DYT 8 - BERCERAI?

Romance Series 522373

NATASYA memandang Zayn Izrel dengan penuh harapan. Dia benar-benar berharap yang Zayn Izrel bersetuju dengan cadangannya.

“Zayn? You dengar tak I cakap apa tadi? Kenapa you diam? Jawablah.”

“Sya, you sedar tak apa yang you cakap ni?”

“Yes. I sedar. Dan I memang dah buat keputusan. Sebab tu I ajak you nikah di Thailand. Lagi pun I memang tak ada wali. Ayah I dah meninggal lama. Mak I cuma ada kakak. Dan I pun tak ada abang, mahu pun adik lelaki. Siapa yang boleh jadi wali I? Kita nikah di sana ya? I dah bersedia.” Natasya memegang kedua-kedua tangan Zayn Izrel.

“No, this is wrong.”

“What? Apa yang salah? Kita nikah tetap sah. Nanti kita daftarlah perkahwinan kita di Malaysia. Please Zayn... jangan hampakan I. I truly love you...”

“Sya... I tak nak malukan mama and papa I. I tak nak buat benda-benda macam tu. Kalau I nak nikah dengan you pun, I nak mama and papa I tahu. Termasuklah wife I sekali.”

“Kalau macam tu, you bawa I jumpa mama you. I sanggup Zayn. I sanggup mohon ampun dengan dia.”

“Tak... you tak boleh paksa I macam ni. Kalau ia pun, bagi I masa. I baru tiga hari jadi seorang suami. Takkan tiba-tiba I nak kahwin lagi?” Zayn Izrel melepaskan keluhan yang berat. Dia tidak mengerti dengan perasaannya ketika ini. Padahal dia memang mencintai Natasya. Kenapa dengannya? Adakah kerana tidak mahu melukai hati orang tuanya?

“You, tak cintakan I. I tahu...” Natasya menundukkan wajahnya.

“I cintakan you. Tapi tolong bagi I masa. I tak nak terburu-buru. Dan I nak you faham I. Kalau you sanggup tunggu, just wait for me...”

Natasya berpusing. Dia benar-benar kecewa. Kenapa Zayn Izrel langsung tidak memahami apa yang terbuku di hatinya? Sebal hatinya ketika ini. Tak mungkin secepat itu Zayn Izrel jatuh cinta pada isterinya sendiri. Tak mungkin.

“Natasya please...” Zayn Izrel meraih lengan Natasya. Dia cuba untuk memujuk kekasihnya itu.

“I tak tahu nak cakap apa lagi dah. I takut perasaan you nanti, lama-lama akan hilang. Dan mungkin suatu hari nanti, hati you akan dicuri oleh isteri you sendiri...” Air matanya mengalir lagi.

“Hei, janganlah macam ni. I nak you bersabar. Bagi I masa...” Pipi Natasya diusap lembut. Air mata kekasihnya juga turut diseka.

“You janji dengan I?”

Zayn Izrel hanya tersenyum, sambil mengangguk sedikit.

Dari jauh, Darissa dan Hani sedang memerhatikan mereka berdua. Tak sangka pula, mereka boleh terserempak dengan Zayn Izrel dan kekasihnya di sini.

“Look. Itu yang you cakap suruh I buka hati I untuk dia? Tengoklah, siap lap air mata, dengan pegang pipi lagi. Dah tu, depan orang ramai juga nak pujuk memujuk. Itu yang you nak I buka hati I ni? I tak nak jadi perempuan bodohlah.”

“I tak sangka pula jadi sampai macam tu sekali.” Hani masih tidak mengalihkan pandangannya.

“I dah nekad. Dapat aje jawatan CEO tu, memang I tuntut cerai. I tak pedulilah Zayn nak berhubung dengan perempuan tu. Lagi bagus kalau dia ceraikan I.”

“You memang betul-betul nekad nak bercerai dengan suami you tu?”

“Yes. I memang nak bercerai. Syarat yang dia bagi semalam, I tak akan ikut. Apa nak jadi, jadilah.”

“I sampai sekarang tak boleh nak berfikir. You kahwin dengan Zayn untuk apa sebenarnya?”

“Kenapa you tanya soalan macam tu?”

“Ya. Untuk apa? Hanya semata-mata nak dapatkan jawatan CEO? Jadi, perkahwinan ni you buat macam perkara main-main? You ingat macam drama dalam TV? Buat syarat, beri tempoh, and then sign contract? Dan bila tiba masanya, bercerai? Macam tu?”

Darissa memandang Hani dengan seribu persoalan. Kenapa Hani tiba-tiba sahaja berkata seperti itu kepadanya?

“I ni nak kata pandai bab agama tu, tak adalah sangat. Dan nak kata baik pun, kadang-kadang tersasar juga. Tapi I tahu jugalah hukum-hakam agama ni. Dan I tak nak, you buat perkahwinan ni macam perkara main-main Riss. Come on Riss, you tak nak ke hidup bahagia macam pasangan yang lain? Nak ada anak? Nak suami bimbing you ke syurga? You tak nak ke?”

Darissa ketawa kecil. “You ni dah kenapa? Tiba-tiba aje cakap macam tu pada I? I tak cakap pun, I nak buat perkahwinan ni macam main-main. Tapi you dah nampakkan tadi? Zayn tak cintakan I? Untuk apa I pertahankan? Kalau tak kerana Nayla, memang I takkan kahwin pun dengan Zayn tu. Kalaulah Nayla tu tak wujud dalam keluarga I, memang I takkan bersetuju langsung. Jawatan CEO tu, kalau abi I tak nak bagi pun, I tak kisah.”

“Maksud you?” Kedua-dua kening Hani bercantum rapat.

“Sudahlah. I nak balik. I malas nak berbahas panjang dengan you. Lepas ni you tak perlu nak nasihat panjang-panjang dengan I lagi. I know, what I am doing.” Darissa terus melangkah meninggalkan Hani.

Sebenarnya dia sakit hati melihat Zayn Izrel bersama dengan kekasihnya tadi. Bukan sebab kerana cemburu. Tapi dia berang, apabila Zayn Izrel pandai-pandai mahu mengatur hidupnya. Dan pandai pula memberi syarat. Tetapi Zayn Izrel? Bebas berjumpa dengan kekasihnya? Bagi Darissa, itu langsung tidak adil!

“Riss, wait...” Hani menarik tangan Darissa.

“What?”

“You marahkan I ke? I just nak nasihatkan you aje.”

“I tak marah. Cuma I tak nak you nampak I ni yang buruk. I ni tak kisah kalau you nak nasihat I, I akan terima if Zayn Izrel tu seorang suami yang baik, perfect. Dan tak berhubung dengan kekasih dia semula. I okey. Mungkin dari situ I akan cuba buka hati I ni untuk dia. Tapi kalau dia jenis macam tu, macam mana I nak buka hati I ni?”

Hani terdiam. Dia memandang semula ke arah pasangan tadi, yang kini sedang bergelak ketawa antara satu sama lain.

“Okeylah, I minta maaf. Maafkan I ya? Dah jom. Tadi you cakap you nak makan, kan?” Hani menarik tangan Darissa.

Darissa melepaskan keluhan.

“Jomlah. Okey, lepas ni I tak nasihat apa-apa lagi dah,” pujuk Hani, sambil memegang erat kedua-kedua tangan sahabat baiknya itu.

Akhirnya Darissa tersenyum. Mereka berdua terus sahaja berjalan beriringan menuju ke restoran berdekatan. Sempat juga Darissa membuang pandang ke arah Zayn Izrel dan kekasihnya, yang kini sudah pun berjalan meninggalkan kawasan itu.

Ke mana dia orang berdua nak pergi? Fikir Darissa.

 

 

TEPAT pukul 12 malam Darissa tiba di rumah. Dia melihat ruang tamu yang sudah bergelap. Kelihatan kereta milik Zayn Izrel sudah pun berada di ruang parkir.

Perlahan-lahan Darissa melangkah masuk ke dalam rumah. Dia benar-benar di dalam keadaan kepenatan. Badannya juga berasa sakit-sakit, selepas  selesai makan bersama-sama dengan Hani tadi. Dan wajahnya turut kemerahan dan membahang. Kenapa dengannya?

Pap!

Lampu ruang tamu terus sahaja menyala. Darissa berpusing memandang Zayn Izrel yang kini sedang berdiri memandang ke arahnya. Tetapi dia sedikit pun tidak terkejut.

“Baru sekarang nak balik?” Zayn Izrel berjalan menuju ke arah Darissa.

“I keluar dengan Hani,” jawab Darissa bersahaja.

“You memang betul-betul keras kepala, kan? You memang tak nak ikut apa yang I cakap. Kenapa?”

“So what?”

“You tu isteri I. You tak boleh suka-suka hati nak keluar dan balik lambat.”

“Oh, really? Macam inilah Zayn. I ni malas sebenarnya nak bertekak dengan you ke apa? Apa kata, kalau kita tak perlu ambil tahu antara satu sama lain?”

Zayn Izrel tidak mengerti.

“I tahu, you cintakan Natasya. Dan mungkin you dan Natasya merancang nak berkahwin. But it’s okay, I tak akan halang. You teruskan aje hubungan you dengan dia. But, if I dapat jawatan CEO tu, apa kata kita bercerai?”

“What? Bercerai?”

“Yes, bercerai. Kita berdua tak bercinta pun. Perkahwinan kita ni pun, diatur oleh keluarga kita. Dan, memang I setuju berkahwin dengan you pun, sebab I tak nak jawatan CEO tu diberikan kepada Nayla. Tapi, I tahu perkahwinan kita ni tak akan kekal lama. Mungkin sebulan? Mungkin dua bulan? Kita tak akan tahu.”

“You ingat perkahwinan ni, perkara main-main ke? Bila dah capai matlamat, tiba-tiba nak bercerai? Jangan pandang remeh pada perkahwinan ni. Siapa yang ajar you? Belajar agama dulu tak habis ke? Sampai benda-benda macam ni, you pandang sebelah mata aje.” Zayn Izrel menahan marah. Darissa benar-benar menguji kesabarannya.

Darissa tersenyum mengejek. “Belajar agama tak habis? And you, dah tahu suami orang, kenapa masih nak curang? Kenapa masih nak berhubung dengan kekasih you tu? Sedangkan you dah ada isteri? Sehinggakan tanpa segan silu berpegangan tangan, dan usap pipi di khalayak ramai? Tak malu ke? Oh, lupa... lelakikan boleh kahwin empat?” Darissa ketawa.

“You cakap apa ni?”

Darissa menyilangkan kedua-kedua tangannya ke dada. “I nampaklah you tadi, dinner dekat restoran. Siap ada sesi pujuk memujuk lagi. Kenapa ada sesi pujuk memujuk? Bergaduh ke? Sebab tak dapat kahwin dengan you?” perli Darissa sambil tersenyum sinis.

“You perli I?”

“Eh, I tak perli you. I cakap benda yang betul. That’s why I cakap tadi, bila I dapat aje jawatan tu, kita bercerai aje. You pun boleh terus kahwin dengan kekasih you tu. Tak payah pening-pening fikir pasal I ni. Kita buat aje hal kita sendiri. Kan, senang.”

Zayn Izrel memandang wajah Darissa, yang nampak kelihatan tenang. Jadi, Darissa memang benar-benar mahu bercerai dengannya nanti?

“Tapikan, you memang dah lupa ke, ayat yang you cakap pada I, semasa you bermalam di rumah I tempoh hari? Kan you ada cakap, bila tiba masanya, kita akan bawa haluan kita masing-masing. Bagi I, bercerai adalah jalan yang terbaik, kan? Kenapa nak pening kepala?”

“I....”

“Sudahlah, tak payah nak cakap banyak. You ikut aje, apa yang I rancangkan.” Darissa benar-benar tidak larat ketika ini. Dia terus sahaja menuju ke anak tangga. Matanya mula berpinar-pinar, dengan tangan kanan memaut pemegang tangga.

Badan terasa berat. Perlahan-lahan tubuhnya melorot ke bawah. Darissa sudah tidak mampu lagi untuk bertahan. Akhirnya dia rebah di depan anak tangga tersebut.

Zayn Izrel terkejut, saat melihat Darissa yang sudah pun terbaring kaku di situ. Dengan pantas dia meluru ke arah isterinya.

“Darissa? Darissa!”

 

 
PERLAHAN-LAHAN Darissa membuka matanya. Tekaknya pula, berasa kering. Dia mahu membasahkan tekak. Dan kepalanya pula, masih sedikit pusing.

Aku dekat mana ni? Fikirnya. Melilau matanya melihat keadaan sekeliling. Terus sahaja matanya tertancap ke arah Zayn Izrel yang sedang lena di sofa.

Darissa melihat tangan kanannya yang sudah dipasangkan branula.

Aku dekat hospital? Bibirnya yang kering minta dibasahkan. Darissa mula bangun dari pembaringan. Tangan kanan cuba menggapai gelas di meja kecil, bersebelahan dengan katilnya.

“What are you doing? Why you didn’t call me?” Zayn Izrel bangun dari sofa, lalu berjalan menuju ke arah meja kecil tersebut.

“I nak minum. Dahaga.” Wajah Darissa masih kemerahan. Dengan matanya juga terasa pedih.

Jug yang berisi air kosong, dituang ke dalam gelas. Setelah itu, gelas tersebut dihulurkan kepada Darissa.

Dengan rakusnya, Darissa terus sahaja meneguk air kosong tersebut. Dia benar-benar berasa dahaga. Zayn Izrel pula hanya memerhati.

Usai membasahkan tekak, gelas tersebut dihulurkan kepada Zayn Izrel semula.

“Thanks...” ucap Darissa, sambil kepalanya menunduk ke bawah. Tiba-tiba sahaja, kedua-kedua mata Darissa mula berkaca-kaca. Air matanya mula mengalir di pipi.

Zayn Izrel berasa pelik, saat mendengar esakan halus isterinya. Menangiskah dia? “Why are you crying? Takkan rasa terharu pula?”

Darissa mendongakkan wajahnya memandang Zayn Izrel, sambil air matanya diseka. “Terharu kenapa pula?”

“Yalah, itu menangis kenapa? Terharu sebab I temankan you dekat hospital ke?”

“What? Tak ada maknanya. Badan I ni sakit-sakitlah. I kalau demam, memang macam ni.”

“Oh, ingatkan terharu tadi. Kalau badan sakit-sakit buat apa?”

“Mummy I akan picit badan.”

“Sinilah I picitkan...”

“Isy, tak payahlah...”

“Biar ajelah I picit. Bukannya I nak  masuk tangan I dalam baju you pun.” Zayn Izrel terus sahaja duduk di belakang Darissa.

“No need. I tak perlukan pertolongan you la. Pandai-pandai I la nanti, tahan sakit.” Darissa mengelak. Dia menjarakkan dirinya.

“Jangan degil boleh tak?” Kedua-dua tangannya mula memicit kedua-kedua bahu Darissa. Pada awalnya Darissa masih tidak mahu dipicit, tetapi Zayn Izrel tetap berkeras.

“Hmm, I dah fikir...” Zayn Izrel terdiam seketika.

“Hmm... apa dia?”

“I akan bersama dengan you, sampai you dapatkan jawatan CEO tu... dan I tak akan masuk campur urusan you.”

“Maksudnya, bila I dah dapat, kita akan bersetuju untuk bercerai?” tutur Darissa. Hatinya mula melonjak gembira.

“Soal tu, I tak nak jawab.”

“Kenapa you tak nak jawab? Kalau you bercerai dengan I, you boleh kahwin dengan Natasya. Dan you jangan risau, pandai-pandailah I jawab pada keluarga kita nanti. I akan tolong you. Dan I janji...”

Zayn Izrel hanya diam membisu di belakang. Tangannya masih memicit bahu Darissa. Dia tidak mahu menceraikan Darissa. Dan dia juga tidak kisah, sekiranya dia mempunyai dua orang isteri. Lagi pun dia mampu.

Tiada respon daripada Zayn Izrel. Darissa juga tidak mahu berkata apa lagi. Yang penting, suaminya mahu membantunya. Lama kelamaan, kedua-kedua matanya terkatup rapat. Dia benar-benar mengantuk. Tubuh badannya tidak berdaya lagi. Perlahan-lahan Darissa terbaring di dada bidang milik Zayn Izrel. Tidak lama itu, kedengaran dengkuran halusnya.

Zayn Izrel merenung Darissa yang sudah tertidur di atas dadanya. Dia tersenyum lemah. Betul ke apa yang aku cakap tadi? Dan betul ke aku tak nak masuk campur urusan dia? Desis hati kecilnya.

Perlahan-lahan kedua-kedua tangannya memeluk erat tubuh Darissa. Dengan sengaja, bibirnya terus sahaja mengucup lembut kepala isterinya.

 
PAGI itu Darissa terjaga dari tidur. Dia melihat jururawat sedang memeriksa keadaan dirinya. Susuk Zayn Izrel dicari.

“Selamat pagi puan...” ucap jururawat tersebut, sambil mengambil suhu badan Darissa.

“Selamat pagi. Err, mana suami I ya?”

“Oh, dia kata tadi nak ke surau sekejap, solat subuh. Terkejut juga saya tadi, dia tidur sekali dengan puan. Nasib baik dua-dua tak terjatuh dari katil ni.”

“Dia tidur sekali dengan I?”

“Ya, sekali. Puan tak sedar ya?  Hmm, kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu...”

“Err, nurse...”

“Ya?”

“Bila I boleh keluar hospital?”

“Saya tak tahu lagi. Kena tunggu doktor datang untuk check keadaan puan. Lagi pun, demam puan masih belum kebah lagi. Mungkin esok?”

“Hmm, baiklah. Terima kasih.”

“Sama-sama.” Jururawat tersebut terus berjalan keluar dari wad Darissa.

Darissa termenung sendiri. Patutlah masa tidur tadi, dia merasakan tubuhnya seakan dipeluk seseorang.

Dalam 20 minit, Zayn Izrel muncul di dalam wadnya semula.

“You tak balik rumah ke?” soal Darissa.

“Tengah hari nanti I baliklah.”

“You tak kerja?”

“Tak kut... lagi pun you tak sihat, kan? I jaga you ajelah.”

“Tak payah jaga I. You pergi aje kerja. Lagi pun, I demam aje pun. Bukannya sakit teruk sangat.”

“Tak kisahlah you nak cakap apa pun. I sebagai seorang suami, I kena jaga isteri I. Bukannya biarkan isteri menanggung sakit seorang diri.”

Darissa terdiam. Dia tersentuh dengan kata-kata Zayn Izrel. Kejamkah dia? Kerana mahu mencapai matlamat, dia tidak memikirkan perasaan suaminya. Tetapi, Zayn Izrel tidak mencintainya. Kenapa dia perlu memikirkan perasaan lelaki itu?

Tengah hari itu, Zayn Izrel meminta izin untuk pulang ke rumah sebentar. Dan akan datang kemudian untuk menemaninya. Darissa benar-benar tidak suka dengan layanan Zayn Izrel terhadapnya. Dia bukannya apa, takut lama kelamaan dia pula yang akan jatuh cinta terhadap suaminya itu nanti.

“Hai...” Kedengaran satu suara dari arah pintu masuk wad.

Darissa terus sahaja memandang ke arah pintu masuk. Dia benar-benar terkejut. Apa Natasya buat di sini? Wanita itu sedang tersenyum sinis memandangnya.

“Dah kenapa senyum sinis macam tu?” ucap Darissa bersahaja, sambil matanya terarah ke arah televisyen di hadapannya.

Rahang Natasya bergerak-gerak menahan marah. “Kenapa you suruh Zayn jaga you?”

“I suruh Zayn jaga? Really? Bila? I ada cakap ke?” Kening kiri terjongket sedikit. Rasa mahu ketawa pula. Pandai-pandai sahaja dirinya dituduh. Sedangkan dia tak minta pun, Zayn Izrel menjaganya.

“Sepatutnya hari ini kami berdua akan lunch sama-sama. Tetapi disebabkan you, kita orang terpaksa batalkan.”

“So? Apa kena mengena dengan I pula?”

“Hei, you tak sedar ke, apa yang you dah buat?  Dia mengadu pada I, yang dia terpaksa jaga you. Kalau tak, keluarga dia akan cakap dia tak bertanggungjawab pula.”

Wajah Darissa terus sahaja berubah. Mengadu? Terpaksa? Jadi, Zayn Izrel terpaksa menjaganya? Dan risau keluarganya memikirkan dia tidak bertanggungjawab?

“But, it’s okay. I faham, you isteri dia. Dan tak hairanlah kalau dia terpaksa jaga you. I tak cemburu. Because he’s love me. Dan kami akan bernikah tak lama lagi. Nak tak nak I terpaksa tunggu. Dan I mungkin akan cuba untuk mengambil hati mama Zayn. Mesti mama Zayn ada cerita pada you, kan? Apa sebab I tak diambil jadi menantu dia?”

Darissa terdiam. Dia memang tidak mengerti, kenapa Zayn Izrel bersetuju mahu bernikah dengannya. Kenapa suaminya tidak melawan habis-habisan, jika Natasya adalah wanita yang dicintainya? Ya, dia juga tahu yang ibu mentuanya tidak menyukai Natasya, tetapi dia tidak tahu atas sebab apa.

“Sebab apa you nak tahu? I pernah kutuk, dan tolak mama Zayn sampai terjatuh. Tapi masa tu, I tak tahu itu mama Zayn. Dan, itu bukan salah I. Kalau dari awal I tahu, I memang takkan buat macam tu.” Natasya mendengus kasar. “
“Macamlah besar sangat kesalahan I tu,” sambungnya lagi.

Darissa ketawa panjang. “Patutlah you kena rejected. Bagi I, kesalahan tu besar. Awal-awal dah tunjuk perangai kurang ajar you tu. Kalau I jadi mama Zayn pun, I memang akan buat benda yang sama.”

“You! Jangan melampau sangat!”

“Whatever. Sekarang ni you berambus. Tak payah nak semakkan kepala I dekat sini.”

Natasya terus meluru ke arah Darissa.

Pang!

Wajah Darissa tiba-tiba sahaja ditampar. Darissa tercengang. Dia benar-benar tidak sangka, yang dia akan ditampar Natasya.

“You!” jerit Darissa. Branula di tangan kanan, pantas dicabut. Darah mula mengalir keluar dari tempat cucuk. Dia tidak peduli, dan mahu menyerang Natasya. Belum sempat dia melakukan apa-apa, kepalanya mula berasa pening.

Natasya yang melihatkan keadaan itu, benar-benar terkejut. Beraninya wanita itu mencabut branula dari tangannya? Gilakah dia? Tanpa menunggu lagi, Natasya terus sahaja melarikan diri dari wad tersebut.

Darissa jatuh terduduk di atas lantai, dengan darahnya mula menitik-nitik ketika ini.

“Eh, Puan Darissa...” Jururawat tersebut terus meluru ke arah Darissa, kerana melihat seorang wanita berlari keluar dari wad ini tadi.

“Ja... jangan beritahu suami saya...” Tangan jururawat tersebut dipegang erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience