DYT 27 - 13 TAHUN LALU

Romance Series 522373

“YOU! Datin Qasidah merenung Natasya dengan renungan yang tajam ketika ini. Jika hendak diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menampar wajah wanita itu.

“Err... Datin.” Natasya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Datin Qasidah. Tetapi wanita itu, terus sahaja menepis tangannya.

“You buat apa dekat sini Natasya? I dah beritahukan, jangan datang ke sini?” soal Zayn Izrel, sambil matanya memandang Darissa silih berganti. Pasti Darissa sakit hati melihatnya.

“Err, I risaukan you. Kalau I tak tengok status Whatsapp Danial semalam, mesti I tak akan tahu yang you accident. Sebab itulah, I tetap datang ke sini, walaupun you tak benarkan I datang.”

“Hei, perempuan. Kau dah tahukan, yang anak aku ni dah kahwin? Kau tahu ke tidak? Tak nampak ke, wife dia dekat sini?”

“Saya tahu Datin. Saya... saya...”

“Sudah. Jangan nak bertekak pula dekat hospital ni. Nanti kena halau pula kita, dengan security nanti.” Datuk Zafar cuba menenangkan isterinya.

“Masalah sekarang ni, kenapa Zayn masih melayan dia ni?”

Datin Qasidah berpusing memandang anak lelakinya semula. “Mama tak fahamlah dengan kamu ni Zayn. Kenapa kamu degil sangat ha?”

“Ma... Zayn, memang dah cakap dengan Natasya supaya tak ganggu Zayn lagi dah. Tapi...”

“Apa tapi-tapi? Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyilah Zayn, kalau kamu tak buka ruang.” Merah padam wajah Datin Qasidah ketika ini.

“Datin... semua ini bukan salah Zayn. Tapi salah saya. Saya yang mengganggu rumah tangga Zayn. Tapi, saya tak boleh nak lupakan Zayn. Saya terlalu cintakan dia.”

“Apa? Kau cakap apa tadi? Kau masih cintakan Zayn?”

Datin Dahlia turut terkejut. Dia memandang Darissa yang dari tadi diam membisu. Kenapa dengan anaknya? Tidakkah anaknya berasa sakit hati mendengarnya?

“Ya, Datin. Perasaan cinta tu masih belum luput lagi dari hati saya. Saya tahu, saya dah buat silap sebelum ni dengan Datin. Dan saya dah buat dosa dengan Datin juga. Dengan rasa rendah diri, saya nak mohon maaf pada Datin, dengan apa yang dah saya lakukan pada Datin sebelum ini. Saya benar-benar menyesal. Kalaulah masa tu saya tak bertindak bodoh, mesti sekarang ni saya dah kahwin dengan Zayn.” Air mata Natasya mula mengalir.

“Eh, eh. Nak menangis pula dekat sini? Kau ingat, bila kau menangis aku dah maafkan kau? Daripada aku tak ingat, terus aku ingat semula apa yang kau dah buat sebelum ini.” Datin Qasidah menyilangkan kedua-kedua tangannya ke dada.

“Sudahlah awak ni pun. Dia dah minta maaf, kan? Maafkan ajelah dia.”

“Eh, yang awak nak menyebelahi dia ni kenapa pula? Tak nampak ke yang perempuan ni dah ganggu rumah tangga Zayn dengan Riss? Dan yang anak awak ni pun satu, dah ada bini, masih lagi nak berhubung dengan perempuan ni.” Jari telunjuk dihalakan ke arah Natasya.

Datin Dahlia menghampiri Darissa. Bahu anaknya disentuh. “Riss?”

Darissa masih merenung Natasya. Rasa amarahnya semakin meluap-luap.

Datuk Azlan tidak mahu masuk campur. Lebih-lebih lagi Darissa langsung tidak bersuara ketika ini.

Zayn Izrel mula tidak tentu arah. “Natasya you baliklah. Jangan ganggu rumah tangga I lagi. Please, I merayu sangat-sangat.”

“Zayn... I tak boleh lupakan you Zayn. Macam mana I nak lupakan you? I dah tak ada siapa-siapa lagi dah sekarang ni. Mak I dah meninggal. Sekarang ni I cuma ada you aje. You dah lupa ke, yang arwah mak I dah anggap you macam anak dia sendiri...” Natasya menyeka air matanya. Entah kenapa dadanya benar-benar berasa sebak.

“Ee, akulah. Kecik besar aje aku tengok dia ni. Berambuslah dari sini. Tak nampak ke, kau dah lukakan hati menantu aku?” Datin Qasidah menghampiri Natasya.

“Sudahlah.” Datuk Zafar menarik tangan isterinya.

Natasya melihat bapa Zayn Izrel seakan menyebelahinya. “Kalau Datuk izinkan, saya sanggup jadi wife nombor dua Zayn. Jangan risau, Darissa tetap wife pertama. Saya tak kisah kalau Zayn tak layan saya. Yang penting saya ada tempat untuk bergantung hidup. Saya memang tak ada siapa-siapa lagi.”

“Kau dah melampau! Berani kau minta izin?” Darissa terus menuju ke arah Natasya.

Buk!

Satu tumbukan padu dihalakan pada pipi Natasya. Natasya terus sahaja tersungkur ke belakang, akibat ditumbuk Darissa tadi.

Argh!

Natasya menjerit sakit, sambil memegang pipinya. Tak disangka, dia telah menerima tumbukan daripada isteri Zayn Izrel.

“Riss!” Zayn Izrel bersuara. Dia tidak menyangkakan kejadian itu boleh berlaku di hadapan mereka semua.

“Kau nak aku tumbuk lagi ke? Sini kau!” Darissa meluru ke arah Natasya.

“Ya Allah Riss. Sudahlah....” Datin Dahlia menahan anak perempuannya daripada menyerang wanita itu lagi.

“Bagus Riss. Memang patut dia ditumbuk.” Berbeza pula dengan Datin Qasidah, yang menyokong tindakan menantunya.

“Zayn tolong I...” Natasya berlari ke arah Zayn Izrel, lalu dia berlindung di belakang lelaki itu.

“Riss... please stop...” Zayn Izrel menghalang Darissa daripada menghampiri Natasya.

“Zayn?” Wajah Darissa terus sahaja berubah.

“Riss jangan fikir yang bukan-bukan. I terpaksa halang. I takut Natasya lagi teruk dikerjakan you nanti. Pipi dia pun dah bengkak, lepas you tumbuk dia tadi. Dan I juga tak nak apa-apa terjadi pada you nanti, kalau Natasya ambil tindakan undang-undang. Please baby....” Zayn Izrel meraih tangan Darissa.

Darissa menolak tangan Zayn Izrel daripada menyentuhnya. “I tak peduli kalau perempuan ni nak ambil tindakan undang-undang ke atas I. Dan I juga boleh ambil tindakan undang-undang, sebab dia dah ganggu rumah tangga kita!”

“Riss sudahlah... kita dekat hospital sekarang ni. Jangan perangai macam budak-budak. Malu depan mentua kamu ni.” Datuk Azlan terpaksa masuk campur.

“Riss perangai budak-budak? Abi tak nampak ke yang perempuan ni adalah punca, rumah tangga Riss dengan Zayn hampir berantakan? Riss terpaksa buat keputusan bodoh untuk undurkan diri. Tetapi disebabkan Riss cintakan Zayn, Riss harus pertahankan... tapi Zayn?” Darissa terus sahaja melangkah keluar dari bilik wad tersebut. Sakit hatinya, saat Zayn Izrel menghalangnya tadi.

“Riss...” Zayn Izrel mahu mengejar Darissa, tetapi dia jatuh terduduk di situ. Mungkin rasa sengal-sengal dan bisa pada badannya, masih belum hilang lagi akibat kemalangan semalam.

Natasya mahu membantu Zayn Izrel untuk bangun, tetapi tangannya pantas ditepis.

“You berambuslah! Puas hati you sekarang?! You jangan ingat I halang tadi, I masih cintakan you? No. Sekarang ni kebencian I terhadap you, semakin meluap-luap. Tengok muka you ni aje, dah buat I makin benci! Mulai hari ini, jangan you muncul-muncul lagi depan I! Berambus!”

Terenjut bahu Natasya saat mendengar suara Zayn Izrel menengkingnya.

“Kau dengar ke tak? Anak aku dah halau kau. Berambuslah.” Datin Qasidah pantas menolak tubuh Natasya keluar dari wad tersebut.

“Apa yang bising-bising dari tadi ni? Sampai ke luar suara dengar. Dan dah mengganggu pesakit yang lain. Jangan sampai saya panggil security.” Seorang jururawat sudah pun berdiri di muka pintu.

“Maaf nurse. Ada masalah sikit tadi. Maaf ya?” Datuk Zafar bersuara.

Jururawat tersebut menggeleng perlahan, lalu berlalu pergi.

“Berambus dari sini. Jangan nak ganggu lagi rumah tangga anak aku. Ini aku beri kau amaran ya? Kalau Riss tak buat report, aku yang akan buat report polis nanti.” Datin Qasidah memberi amaran.

Natasya benar-benar berasa kerdil di hadapan mereka semua. Zayn Izrel pula langsung tidak berkata apa. Dia benar-benar malu! Sungguh malu! Tanpa menunggu lagi, Natasya terus sahaja berlari keluar dari wad tersebut.

Datuk Azlan dan juga Datuk Zafar terus membantu Zayn Izrel menuju ke katil.

“Abi, Zayn minta maaf. Zayn benar-benar rasa bersalah pada Riss, dan pada semua. Betul cakap mama Zayn, sepatutnya Zayn tak patut buka ruang pada Natasya. Semuanya salah Zayn.”

“Sudahlah Zayn. Benda dah nak jadi. Tak apa, Riss tak marah lama tu. Nanti dia okeylah. Biarlah dia tenangkan diri dulu.” Datuk Azlan mengeluh perlahan.

 

JAM sudah menghampiri pukul 6 petang. Bayangan Darissa langsung tidak kelihatan. Zayn Izrel benar-benar risau. Mesej sudah dihantar. Panggilan pula langsung tidak dijawabnya. Ke mana pula isterinya pergi? Dia pula sudah dibenarkan keluar dari hospital hari ini.

“Kenapa Zayn?” Datin Qasidah menanggalkan telekungnya. Suaminya sudah pulang ke hotel bersama-sama dengan Datuk Azlan untuk mengambil beg pakaian mereka. Manakala Datin Dahlia ke kafe sebentar untuk membeli makanan.

“Riss ma. Dari tadi dia tak balas langsung mesej Zayn. Zayn call pun, dia tak angkat. Ada apa-apa terjadi pada Riss ke mama?”

“Dia tidur kut. Dah cuba call bapa mentua kamu ke? Manalah tahu, Riss di hotel ke?”

“Tak akanlah tidur? Dah pukul 6 dah ni. Sekejap, Zayn cuba call bapa mentua Zayn.”

Klak!

Kedengaran pintu wad ditolak. Terpacul susuk tubuh Datin Dahlia di muka pintu.

“Zayn.”

“Mummy?”

“Riss call mummy tadi. Dia dah sampai KL.”

“What? Dia balik KL? Dia balik macam itu aje? Langsung tak inform Zayn?”

“Sebenarnya, seorang staff meninggal dunia tengah hari tadi.”

Zayn Izrel berasa pelik. Apa kena mengena jika pekerja syarikat isterinya meninggal dunia? Dan kenapa Darissa perlu balik ke Kuala Lumpur pula? Adakah pekerja tersebut lebih penting daripada dirinya?

“Riss tinggalkan Zayn macam itu aje mummy?” Suara Zayn Izrel kedengaran agak kecewa.

“Ada bendalah tu yang dia nak settle-kan. Mummy pun tak habis cakap tadi, terus aje dia matikan call.”

Zayn Izrel benar-benar terkilan dengan sikap Darissa. Sudahlah mesej tidak dibalas. Panggilan juga langsung tidak dijawabnya.

 

 

“HANI?” Darissa menuju ke arah Hani yang sedang termenung di satu sudut ketika ini.

Tubuh rakan baiknya dipeluk erat. Dia mahu menenangkan perasaan Hani ketika ini. Dan Darissa benar-benar terkejut, apabila menerima panggilan daripada Hani tengah hari tadi. Disebabkan itulah, Darissa membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur semula. Lebih-lebih lagi, apabila nama Tini disebut. Dan yang lebih mengejutkan Darissa, bahawa Tini sudah pun meninggal dunia, akibat dilanggar sebuah lori.

“I... I benar-benar tak sangka. Kejadian tu boleh berlaku depan mata I sendiri Riss... Tini tak sempat datang ke arah I.”

Darissa melonggarkan pelukan. “Hani, you sebenarnya masih terkejut lagi. Cuba you bertenang. Buat masa ini, you jangan bercerita lagi.”

“Tubuh dia. Tubuh dia terpelanting depan mata I Riss. Macam mana I nak lupakan? Sekarang ini, masih lagi terbayang-bayang kejadian tadi. Wajah Tini... wajah Tini, penuh dengan darah. I... I takut Riss...”

Darissa terus memeluk tubuh Hani. Belakang Hani digosok perlahan. “It’s okay, nanti bila you dah tenang, baru you ceritakan pada I ya? I tak nak you teringat-ingat.”

“Eh, Riss? You ada dekat sini?” Danial muncul di situ, setelah selesai memeriksa pesakitnya tadi. Dia benar-benar risau dengan keadaan Hani tadi.

“Hmm, Danial...”

Danial perasankan nada suara Darissa yang seakan dingin. Pasti ada yang tidak kena.

Tanpa menunggu, Hani terus sahaja menarik tangan Darissa menuju ke arah lain.

Danial tersentak, apabila ditinggalkan begitu sahaja. Pasti ada yang ingin mereka bualkan.

Hani terus membawa Darissa ke ruang menunggu, lalu mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi.

“I kena cakap dengan you juga. I tak boleh nak simpan lama-lama.”

“Okey. Tapi sebelum tu, family Tini dah naik flight ke?”

“Sudah. Dia orang dah berangkat pukul 6 tadi. Mungkin dalam pukul 8 malam dia orang akan sampai Malaysia. I dah minta driver ambil family arwah dekat air port nanti.”

“Tak apalah, yang selebihnya I akan settle- kan. Sekarang ni cuba cerita dengan I, apa yang dah berlaku sebenarnya?”

“Tini ajak I jumpa. Dia kata nak bagi I satu bukti. Tapi, I tak tahu bukti apa. Nak kata ada barang dekat tempat kejadian, I tengok tak ada.”

“Bukti?”

“Ya, bukti. I rasa ada benda yang Tini nak bagi pada I. Disebabkan tak nak bukti itu jatuh pada I, jadi Tini dilanggar lari. Dan sekarang ini, pemandu lori itu pun dah meninggal dunia.”

“What?”

“Ya. Pihak polis call I tadi, yang pemandu lori tersebut hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan. Tubuh pemandu tersebut terpelanting keluar. Dia cedera parah, lalu meninggal dunia di tempat kejadian.”

Darissa mula berfikir sejenak. “Macam ada sesuatu.”

“Maksud you?”

“You pernah cerita pada I, yang Tini didesak Nayla, untuk berhenti kerja, kan?”

Hani mengangguk.

“You ada rasa tak, kematian Tini ada kena mengena dengan Nayla?”

“I memang dah fikir dia. Tapi, kita tak ada bukti.”

“Apa ya, bukti yang Tini nak bagi pada you?” Darissa menyandarkan badannya di kerusi.

“I pun tak tahu. Dan I pula baru masuk kerja hari ini. Memang I tak sempat nak jumpa Tini, pasal yang you suruh Tini perhatikan Nayla.”

Darissa melepaskan keluhan yang berat. “You ingat tak, pasal kes di R&R? Yang I nak dibunuh?”

“Mestilah I ingat.”

“Ke sebenarnya Nayla dalangnya?”

“Kalau betul dia, tapi kenapa dia nak you mati?”

Darissa tersenyum. “Rasanya dia memang nak I mati. Sampai sekarang I tertanya-tanya, kenapa dia sanggup tolak I masuk ke dalam air terjun? Dan sehingga ke hari ini, walaupun dah 13 tahun berlalu, kejadian itu masih lagi segar dalam ingatan I. Dan tak akan I lupa sampai bila-bila. Kalaulah I tak diselamatkan dulu, mesti sekarang ni I dah tak ada di dunia ni lagi.”

“Nayla tolak you? But why? Dan siapa pula yang dah selamatkan you?”

“I tak tahu apa motif dia tolak I? Kalau I beritahu abi I pun, dia tak akan percaya. Sampai sekarang abi I tak tahu pun pasal kejadian tu.”

Darissa terdiam seketika.

“Dan yang selamatkan I, seorang lelaki berkaca mata. Sampai sekarang, kaca mata dia I masih simpan. I betul-betul terhutang budi dengan dia. Kalaulah I dapat jumpa dengan dia semula, memang I akan balas semula jasa dia pada I. Tapi I tak tahu dia di mana sekarang. I tak sempat nak ucapkan terima kasih, dia dah pergi. I cuma ingat, tubuh badan dia yang kurus kering tu, dan wajahnya yang berjerawat. Itu sahaja. Dan cermin mata dia, ada terjatuh, semasa dia selamatkan I.” Darissa tiba-tiba sahaja ketawa kecil.

“Kenapa ketawa?” soal Hani.

“Kaca mata dia kelakar. Bingkai warna kuning, siap bersellotape putih, kiri kanan. Mungkin patah kut?”

Hani ketawa kecil, sambil menggeleng perlahan. “So sekarang ni, kita nak buat report polis tak?”

“No need.”

“Maksud you?”

“I akan upah orang untuk siasat Nayla. Mungkin I terlalu bersenang-lenang, sampai I terlupa pasal dia. Padahal dia nak bunuh I dulu. Kenapalah I tak berfikir langsung ya?” Darissa bangun dari kerusi.

“Nak pergi mana ni?”

“I nak uruskan jenazah Tini. Family dia mesti nak jenazah dibawa pulang ke Sabah. Semuanya I akan uruskan. You, baliklah dulu. Bersihkan diri you okey? Lebih-lebih lagi, you baru lepas tengok orang kemalangan. Takut nanti, you tak dapat tidur pula.”

Hani turut bangun, lalu mengangguk perlahan.

Darissa tersenyum pahit. Banyak benda yang perlu dia uruskan, sampai dia terlupa akan Zayn Izrel.

 

TEPAT pukul 2 pagi, Darissa selesai menguruskan kesemuanya. Keluarga arwah Tini, akan berangkat ke Sabah semula pada pagi esok, bersama-sama dengan jenazah Tini. Dan pagi esok, Hani akan menguruskan urusan penerbangan mereka.

Darissa memandu pulang ke rumah. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan Zayn Izrel. Ah, kenapa dia perlu mengingati lelaki itu?

Kereta membelok masuk ke persimpangan rumah milik suaminya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Tertera nama ibunya di permukaan skrin. Panggilan tersebut terus sahaja dijawab.

“Hello mummy?”

“Riss! Mana kamu ni ha! Senyap, langsung tak call, call!”

“Aduh, sakit telingalah mummy. Kenapa tiba-tiba nak menjerit ni?”

“Mummy nak marah ni, tahu tak? Sekarang ni Riss dekat mana?”

“Nak balik rumahlah.”

“Zayn call and mesej, kenapa tak jawab?”

“Riss busy la mummy. Ini pun baru selesai semua.”

“Ni, pergi balik rumah mentua kamu. Dia orang dah sampai rumah.”

“Ha? Balik rumah mentua? Dia orang dah balik rumah? Habis tu Zayn? Zayn dekat Penang ke?” Darissa sudah tidak tentu arah saat ini.

“Penang apanya? Dia dah discharged. Dah sampai KL dah pun. Ni, mummy nak kamu pergi balik rumah mentua. Mummy tak nak disebabkan kejadian tengah hari tadi, kamu nak ikut keras kepala kamu. Pergi minta maaf dengan Zayn.”

“Aik? Riss pula nak kena minta maaf? Bukan salah Riss pun. Zayn la salah. Sibuk nak pertahankan perempuan tu.”

“Sudah. Jangan degil. Pergi balik rumah mentua kamu sekarang!”

Tut! Tut!

Ibunya sudah menamatkan panggilan.

Ee, mummy ni! Aku pula nak kena minta maaf dengan Zayn. Darissa terus membuat pusingan. Nak tak nak, terpaksalah dia memandu ke rumah mentuanya.

Dalam 30 minit, Darissa tiba di hadapan pagar rumah keluarga mentuanya. Entah kenapa dia jadi malas mahu masuk ke dalam. Tetapi pintu pagar sudah terbuka luas. Nak tak nak, terpaksa jugalah dia memandu masuk ke pekarangan rumah. Ini adalah kali pertama dia tiba di rumah mentuanya, walaupun usia perkahwinan dia dan Zayn Izrel hampir memasuki tiga bulan.

Pintu utama terbuka. Kelihatan seorang wanita yang dianggarkan di dalam lingkungan 40-an sedang berdiri di muka pintu. Pasti itu orang gaji keluarga Zayn Izrel.

“Puan Darissa?”

“Ya, saya.”

“Mari masuk. Nama akak, Kak Zana. Orang gaji rumah ini. Err, Datin tengah mandi. Lagipun dia orang baru sampai. Dan dia dah pesan tadi, yang puan on the way ke sini.”

“Oh... tak apalah, saya tunggu dekat ruang tamu ajelah. Akak pergilah tidur. Dah lewat sangat ni.”

“Tak apa. Kejap lagi akak tidur. Tapi, kenapa puan nak tunggu dekat ruang tamu pula? Bilik Tuan Zayn dekat tingkat tiga, lepas tu belok kiri, terus nampak bilik Zayn.”

“Err, tak apalah saya tunggu dekat sini aje.”

“Tapi, Datin suruh puan naik ke bilik terus aje.”

Darissa sudah menelan liur. Terus ke bilik Zayn Izrel? Ah, mesti suaminya tidak mahu melayannya nanti. Sudahlah mesej dan panggilannya tidak dijawab. Ingat, suaminya akan melupakan begitu sahaja? Paling-paling pun tunjuk sikap ego, ataupun merajuk.

“Tak apalah, saya duduk dekat sini dulu. Kejap lagi saya naik.”

“Baiklah, akak pergi buat air sekejap. Mesti dahaga, kan?”

Darissa mengangguk. Mana tak dahaga? Dari tadi dia sibuk menguruskan urusan jenazah Tini, sampai dia terlupa untuk minum.

Kak Zana terus sahaja melangkah ke dapur.

Mata Darissa mula meliar melihat ruang tamu yang tampak kelihatan cantik dan tersusun. Kediaman keluarga Zayn Izrel, lebih kurang dengan kediaman keluarganya sahaja. Kelihatan beberapa bingkai gambar turut tergantung di dinding. Dan ada juga beberapa bingkai gambar yang tersusun di dalam almari kaca.

Darissa terus sahaja bangun dari sofa, untuk melihat gambar-gambar tersebut secara lebih dekat lagi. Tiba-tiba sahaja matanya tertancap pada satu gambar. Di dalam gambar tersebut, kelihatan seorang remaja lelaki berkaca mata, yang sedang tersenyum, sambil memegang trofi. Mata Darissa membulat ketika ini, saat melihat gambar itu.

Tak... tak mungkin. Diakah orangnya? Lelaki yang pernah selamatkan aku 13 tahun lalu?

Share this novel

Hawani Hashim
2023-08-09 08:26:48 

Sambung lagi author

Hawani Hashim
2023-08-07 07:29:53 

Tq update more please

Mermaid_
2023-08-06 21:13:47 

jodohhh!


NovelPlus Premium

The best ads free experience