Semua tetamu yang hadir berkumpul dalam Majlis kesyukuran sempena dua tahun Hotel Mastica di buka hasil usaha Dato Paduka Nasrol dan Isterinya Datin Paduka Tasneem turut di bantu oleh dua orang anaknya Nadeem dan Nadirah Tashqin manakala Nazreen Dan Nasuha memilih untuk menjadi seorang Doktor.
Selesai pembacaan doa daripada Ustaz Hafiz bagi pembukaan Majlis kesyukuran tersebut di teruskan dengan derma kepada anak yatim.Sudah menjadi kebiasaan setiap tahun akan diadakan majlis dan menjemput anak yatim bagi memeriah majlis dari satu mereka sekeluarga dapat beribadah selain mengejar duniawi.
Tashqin melabuhkan punggung dihadapan Raja Haizren yang hanya memandang melalui ekor matanya sahaja.Dato Paduka Nasrol melangkah kearah pengacara Majlis bagi memberi sedikit kata mengenai Majlis tersebut.
"Bismillah Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu,Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran tetamu yang hadir bagi memeriahkan Majlis tidak lupa kepada tetamu VVIP Tan Sri Raja Haidar dan Raja Haizren atas kesudian menghadirkan diri ke Majlis ini.Beri tepukan."
Kesemua tetamu memberi tepukan gemuruh."Semua tetamu boleh menjamu selera.Terima kasih."Sambung Dato Paduka Nasrol lagi.Tetamu segera menjamu selera dengan hidangan yang telah terhidang.
Tashqin terpandang wajah Nasuha yang hanya memandang kearah pinggan tanpa menghiraukan suasana dalam Dewan tersebut.
"Kak Sue ada masalah ke dengan Abang Fareez?"Soal Tashqin pantas Nasuha memandang kearah adiknya itu.
"Aku tak tahu nak cakap macam mana dik.Ada dia tak bagi panggil dia kekanda? Kau rasa dik aku lah baru nak sweet ala-ala wanita melayu terakhir."Jelas Nasuha sekali dengan gaya tangannya seolah seperti seorang Guru.
Tashqin mengerutkan dahi melihat telatah kakaknya itu bergaduh dengan alasan yang tak kukuh langsung."Layanlah Kak Sue ini Abang Fareez tak bagi panggil je bukan suruh bunuh diri pun."Tashqin mengelengkan kepalanya.
"Ekin saya ambilkan makanan untuk awak."Hulur Mikael pinggan yang berisi nasi dan lauk.Lambat-lambat Tashqin mengambil makanan apabila terpandangkan renungan tajam Raja Haizren kearahnya pantas Tashqin bingkas berdiri lalu berjalan kearah buffer makanan.
Natasha segera menarik tubuh majikannya a.k.a Sahabat baiknya kearah tepi Dewan tersorok daripada para tetamu.Tashqin hanya menuruti langkah pembantu peribadinya itu tanpa berdalih.
"Ekin aku dapat surat saman untuk Kau."Tutur Natasha sambil memandang kearah kertas sama yang baru di dapatnya tadi.Tashqin mengerutkan dahinya terasa hatinya kurang sedap.
"Nama dekat surat tu Raja Haizran Fadzal memfailkan saman terhadap Kau atas sebab kau berniat untuk mencederakan Dia."Terang Natasha lagi.
"Apa! Haizran mana ini? "Soal Tashqin hairan pantas Natasha mengelengkan kepalanya.
Serta-merta kejadian semalam terlayar di fikirannya pantas tangan digenggam kemas nafas berombak kencang.Kertas di tangan pembantu peribadinya di rampas kasar.
"Kalau Dato ke Tuan Tash tanya aku mana cakap aku ada hal penting dekat luar.kau pandailah cover aku untuk majlis ini kau cakap jela aku sakit perut ke apa ke.Aku pergi dulu."Ujar Tashqin lantas berlalu pergi tanpa sempat Natasha ingin berkata sesuatu.
Mikael Naufal menghampiri tunangnya itu."Kenapa dengan Cik Ekin?"Soal Mikael prihatin.
"Entah."
Share this novel