”

Hati Natasya bagaikan disiat-siat ketika ini. Zayn Izrel benar-benar sudah berubah. “I benar-benar terluka dengan you Zayn. Kenapalah I boleh kenal dengan you? Apa yang hebat sangat perempuan tu?!” Natasya memukul dada bidang Zayn Izrel. Dia melepaskan rasa amarahnya.

“Suka hati you la nak cakap apa pun. Semua ni bukan salah I. Kalau nak diikutkan, I tak pernah buat masalah. You yang buat masalah. Semuanya berpunca daripada you juga. Jangan nak play victim pula dengan I. You dah lupa, apa yang you dah buat pada my mom? Jangan nak buat-buat lupa pula. After this, jangan berani-berani datang ke sini lagi. Ingat tu Natasya.” Zayn Izrel tidak mahu lagi bertekak dengan Natasya. Lebih baik dia beredar sahaja dari sini. Laju sahaja dia mengayunkan langkahnya.

Pada awalnya Zayn Izrel mahu mengajak Darissa makan tengah hari bersamanya. Tetapi setelah apa yang terjadi tadi, terus sahaja dia membatalkan niatnya. Biarlah Darissa reda dulu. Takut pula disebabkan Natasya tadi, telah membuatkan Darissa sakit hati. Dia tidak mahu muncul pada waktu yang tidak tepat.

Mata Natasya tidak lepas merenung Zayn Izrel yang sudah pun masuk ke dalam perut kereta. Laju sahaja kereta lelaki itu meluncur laju meninggalkan kawasan syarikat milik Darissa.

Natasya menyeka air matanya. Entah kenapa dadanya berasa sebak. Kenapa begitu mudah Zayn Izrel membuang perasaannya?

 

DARISSA berjalan keluar dari lobi syarikat. Pada awalnya dia langsung tidak mahu pulang bersama Zayn Izrel. Dan dia lebih rela menumpang kereta Hani, ataupun menaiki Grab sahaja. Tetapi suaminya tetap bertegas mahu mengambilnya.

Pin! Pin!

Bunyi hon telah mengejutkan Darissa. Kereta Audi milik Zayn Izrel sudah pun berhenti di tepinya. Laju sahaja Zayn Izrel melangkah keluar dari perut kereta, lalu pintu kereta di bahagian penumpang dibuka.

Beberapa orang pekerja Darissa mula memandang ke arah mereka berdua. Wajah Darissa mula merona kemerahan.

“Apa you buat ni? I boleh buat sendirilah.”

“Tak apalah. Lagipun you masih tak sihat lagi. Tengok dahi tu. Masih tak okey lagi, kan? Dan I dah terfikir, setiap hari I nak layan you macam princess... tak apa, kan?” Zayn Izrel tersengih. Sengaja dia mahu mengusik.

“Jangan nak merepeklah. Bukannya kaki I sakit or luka. Yang luka, dahi ni aje. Tak perlu nak layan I macam princess. I boleh masuk kereta sendirilah.” Darissa terus melangkah masuk ke dalam perut kereta, diikuti Zayn Izrel. Dia sememangnya malas mahu melayan karenah Zayn Izrel.

Zayn Izrel tidak mengambil hati. Baginya tiada masalah jika dia mahu melayan Darissa seperti seorang puteri. Lagipun dia sudah nekad, yang dia mahu menambat hati Darissa. Dan dia juga tidak mahu berputus asa.

Tanpa menunggu lagi, Zayn Izrel terus menekan pedal minyak. Sesekali dia melirik ke arah Darissa. Isterinya kini sedang membuang pandang ke luar tingkap.

“I kan dah cakap, I nak tambat hati you.” Zayn Izrel bersuara.

“Tak perlulah nak tambat hati I ni. Lagipun your girlfriend dah minta izin I, untuk kahwin dengan you. Hmm apa ke nama dia? Natasya?” Darissa tersenyum sinis.

Zayn Izrel ketawa kecil. “Ya, Natasya. Dia ada datang tadi, kan?”

Darissa memandang Zayn Izrel. “Dia beritahu you la?”

“Taklah. Tengah hari tadi I datang office you, nak ajak you lunch. Terkejut juga tiba-tiba aje dia datang ke syarikat you. But don’t worry, I tak nak kahwin dengan dia pun. I dah ada wife. Jadi, I tak terfikir nak cari lagi seorang wife. Cukup hanya you seorang sahaja.”

Darissa tersenyum mengejek. Cukup hanya dia seorang? “Mana you tahu dia datang sebab nak minta izin I?”

“Of course la I tanya dia, sebab apa dia datang ke syarikat you. Tapi kecil pula hati I ni. Sanggup you izinkan dia, kahwin dengan I. Dan you minta I ceraikan you. I tak nak ceraikan you. I nak sehidup semati dengan you.” Tangan kiri Zayn Izrel pantas menarik tangan kanan Darissa, lalu dibawa ke bibirnya. Manakala tangan kanan masih memegang stering kereta.

“Eh, apa ni.” Darissa mahu menarik tangannya kembali. Tetapi suaminya memegang kuat tangannya, lalu dikucup lembut.

“Lebih baik you duduk diam-diam. Nanti tak pasal-pasal  kereta ni terbabas pula.” Zayn Izrel tersengih.

Darissa mendengus kasar. Geram pula dia dengan sikap suaminya itu. Nak tak nak terpaksalah dia membiarkan walaupun hatinya tidak rela.

Tidak lama itu kereta yang dipandu Zayn Izrel berhenti di hadapan Rosyam Mart yang terletak di Setiawangsa.

“Kita nak buat apa dekat sini?” soal Darissa, dengan matanya merenung orang ramai yang keluar masuk dari Rosyam Mart tersebut.

“Nak beli barang dapur. I ingat nak masak.” Zayn Izrel berjalan keluar dari keretanya, begitu juga dengan Darissa.

“You nak masak? Seriuslah?”

“Apa? Ingat lelaki tak tahu masak?” Zayn Izrel menjongketkan kening kirinya. Darissa pula membalas dengan jelingan.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam pasaraya tersebut. Troli diambil. Darissa mula mati kutu. Apa yang perlu dia lakukan? Mengekori sahaja belakang suaminya? Ah, tak kisahlah. Bukannya dia yang nak masak.

Zayn Izrel ketika ini sedang mengambil spaghetti, sos carbonara dan juga sayur brokoli. Baru dia perasan, yang isterinya daripada tadi mengekori di belakangnya sahaja.

“Baby... jalan sebelah I ni. Janganlah jalan belakang I ni pula. Tak romantiklah macam ni.”

Kebetulan ada pasangan suami isteri dan anak perempuannya, turut berada di situ, dan sedang memilih sayur.

“Mama tengok kakak tu. Dah besar pun nak panggil baby,” ucap seorang budak perempuan yang boleh dianggarkan berumur 7 tahun.

Wajah Darissa terus sahaja merona merah, sambil menahan malu. “You tengok, budak kecil perli I. You suka sangatlah panggil I baby.” Darissa bersuara perlahan.

“Eh, apa cakap dengan kakak macam tu? Maaf ya encik, cik. Anak saya ni memang suka terlepas cakap.” Bapa kepada budak perempuan tadi, terus memohon maaf kepada mereka berdua.

“Tak apa. Biasalah budak-budak.” Zayn Izrel tersenyum.

Keluarga tersebut terus sahaja berlalu pergi.

“Biasalah budak-budak? Lepas ni, jangan nak panggil-panggil I baby. I tak suka, you faham tak?” Darissa memberi amaran.

“You tak suka, tapi I suka.”

“Sudahlah. Malas I nak melayan you ni lagi.” Darissa terus sahaja melangkah meninggalkan Zayn Izrel di situ.

Zayn Izrel ketawa kecil. “Baby tunggu.” Laju sahaja dia menolak troli, sambil mengejar Darissa yang laju sahaja ke depan.

 

MATA Darissa sudah memberat. Jam pula sudah menunjukkan pukul 9 malam. Entah apa yang menyebabkan dia berasa mengantuk.

Tok! Tok!

Pintu diketuk dari luar.

Pandangan dihalakan pada pintu biliknya. Dengan rasa malasnya, Darissa berjalan menuju ke muka pintu, lalu daun pintu dibuka.

“Jom, I dah siap masak dah. Kita makan ya?” Zayn Izrel tersenyum manis.

“You masak?”

“Yalah, kan kita pergi beli barang tadi? Yang I ambil spaghetti, sayur semua tu apa?”

Darissa melepaskan keluhan. “I mengantuk sangat ni. Tak naklah makan.”

“Sampai hati you tak nak makan. Husband you masak tau tadi? Tak teringin ke nak makan air tangan husband you ni?” Zayn Izrel tayang muka sedih.

Kedua-dua bebola mata hitam milik Darissa, naik ke atas. Menyampah sungguh dia mendengarnya.

“Yalah. I makan. Nanti tak makan, touching pula,” perli Darissa.

Zayn Izrel tidak mengambil hati. Mereka berdua terus berjalan ke bawah bersama-sama, menuju ke meja makan.

Darissa melihat di atas meja sudah terhidang dua pinggan spaghetti carbonara dan juga dua gelas air kosong.

“Betul ke ni you masak?”

“Habis tu, siapa yang masak? Hantu?” Zayn Izrel menarik kerusi.

Darissa mencebik.

“Duduklah.”

“Boleh tak you jangan layan I baik-baik macam ni? I tak selesalah. Dan jangan buat sampai I tersentuh dengan layanan you.” Darissa melabuhkan punggungnya di kerusi lain. Sikit pun dia tidak mahu tersentuh dengan layanan Zayn Izrel.

Zayn Izrel sekadar tersenyum nipis. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang ditariknya tadi.

“I dah cakapkan, I nak tambat hati you? Tak apalah kalau you tak tersentuh pun. Tapi I tetap nak layan you macam princess.” Zayn Izrel mengangkat sudu dan garfu.

Darissa tidak mahu melayan. Dia turut mengangkat sudu dan garfu di tepi pinggan. Tanpa menunggu lagi, dia terus menyuap spaghetti carbonara ke dalam mulutnya. Lebih baik, dia cepat-cepat menghabiskan makannya, daripada dia menghadap wajah Zayn Izrel lama-lama.

Mata Darissa mula membulat, saat merasakan kelazatan spaghetti carbonara di dalam mulutnya. Ini kali pertama dia merasakan spaghetti carbonara yang begitu sedap sekali baginya.

“So how? Sedap tak I masak?” Zayn Izrel sedang mengunyah spaghetti di dalam mulutnya, dengan tunak matanya memandang Darissa.

Darissa mengangguk. Tak dinafikan. Memang sedap! Laju sahaja dia menyuap, lagi dan lagi.

“You makan gelojoh sangat tu. Cuba makan slow sikit. Tengok tu, ada kuah carbonara tepi bibir.” Zayn Izrel laju sahaja mengelap kuah carbonara di tepi bibir Darissa dengan menggunakan ibu jari tangannya. Setelah itu, ibu jarinya tadi, terus dibawa ke mulutnya, lalu dijilat perlahan.

Darissa tercengang. “You... you buat apa tadi?”

“Oh, ni? Jilatlah. Why?”

“Kotorlah.”

“Tak kotorlah. Anggap ajelah, macam I kiss you.” Zayn Izrel melemparkan senyuman yang paling manis buat Darissa.

“Eee! You ni merepek.” Darissa tidak mahu melayan Zayn Izrel lagi.

Dia mahu cepat-cepat menghabiskan makanannya. Dalam 15 minit, dia selesai menjamah makanan tersebut, begitu juga dengan Zayn Izrel.

Darissa terus sahaja bangun dari kerusi. “Sinilah pinggan tu, I cuci.”

“Eh, you nak cuci?”

“Yalah, kan tadi you dah masak. So, sekarang ni, I cuci pinggan pula.” Darissa terus mengambil pinggan milik Zayn Izrel lalu dibawa ke dapur.

Zayn Izrel memandang Darissa yang sudah menghilang daripada pandangannya. Dia turut bangun, dan menuju ke dapur.

Pada ketika ini, Darissa sedang ligat mencuci pinggan mangkuk, tanpa menyedari kehadiran Zayn Izrel.

Zayn Izrel terus bersandar pada dinding lalu kedua-kedua tangannya disilang ke dada. Dia memerhatikan sahaja isterinya mencuci pinggan mangkuk. Tidak lama itu dia tersenyum sendiri.

Siap sudah pinggan yang dicuci Darissa. Dia terus mengelap tangannya pada tuala kecil yang tersangkut di tepi peti ais. Dia terkejut melihat Zayn Izrel yang berada di dapur.

“Buat apa dekat dapur ni? Pergilah naik atas.”

“Saje nak tengok my wife. Rajin sungguh. Isteri siapalah ni ya?” Zayn Izrel mengusik.

“Tak habis-habis nak merepek aje you ni.”

Darissa tidak mahu mengendahkan Zayn Izrel lagi. Belum sempat dia mahu melangkah keluar dari dapur, tangannya terus sahaja ditarik suaminya, lalu tubuhnya ditolak ke dinding. Darissa benar-benar tergamam. 

Tangan kanan Zayn Izrel mula memagut dagu Darissa. Matanya terus menikam ke dalam anak mata milik isterinya.

Darissa bagaikan dipukau. Dia langsung tidak bergerak, walau seinci pun. Hanya kedengaran deru nafas mereka berdua sahaja ketika ini.

“You tahu tak, you miliki mata yang cantik?” puji Zayn Izrel.

Darissa masih tidak bersuara. Kenapa dengannya? Kenapa dia tidak menolak sahaja tubuh Zayn Izrel? Wajah Zayn Izrel pula, semakin hampir dengan wajahnya. Apa yang Zayn Izrel mahu lakukan?

“I akan tambat hati you Riss, sampai you jatuh cinta pada I. Dan I nak hidup bersama-sama dengan you, sehingga hujung nyawa I,” ucap Zayn Izrel lagi.

Ikhlaskah kata-kata Zayn Izrel itu?

Tanpa menunggu lagi, bibir Zayn Izrel terus sahaja memagut bibir mongel milik Darissa dengan lembut. Tangan kiri pula, menarik tubuh isterinya rapat ke dalam dakapannya. Dikucup dengan penuh hangat, tanpa mempedulikan apa yang akan difikirkan Darissa nanti. Tetapi isterinya langsung tidak menolak. Adakah dia sudah diberi green light?

Darissa memang tidak menolak. Dia benar-benar khayal dengan kucupan Zayn Izrel ketika ini. Matanya dipejamkan. Kedua-dua tangannya mula memeluk erat tubuh sasa suaminya.

Zayn Izrel mula merasakan tubuhnya dipeluk erat ketika ini. Ya, Darissa benar-benar sudah memberikannya green light. Dari bibir, terus turun ke leher jenjang milik isterinya. Dikucup leher isterinya kiri dan kanan dengan penuh nafsu. Dan nafas mereka berdua sudah mula tidak teratur ketika ini.

Tanpa menunggu lagi, Zayn Izrel terus menarik tangan Darissa menuju ke sofa di ruang tamu. Isterinya pula tidak menolak, dan hanya menurut sahaja. Tubuhnya terus direbahkan di atas sofa tersebut.

Darissa tidak mengerti dengan perasaannya ketika ini. Kenapa dengannya? Kenapa dia tidak menolak sahaja? Dengan nafsunya pula, semakin membuak-buak. Dia tidak dapat menahan nafsunya lagi. Zayn Izrel benar-benar telah menggodanya. Tidak salahkan, kalau dia mahu bersama dengan suaminya sendiri?

Zayn Izrel sudah membuka baju t-shirt yang dipakainya waktu ini. Laju sahaja dia menindih tubuh badan Darissa yang sudah terbaring di atas sofa.

Tangan kanan Darissa mula menyentuh dada bidang milik Zayn Izrel, lalu diusap dengan penuh lembut.

“Zayn...” Darissa bersuara, dengan matanya yang kuyu sambil merenung ke dalam anak mata suaminya.

“Baby...” ucap Zayn Izrel pula, lalu dia membenamkan wajahnya pada leher jenjang milik Darissa.

Darissa mendesah perlahan, sambil memejamkan matanya. Dia rela menyerahkan tubuhnya kepada Zayn Izrel.

Ting! Ting!

Telefon bimbit milik Zayn Izrel mula berdering ketika ini. Deringan tersebut betul-betul di tepi sofa, di mana tempat mereka berbaring.

Kedua-dua mata Darissa terbuka luas. Siapa pula yang mengganggu mereka berdua ketika ini?

Zayn Izrel tidak menghiraukan deringan telefon bimbitnya. Bibirnya sudah menghampiri dada isterinya.

Ting! Ting!

Semakin kuat deringan tersebut.

Darissa tidak menunggu lagi, laju sahaja tangannya menolak kepala Zayn Izrel, daripada menghampiri dadanya. “Pick up the call.”

“Seriously baby?” Riak wajah Zayn Izrel terus sahaja berubah.

Darissa tidak peduli. Dia bangun dari pembaringan, lalu tubuh suaminya ditolak.

Zayn Izrel menahan rasa amarahnya. Siapa pula yang menghubunginya? Tidak mungkin Natasya. Nombor telefon wanita itu sudah disekatnya.

“Jawablah call tu. Mungkin ada benda penting ke? Tak pun family you ke? Ataupun Natasya?” Darissa meneka.

“Nombor Natasya I dah blocked. Kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi dah. Nak buat apa I simpan lagi nombor dia?”

Darissa terkejut. Zayn Izrel sudah menyekat nombor telefon kekasihnya? Benarkah mereka sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan?

Zayn Izrel pantas menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil. Butang pembesar suara terus sahaja ditekan. Biarlah jika Darissa mahu mendengarnya. Tangan kirinya, memegang erat pergelangan tangan Darissa. Dia tidak mahu Darissa naik ke bilik, dan meninggalkan dirinya di situ. Ada perkara yang belum mereka berdua selesaikan. Dia tidak mahu kejadian tadi berakhir begitu sahaja.

“Hello?”

“Hello, ini Encik Zayn Izrel ke? Maaf saya hubungi encik malam-malam begini.”

Darissa memandang wajah Zayn Izrel. Sudah kenapa suaminya menekan butang pembesar suara?

“It’s okay. Ini siapa ya? Dan ada apa hubungi saya ni?”

“Saya call dari Hospital Pantai. Cik Natasya, tunang encik, sudah dimasukkan ke hospital. Dia telan pil tidur terlalu banyak encik. Hampir sahaja meragut nyawanya. Boleh encik datang ke hospital sekarang? Dari tadi dia asyik sebut nama encik sahaja. Kami dapat hubungi encik pun, sebab di dalam phone book, dia letak encik tunang.”

Darissa terkejut. Tunang? Takkan Zayn Izrel sudah bertunang dengan Natasya?

Zayn Izrel benar-benar terkejut. Natasya menelan pil tidur? Tangan kiri yang memegang pergelangan tangan Darissa tadi, terus sahaja dilepaskan. Dia laju sahaja bangun dari sofa tersebut.

Darissa yang melihat keadaan itu, mula terasa hati. Zayn masih tak dapat lupakan Natasya? Jadi, sebenarnya dia tipu aku? Bodohnya kau Darissa! Kau hampir nak bersama dengan dia tadi! Hampir bersama!

Darissa turut bangun. Tubuh Zayn Izrel terus ditolak kasar. Dia tidak mahu memandang wajah suaminya itu, lalu dia berlari naik ke biliknya. Hatinya benar-benar sakit.

Share this novel

Suhaiza5442
2023-10-23 08:56:47 

Novel nie smpai bab brapa ya

norsila
2023-07-01 16:44:17 

alaaa natasyah ni..nok bunuh diri biarknlah..sajo joo tu nk prhatian zyn jooo.zyn ni pon tmkn juga..hahaha..padan muko dah isteri tk caya samo zyn....lopas ni mlopaslah zyn..plan tk jadi lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience