Wakil keluarga pihak lelaki menyusun hantaran yang telah disediakan.Raja Haizren berjalan masuk kedalam rumah lalu berhenti dihadapan pelamin yang tersergam indah berwarna putih mengikut tema Majlis Akad Nikah.
Raja Haizran Fadzal memperbetulkan songkoknya sebelum melabuhkan punggung di sisi abang tirinya.Tok kadi membaca mukadimmah permulaan untuk akad nikah pasangan pengantin baru.
Raja Haizren menjerling sekilas kearah Thalia Maisarah yang lengkap berbaju kurung labuh melihat pada wajahnya seakan menahan kesakitan sahaja.
"Bismillah boleh kita mulakan."Semua yang berdekatan mengangguk laju pantas Tok kadi menghulurkan tangan.Raja Haizren memandang kearah adik tirinya dan Papanya sebelum menyambut huluran tersebut.
"Raja Haizren Zayyan Bin Raja Haidar Zayyan."
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Nur Thalia Maisarah Binti Tarmizi dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Nur Thalia Maisarah Binti Tarmizi dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai."
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulillah."Tok Kadi membaca doa.Semua memanjatkan kesyukuran terutama Puan Marina yang sudah tersenyum-senyum dengan rancanganya berjalan lancar.
Raja Haizren menunaikan solat sunat sebelum Majlis perbatalan air sembahyang diadakan pantas Raja Haizran Fadzal bingkas berdiri lalu berjalan ke arah tepi khemah jauh sedikit daripada orang ramai.
Iphone 8plus di sentuh skrin mendail nombor telefon bakal isterinya."Iz selamat bertunang."Tepuk Luth Umar ke bahu rakan perniagaannya.
Raja Haizran Fadzal terkejut namun bibir pantas mengukirkan senyuman sebelum menyimpan kembali telefon bimbitnya kedalam poket seluar.Mereka saling bersalaman.
"Terima kasih Bro , sorry aku tak jemput ramai itu pun atas permintaan bakal isteri aku."Ucap Raja Haizran Fadzal sambil menarik kembali tangannya.
"Tak apa kau tak cakap dekat aku pun tak apa Iz aku faham dan tahu kau akan bernikah dengan siapa aku cuma harap kau dapat bahagiakan dia."Kata-kata Luth Umar mengejutkan Raja Haizran pantas bahu lelaki itu di pegang kemas.
"Terima kasih Bro."Senyuman terukir manis mengambarkan hati yang bahagia.
"Zen wajib untuk tahu nanti aku akan beritahu dia sendiri kau jangan risau."Bahu Luth Umar ditepuk lembut.
Selesai majlis pembatalan air sembahyang Thalia Maisarah segera masuk kedalam bilik.Dia tidak mampu menahan rasa sakit perutnya bagai ingin pecah namun perlahan-lahan badannya di baringkan.
Raja Haizren masuk kedalam bilik sedari tadi dia memerhati tingkah laku isterinya yang lain dari yang lain.Sesekali mata memandang sekujur tubuh yang terbaring menahan sakit.
"You okey ke Lia? "Soal Raja Haizren lalu melabuhkan punggung di birai katil.Thalia mengangkat kepalanya memandang kearah Raja Haizren sambil mengetap bibir menahan rasa sakit.
"O..key.."Tubuh di iringkan ke kanan sambil mata di pejamkan pantas Raja Haizren mencepung tubuh isterinya untuk dibawa ke klinik apabila melihat reaksi Thalia yang terlampau sakit.
NADIRAH Tashqin mencapai telefon bimbitnya yang sudah berbunyi minta di angkat pantas mata memandang kearah sebaris nama terus terukir senyuman dibibir.
"Assalamualaikum Ekin."Ucapa Natasha gembira pantas Tashqin sudah tersenyum manis.
"Waalaikumusalam Asha.Asal suara kau over sangat ni?"Soal Tashqin sambil tangan menyimpan majalah yang baru di bukanya tadi.
"Sebab sahabat dunia akhirat aku dah jadi tunang orang."Ujar Natasha sambil ketawa gembira atas kebahagian sahabatnya itu.
"Mengadanya. Anyway thank you so much my bff."Tashqin ketawa kecil.
"Aku ada perkara nak cakap dekat kau."
"Apa? "
"Aku lega Mikael dah resign."Ujar Natasha sambil melepaskan keluhan yang sekian lama terpendam dihati.
"Kenapa dia resign?"
"Ekin kau tak ingat ke?"
"Ingat apa?"Tashqin memikirkan apa yang telah terjadi dan terlepas pandang olehnya serta kenapa Mikael berhenti secara mendadak sebegini.
Natasha sedar dia terlepas kata sepatutnya dia tidak perlu bercakap tentang kejadian yang berlaku antara Tashqin dan Mikael namun hati gembira dengan tindakan Mikael.
Panggilan lain masuk cepat-cepat Tashqin memandang kearah skrin panggilan daripada Raja Haizran.Telefon bimbit di dekatkan ke telinga.
"Asha tunang aku call nanti aku call kau balik."Talian di matikan pantas laju tangan Tashqin menjawab panggilan daripada suaminya.
"Bergayut dengan siapa tu?"Kedengaran suara tegas Raja Haizran menuturkan kata.
"Assalamualaikum."Ucapan Tashqin lembut membuatkan Raja Haizran menepuk dahinya terlupa pantas salam di jawab.
"Asha telefon tadi , Kenapa awak call?"
"Rindu dekat awaklah."Tashqin tersenyum namun dia teringatkan pada cerita Natasha tadi.
"Awak sa.."
"Iz tolong aku! Bawa Bonda sekali."Kedengaran suara Raja Haizren mengejutkan Tashqin hatinya tiba-tiba terasa sakit.
"Yang nanti saya call balik."
Talian dimatikan.Tashqin meletakan perlahan-lahan telefon di atas katil.Macam ada perkara yang disembunyikan namun tangannya pantas memegang dada yang berdenyut laju.
"Aku boleh ini keputusan aku."Bisik Tashqin lalu menutup tingkap yang terbuka.
Lepaskan harapan antara kita agar tidak terus menyakitkan hati
yang sedia kala terluka.
Share this novel