DYT 12 - TAK NAK BERMADU

Romance Series 522373

“ZAYN!” Suara Darissa separuh menjerit. Dia terus sahaja menuju ke arah Zayn Izrel yang masih terduduk di atas tanah.

“Sakit...” rintih Zayn Izrel sambil memegang pipinya.

“Kenapa you tak elak?”

“I tak sangka you nak tumbuk I.” Zayn Izrel berdecit menahan sakit.

“I’m so sorry. I tak sengaja. Sini, I tengok pipi you tu.” Darissa membelek pipi Zayn Izrel.

Zayn Izrel terdiam, saat Darissa menyentuh pipinya. Tunak matanya ketika ini, saat melihat wajah Darissa yang putih bersih tanpa sebarang jerawat pun yang tumbuh di wajahnya. Dan tidak mungkin dia akan melepaskan peluang begitu sahaja, untuk menikmati permandangan yang begitu sempurna di matanya.

Dari mata, turun ke hidung, dan seterusnya ke bibir. Bibir itulah yang dirasainya semalam. Sehingga ke hari ini, masih lagi terasa sentuhan bibir isterinya. Walaupun Darissa nampak begitu degil, tetapi isterinya seperti seorang yang mengambil berat. Tetapi benarkah dia seorang yang mengambil berat? Ataupun sebenarnya ada rasa bersalah, gara-gara menumbuknya tadi?

“Bengkak dah ni. Jom, pergi office I. Nak kena tuam pipi you tu.”

“Pergi office you?”

Darissa mengangguk. Dia sebenarnya rasa bersalah kerana menumbuk Zayn Izrel. Sangkaannya Farhan, rupa-rupanya bukan. Tetapi ke manakah Farhan pergi? Bukankah tadi, Farhan mengejarnya?

Darissa memapah Zayn Izrel menuju ke keretanya. Setelah itu pintu kereta terus dibuka. “Wait, you drive ke?”

“I park kereta dekat sana.”

“Tak apalah nanti I hantar you semula ke sini.”

Mereka berdua terus sahaja melangkah masuk ke dalam kereta. Dan kereta meluncur laju menuju ke syarikat milik keluarga Darissa.

Dari jauh Farhan memerhatikan pasangan suami isteri itu. Tak guna. Macam mana suaminya boleh ada dekat sini?

Dalam 10 minit, Darissa dan Zayn Izrel tiba di syarikat milik keluarga Darissa. Beberapa pasang mata mula memandang ke arah mereka berdua. Ada yang menegur, dan ada juga yang tersenyum. Mungkin ini adalah kali pertama Zayn Izrel datang ke sini.

“Eh, kenapa dengan Abang Zayn. Kak Riss kenapa tu?” Nayla muncul di situ.

Darissa tidak menghiraukan Nayla. Laju sahaja dia melangkah ke pejabatnya, dengan tangan Zayn Izrel digenggam erat.

Zayn Izrel sedikit terkejut. Darissa tiba-tiba sahaja memegang erat tangannya. Adakah kerana Nayla?

Nayla berpeluk tubuh. Dia benar-benar benci melihat kakak angkatnya itu. Sabar Nay... sabar. Buat masa ni, biar dia gembira dulu dengan suami dia. Gumam Nayla.

Tiba sahaja di pejabatnya, Darissa terus membawa Zayn Izrel duduk di sofa.

“You tunggu sini sekejap. I pergi ambil kain, dengan ais batu.” Darissa melangkah keluar, lalu menuju ke pantri.

Zayn Izrel memerhatikan sahaja bilik pejabat Darissa. Nampak begitu kemas dan teratur.  Tiba-tiba matanya tertancap pada satu bingkai gambar yang tergantung di dinding. Gambar tersebut tidak begitu jelas. Dan dia perlu menuju ke arah dinding tersebut, supaya dapat melihat dengan secara lebih dekat lagi.

Klak!

Daun pintu ditolak. Darissa muncul semula, sambil membawa kain dan juga mangkuk berisi ais batu, lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Zayn Izrel.

Ais batu yang dibawanya tadi, terus sahaja dimasukkan ke dalam kain tersebut. Setelah itu dia bulatkan kain tersebut, supaya mudah untuk dia menuam pipi Zayn Izrel yang semakin membengkak.

“I nak tuam ni.”

Zayn Izrel mengangguk sedikit.

Darissa mula menuam pipi suaminya secara perlahan-lahan. Zayn Izrel mula memejamkan matanya menahan rasa sakit. Sesekali itu dia berdecit perlahan.

“Sakit sangat ke?” soal Darissa. Rasa bersalah mula menyelebungi diri.

“Boleh tahan sakit juga.”

“Sekali lagi I minta maaf. I tak sengaja. Tapikan, bukan salah I pun. Kenapa you tiba-tiba tarik lengan I ni?” soal Darissa, dengan tangannya masih menuam pipi suaminya.

“Memanglah I tarik lengan you. Sebab I nak tahu, why you jumpa kekasih you, senyap-senyap di belakang I? I pergi pejabat you. And then I nampak Farhan follow you dari belakang.”

Darissa sedikit terkejut. Jadi Zayn Izrel nampak Farhan bersama dengannya tadi?

“I... err, I... Eh, suka hati I la. Kenapa you nak sibuk?” Darissa mendengus geram. Dia terus sahaja berhenti menuam pipi Zayn Izrel.

“Suka hati? Darissa, you tu isteri I. You bukan orang luar. Dan I ada hak ke atas you. Dan I juga ada hak untuk halang you dari berjumpa dengan kekasih you.”

“Ya, you memang ada hak ke atas I. Tapi you tak sedar apa kesalahan you pula? You jumpa kekasih you senyap-senyap di belakang I. Habis tu I nak kena diam aje? Buat tak tahu?”

“You tu perempuan. I ni lelaki. You tak bolehlah nak halang I daripada berjumpa dengan dia. Lagipun Natasya cinta pertama I. I tak boleh nak putuskan macam tu aje. Lagipun sebelum ni I dah berjanji pada dia, yang I akan jadikan dia isteri I.”

Darissa bangun dari sofa. Kain yang berisi ais batu, diletakkan di dalam mangkuk ais semula. Natasya, Natasya! Apa yang dipandang pada Natasya? Darissa sudah malas lagi mahu masuk campur urusan mereka berdua. Tiada guna dia bertekak dengan Zayn Izrel. Lagi pun memang Natasya sahaja di hati suaminya itu.

“Hmm, macam inilah. Apa kata, you ikut aje cara I. Bila I dah dapat jawatan CEO tu, You kahwin ajelah dengan Natasya tu. I tak akan halang. Dan I tak nak masuk campur urusan you lagi. Apa yang you nak buat, you buatlah. Dan, I akan ikut cakap you, yang I tak akan jumpa dengan Farhan lagi. Dan jangan risau, itu kali terakhir I jumpa dia. Tapi I harap sangat, yang you dapat tolong I untuk I dapatkan jawatan tu. Depan abi I, kita buat macam kita ni pasangan yang bahagia. Boleh tak you ikut?” pinta Darissa.

Zayn Izrel bangun. “Pura-pura bahagia?”

“Ya. Kita pura-pura, yang kita ni bahagia.”

“Habis tu malam tadi? You tak ingat apa yang you cakapkan pada I? You kata, I lebih pentingkan Natasya daripada you. And we kissed. You dah lupa apa yang dah berlaku? You tidur atas I. You peluk I dengan erat.”

“Kissed? Peluk?”

Zayn Izrel mengangguk. “I tak boleh lupakan kenangan malam tadi. You suka, bila I panggil you baby...”

“Wait... you dah salah sangka ni. Semalam I mabuk. I tak sedar apa yang I cakap.”

“Orang mabuk takkan menipu baby...” Zayn Izrel perlahan-lahan berjalan ke arah Darissa. Pinggang Darissa terus dirangkul ke dalam dakapannya.

“Zayn...” Darissa cuba menolak tangan Zayn Izrel.

Tok! Tok!

“Riss? Zayn?” Kedengaran suara Datuk Azlan di luar.

“Abi...” Darissa tersentak.

Klak!

Pintu dibuka.

Zayn Izrel masih memeluk pinggang Darissa ketika ini.

“Eh! Sorry. Abi tertolak pintu macam itu aje.”

Zayn Izrel terus melepaskan rangkulan. “Eh, tak apa abi. Kita orang tak buat apa pun. Rindu dekat Riss. Tu yang Zayn datang sini.”

Datuk Azlan ketawa. Nayla yang berdiri di belakang hanya mencebik.

Wajah Darissa sudah kemerahan menahan malu.

“Eh, kenapa dengan pipi tu?” Datuk Azlan mengamati wajah menantunya.

“Oh, ini? Pipi Zayn terlanggar pintu almari, dekat pejabat tadi. Laju sangat Zayn buka. Itu yang terkena.”

“Ya Allah. Lain kali hati-hati Zayn. Ini dah tuam ke pipi tu?”

“Sudah. Riss dah tuamkan tadi.”

Datuk Azlan tersenyum.

Darissa pula hanya diam membisu. Nasib baiklah suaminya tidak memberitahu perkara sebenar.

“Nay beritahu, Zayn ada datang ke sini. Jadi dah alang-alang tu, abi ingat nak ajak Zayn makan malam di rumah.”

“Makan malam? Alamak sorry abi. Zayn tak dapat malam ni. Sebab Zayn ada hal dengan kawan Zayn. Lain kalilah ya?”

“Kalau esok?”

“Esok pun tak dapat. Zayn kena oustation.”

“Oh, iya ke? Ha, tak apalah. Next week la kalau macam itu. Zayn beritahu aje nanti ya?”

Zayn Izrel mengangguk.

“Baiklah, abi keluar dulu.” Datuk Azlan berjalan keluar bersama-sama dengan Nayla.

Tinggallah Darissa dan Zayn Izrel di situ.

“Kenapa malam ni tak boleh? Siapa kawan you tu? Danial?” soal Darissa.

“Tak. Bukan Danial. Tapi Natasya. I dah janji nak dinner dengan dia. Semalam Natasya merajuk dengan I, sebab I keluar dengan Danial.”

“Oh, really? Okeylah, sekarang ni you keluar. You balik sendiri. You minta driver hantarkan you.” Darissa terus duduk di kerusi. Komputer dibuka. Zayn Izrel yang berada di hadapannya tidak dihiraukan.

“Baby...”

“Don’t call me baby!”

Zayn Izrel mengeluh. “Riss...”

“You nak apa lagi? Sekarang ni you keluar. Macam yang I cakap tadi. Ikut cara I. Dan I akan ikut semua syarat yang you buat. Tapi you kena tolong I. Dan lepas aje I dapat jawatan tu, I nak you ceraikan I.” Darissa tidak mahu memandang wajah Zayn Izrel.

“Ceraikan you? Kenapa you selalu minta I ceraikan you?”

“Zayn, you masih tak faham lagi ke? I tak nak bermadu. You nak kahwin dengan Natasya you kahwin ajelah. I don’t care. Tapi you kena ceraikan I.”

“Tapi I boleh berlaku adil.”

Darissa ketawa. “Apa you cakap? Kelakar pula I dengar. Berlaku adil? Apa tugas you sebagai seorang suami? I langsung tak nampak. You setiap hari keluar dengan Natasya. I? Hanya banyak habiskan masa I dengan Hani, ataupun di rumah. Cuma tadi, Farhan ajak I jumpa, hanya nak betulkan keadaan. Itu tak bermakna I nak berhubung dengan Farhan lagi. Dan untuk I, ada you bagi masa? Yang you tahu, nak cari salah I aje. Itu tak kena ini tak kena. And then you buat syarat itu ini pada I. It’s not fair. I pula yang nak kena patuh?” ujar Darissa panjang lebar.

“You buat I tersepit.”

“I buat you tersepit? Sekarang ni tak payah cakap banyak. And now you choose, me or Natasya?”

“You cakap apa ni?”

“Ya, I nak you pilih. Kalau you pilih Natasya, I akan tolong sampai you dapat kahwin dengan dia. Tapi, you kena tolong I untuk I dapatkan jawatan tu. Kita kena berpura-pura bahagia. And then you kena ceraikan I. Pandai-pandailah I nak buat macam mana nanti. Tapi kalau you pilih I, I akan cuba untuk jadi isteri yang terbaik untuk you.”

“Tapi I tak nak ceraikan you Riss. Dan I pun tak boleh lepaskan Natasya juga. I takkan sia-siakan you. I akan cuba untuk berlaku adil. I janji.”

“Jangan tamak Zayn! I tak nak hidup bermadu. Bukan ke you ada cakap, bila tiba masanya kita akan bawa haluan kita masing-masing. Kenapa sekarang ni you tiba-tiba berubah?”

“I... I tak tahu...” Zayn Izrel tidak mengerti dengan perasaannya. Tamakkah dia? Tetapi dia tidak mahu melepaskan Darissa.

“Sekarang ni pun, you dah buat I terluka. Itu yang you kata berlaku adil? Belum lagi you kahwin dengan Natasya nanti. Lebih-lebih lagi dia cinta pertama you. Tengoklah dia dah buat mama you terluka pun, you masih lagi nak bersama dengan dia. Tak, I tak nak makan hati. I takut, I tak redha bila you dah kahwin dengan Natasya.”

Zayn Izrel hanya diam membisu.

“Sudahlah, keluarlah dari bilik I ni.” Darissa terus menekan papan kekunci dengan kuat.

Zayn Izrel melepaskan keluhan. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik pejabat Darissa, lalu pintu ditutup.

Jari jemari Darissa berhenti menaip. Tiba-tiba air matanya mengalir laju di pipi. Perlahan-lahan jarinya menyeka air matanya. Kenapa dengannya? Kenapa tiba-tiba sahaja dia menangis? Dan Zayn Izrel tidak mahu melepaskannya, kenapa?

Kenapa aku rasa terlalu sebak sangat?

 

NAYLA berjalan menuju ke arah Datuk Azlan dan juga Datin Dahlia. Dia terus sahaja duduk di hadapan mereka berdua.

“Eh, Nay. Kenapa tak tidur lagi?” Datuk Azlan dan Datin Dahlia terkejut.

“Tak mengantuk.” Nayla tersenyum.

“Ini mesti ada apa-apakan?” soal Datuk Azlan.

“Hmm, macam mana abi tahu?”

“Mestilah abi tahu. Tengok Nay tiba-tiba aje duduk depan kita orang ni.”

“Sebenarnya Nay nak minta sesuatu. Harap abi dapat tunaikan.”

Datin Dahlia dan Datuk Azlan berpandangan antara satu sama lain.

“Apa dia tu?”

“Sebenarnya Nay nak minta tukar bahagian. Nay tak bolehlah kerja bahagian marketing.”

“Tak boleh kerja bahagian marketing? Tapi Nay dah nak setahun kerja bahagian marketing, kenapa baru sekarang Nay beritahu abi? Habis tu Nay nak kerja bahagian mana pula?”

“Kalau dapat bahagian akaun pun okey. Boleh tak abi?”

“Kenapa? Kerja bahagian marketing tak seronok ke?” soal Datin Dahlia pula.

“Nay tak boleh nak masuklah. Entahlah, tak kena dengan jiwa.”

“Tapi Nay tak ada pengalaman bahagian akaun. Lagi pun bahagian akaun ni pening. Banyak benda nak kena buat. Dan kita pun dah ada lima orang staf akaun.”

“Hmm tak apalah kalau macam tu.” Nayla mula bangun dari sofa. Sakit pula hatinya ketika ini. Dengan begitu sahaja permintaannya ditolak.

“Tak pun Nay kerja jadi pembantu akaun? Boleh?”

Nayla memandang wajah ibu bapa angkatnya. Pembantu akaun? Lama dia berfikir. Perlukah dia menerima sahaja.

“Macam mana? Nak tak?”

“Hmm, kalau macam tu Nay terima. Tapi, Nay ada satu permintaan lagi.”

“Apa dia?”

“Boleh tak Nay nak ada bilik pejabat sendiri?”

“Kenapa Nay tiba-tiba minta itu ini. Sebelum ni Nay tak pernah berkira pun.”

“Entahlah. Nay rasa dipinggirkan. Kadang-kadang Nay terfikir, kenapa Nay tak boleh ada bilik sendiri. Kenapa kena bercampur dengan staf yang lain? Sedangkan Nay ni anak angkat abi dengan mummy dah 13 tahun dah. Kenapa? Sebab Nay ni hanya anak angkat ke? Jadi, Nay tak layak dapat semua tu?”

“Jangan cakap macam tu. Abi dengan mummy dah anggap Nay macam anak kandung kami sendiri. Lagi pun, arwah ibu bapa Nay, adalah kawan rapat kami. Jadi kami dah diamanahkan untuk ambil Nay jadi anak angkat kami.”

Nayla terduduk membisu. Sebut sahaja arwah ibu bapanya, hatinya pasti berasa sebak.

Datin Dahlia bangun. Tubuh Nayla dipeluk erat.

Datuk Azlan turut bangun. “Sudah. Jangan sedih. Esok abi akan tunjukkan bilik baru Nay ya?”

Nayla mengangkat wajahnya. Dia tersenyum paksa. Dan akhirnya dia ada bilik pejabatnya sendiri. Dan ini adalah permulaan.

 

SEJAK kejadian semalam, Darissa langsung tidak bertemu dengan Zayn Izrel. Dan pagi ini, dia turut tidak bertemu dengan suaminya itu. Kata Kak Ton, Zayn Izrel sudah ke Johor Bahru, awal-awal pagi tadi. Dan suaminya juga tidak berpesan apa-apa kepadanya. 

Darissa terus menuju ke keretanya. Pintu kereta dibuka. Belum sempat dia mahu melangkah masuk ke dalam keretanya, dia sudah dikejutkan dengan kehadiran Natasya di pekarangan rumah.

“Hoi perempuan gila!” jerit Natasya.

Berkerut dahi Darissa ketika ini. Dan apa kekasih suaminya buat di sini? Dan wanita itu tahu, tempat tinggal mereka?

“Kau dah buat apa pada Zayn ha?!”

“Apa aku dah buat?” Darissa masih berdiri di tepi keretanya.

“Kau ada baling barang pada Zayn kan? Kalau tak, kenapa pipi dia bengkak? Isteri apa kau ni ha? Dengan suami pun tak pandai nak hormat?”

“Wait... what are you talking about?”

“Kau tak payah nak buat muka blur kau dekat sini. Aku akan pastikan Zayn akan ceraikan kau. Aku tak sanggup tengok Zayn diperlakukan seperti kuli balaci! Sanggup kau buat Zayn macam tu? Walaupun dia tak mengaku, tapi aku tahu, itu kau!” Natasya terus sahaja menolak tubuh Darissa dengan kuat.

Darissa hilang imbangan, lalu dahinya terhantuk pada bucu pintu keretanya.

Buk!

Dahi Darissa mula berasa sedikit pedih. Dia dapat merasakan darah sedang mengalir di dahinya. Tetapi sebenarnya Darissa memang sengaja membuat dirinya hilang imbangan. Dan dia sememangnya sudah tahu, yang Natasya mahu menyerangnya. Disebabkan itulah dia sengaja berbuat seperti itu. Dan sebentar lagi, dia akan melakukan langkah seterusnya.

Tanpa menunggu lagi, Darissa terus memusingkan badannya, lalu satu tumbukan padu diayunkan pada batang hidung Natasya.

Buk!

Tepat mengenai pada batang hidung wanita itu.

“Argh! My nose! My nose!” jerit Natasya dengan kuat. Darah mula mengalir keluar dari lubang hidungnya, begitu juga pada batang hidungnya. Dia merasakan ada luka. Disebabkan itulah dia merasakan batang hidungnya mula berasa pedih.

Kak Ton yang mendengar bunyi bising dari luar, terus sahaja berlari keluar.

“Ya Allah kenapa tu!” jerit Kak Ton, sambil menyarungkan selipar pada kedua-kedua kakinya.

Darissa memandang Natasya yang sedang memegang hidungnya ketika ini. Satu senyuman sinis diberikan kepada wanita itu.

Nak tunjuk hebat dengan aku. Itu baru penumbuk aku bagi. Desis Darissa.

Matanya terus terarah pada cincin berlian di jari manisnya. Cincin itulah yang disarungkan Zayn Izrel, saat mereka akad nikah dahulu. Memang sengaja cincin tersebut diarahkan pada hidung wanita itu. Disebabkan itulah, batang hidung Natasya luka. Tiba-tiba sahaja, kepala Darissa berasa pening.

Bam!

Darissa terus sahaja jatuh tertiarap di tepi keretanya. Darah pula tidak henti-henti mengalir daripada dahinya.

Natasya tidak menghiraukan Darissa yang sudah tidak sedarkan diri ketika ini. Dia benar-benar trauma dengan apa yang telah terjadi pada hidungnya. Dan dia juga tidak henti-henti menjerit. Patahkah batang hidungnya?

Share this novel

Mermaid_
2023-06-24 16:20:36 

bestttt! update selalu pleaseeee. suka zayn sweet sweet

norsila
2023-06-23 16:31:54 

hahaha padan muko tasya..sbiji kono..biar patah hidungnya tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience