Apabila niat buruk dihati yang semakin hitam terus menerus mencari jalan untuk mencapai sebuah kemenangan walau dengan cara licik.
"Perempuan macam tu kamu Nak Zen? Pergi macam tu langsung tak telefon bagitahu kamu."Bebel Puan Marina mengejutkan Puan Sri Fadilla yang sibuk menyelak helaian akhbar.
"Kenapa Kak Mar? Ekin macam mana?Sesuai jadi menantu? "Soal Puan Fadilla sambil memandang kearah Puan Marina yang sudah melabuhkan punggung sambil mencapai majalah.
"Bonda Zen tetap nak bernikah dengan Ekin." Tutur Haizren bersahaja pantas Puan Sri Fadilla mengangkatkan wajah memandang anak tirinya itu jelas terpancar wajah cerianya kerana selama ini dia menantikan seorang menantu.
Puan Marina menghempas majalah yang dibeleknya tadi pantas Puan Sri Fadilla mengerutkan dahi sedari tadi tidak mengetahui perkara sebenar yang telah terjadi.
"Tapi Bonda tak berkenan dengan dia Zen tak akan kau nak conteng arang dekat muka aku Zen? "Soal Puan Marina mengejutkan Raja Haizren pantas wajah Bondanya dipandang.
"Bukan macam tu Bonda tapi Zen dah lama bercinta dengan Ekin sejak di Perth lagi kami bercinta tak akan kami nak bercinta sampai seratus tahun tanpa ikatan yang sah Bonda.Zen tahu Bonda terasa dengan Ekin Zen minta maaf bagi pihak kekasih Zen."Jelas Raja Haizren tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan namun Puan Sri Fadilla masih tidak memahami keadaan sebenar yang terjadi.
"Walau apa pun yang terjadi Bonda tak izinkan Zen bernikah dengan Ekin!"Keputusan Puan Marina menyentakkan hati Raja Haizren.
"Tapi.."
"Jangan cari alasan Raja Haizren Zayyan Dengar sini Zen dah lama ke bercinta dengan dia Bonda tak kisah bercinta saja bukan dah bernikah.Zen kena bernikah dengan Thalia dia budak baik solehah duduknya di kampung batas terjaga dan hormat orang tua.
Dengar cakap Bonda kalau tak jangan kamu mengaku aku ini ibu kamu."Ugut Puan Marina mematikan akal Raja Haizren adakah dia terpaksa akur tetapi sekirannya dia tidak mengikut dia bakal kecewakan syurganya sendiri.
"Bonda apa ni?Kenapa Bonda benci sangat dengan Ekin? "Terjah Raja Haizran Fadzal terkejut dengan desakkan Ibu tirinya itu.
"Sebab dia tak sesuai dia biadap dengan Bonda dan dia tak seta..."
"Habis awak tu setaraf dia ke Mar? Awak tahu keluarga Ekin orang yang paling berpengaruh dekat Malaysia ni awak tak sedar ke awak tu bila bila masa mereka boleh beli awak Mar."Sampuk Tan Sri Haidar pula yang sedari tadi berdiri memandang pergaduhan besar dirumahnya bukan dia tidak kenal siapa Marina yang sebenar sengaja ingin menghancurkan hubungan anak sendiri.
"Awak tak payah nak ajar saya Raja Haidar saya tahu apa yang saya tetapkan dekat anak saya."Bantah Puan Marina membuatkan Puan Sri Fadilla memandang kearah suaminya yang hanya mengeleng.
"Kalau itu yang Bonda nak Zen setuju bernikah dengan Thalia."Keputusan Raja Haizren tanpa desakkan dia akur andai ini kesudahannya.
"Abang!"Jerit Puan Sri Fadilla pantas Puan Marina memandang kearah tepi sambil terukir senyuman kemenangan.
Raja Haizran menarik tangan abang tirinya lalu berjalan keluar daripada rumah."Kau buat apa ni?"Soal Raja Haizran tegas sambil berpeluk tubuh.
Raja Haizren meraup wajahnya sambil mencekak pinggang."Ekin yang berkelakuan macam tu aku tak ada pilihan dia Ibu aku Iz tak akan aku nak kecewakan dia."
"Habis kau rela tengok Ekin kecewa macam tu? perkara kecil macam ni boleh di selesaikan.Kau sanggup tinggalkan orang yang kau cinta bertahun-tahun hanya sebab Bonda kau?
Kau nak Bonda kau atur hidup kau macam tu sedangkan Bonda kau dulu tinggalkan kau tanpa berfikir pun kau tu ada kepentingan bagi dia.Jangan buat keputusan macam ini Ekin tak salah!"
"Kau jangan nak hina Bonda aku!"Raja Haizren menolak tubuh adiknya.
"Okey Fine! Kau jangan anggap aku adik kau lagi.Assalamualaikum."Raja Haizran Fadzal berlalu pergi hatinya berbelah bahagi sama ada kecewa atau bahagia? Dia keliru.
Sebaik perancangan baik lagi perancangan Allah yang menyusun atur sebuah kehidupan yang telah diciptakan oleh manusia yang terluka.
Share this novel