LUMRAH sesebuah kehidupan apabila harta menjadi suatu keinginan untuk meneruskan kehidupan walhal harta tersebut tidak menjaminkan kepentingan di akhirat.
Kedengaran azan subuh berkumandang begitu jua kuatnya tangisan anak kecil yang menangis meminta susu namun tidak diendahkan oleh kedua ibu bapanya yang masih memandang antara satu sama lain.
"Selangkah kau keluar daripada rumah ini aku ceraikan kau dengan talak tiga."Tutur Haidar yang mencerlung memandang kearah isterinya yang sudah bersiap sedia untuk keluar bertemu rakan-rakannya di kelab.
"You jangan nak ugut I sebab I tak takut pun dengan segala kata-kata You.I takkan lagi duduk dalam reban ayam yang You sediakan untuk I.I sangkakan selepas I nikah dengan You You akan sediakan I sebuah banglo yang mewah tapi hampa apabila segala harta yang You miliki telah ditarik balik oleh Bapa You sendiri."Sinis Marina menuturkan kata-kata yang hanya menghasilkan rasa kecewa dihati suaminya.
"Tak ada secebis pun rasa bersalah dalam diri kau dengan segala tingkah laku kau selama kita bernikah?Isteri jenis apa kau ini? tak ingat halal haram ke?"Haidar memandang tajam wajah isterinya sudah sekian lama dia bertahan menelan dan memejamkan mata melihat gelagat isterinya yang selalu keluar masuk rumah seperti hotel tanpa sedikit pun rasa hormat akan dirinya sebagai suami.
"Tak payah nak ajar I soal agamalah kalau you sendiri pun terumbang-ambing.I tetap akan keluar dari rumah ini You jagalah anak You tu dengan harta kepunyaan You."Bongkah kata-kata yang keluar daripada mulut Puan Marina tanpa secebis rasa berdosa dihati.
"Aku betul tak sangka selama ini kata-kata Ayah aku ada betol nya kau memang perempuan mata duitan.Aku sanggup tinggalkan semuanya demi kau tapi apa hasil aku dapat ? ini kau balas? "Ujar Haidar sambil merenung tajam wajah isterinya yang hanya tersenyum sinis.
"I tak minta You tinggalkan harta You tapi You sendiri yang memilih untuk bernikah dengan I padahal You tahu I bukan nak sangat pun You tu Haidar!"Jerit Puan Marina lalu segera melangkah keluar daripada rumah kayu tersebut tanpa memperdulikan tangisan anak kecil yang semakin kuat.
Haidar hanya merautkan wajahnya sambil memeluk lembut tubuh anaknya yang masih menangis tanpa sedar air matanya mengalir ke pipi cepat-cepat di seka air mata kesakitan itu.
"Papa takkan halang andai suatu hari nanti kamu akan bertemu dengan bonda kamu."
Share this novel