Bab 1

Romance Completed 23986

Kehidupan akan lebih indah sekiranya wujud insan yang bertakhta di hati akan tetapi kita tidak mampu menandingi apa yang dirasai apabila ruang yang kita berikan untuk dicintai sepenuh hati tetapi mudah disakiti tanpa wujud rasa kesal di hati.


Seandainya kita tabah mengharungi segala-galanya walaupun egois menguasai diri tanpa kemaafan di hati.Akan bahagiakah sesuatu kebahagian yang di impikan sekian lama terlerai tanpa persoalan di hati.


Suasana yang sibuk di Ibu Kota pada waktu pagi membingitkan telinga namun berbeza pada seorang wanita yang masih tekun memandang telefon tanpa menghiraukan suasana yang tidak langsung menganggu fikirannya yang hanya fokus pada gadget di tangan sambil tersenyum manis.


"Ekin boleh saya duduk? "Sapa Zalfa Afnan lalu menarik kerusi dihadapan wanita yang sudah mengerutkan dahi memandang kearahnya yang sudah melabuhkan punggung.


Perlahan-lahan Tashqin mengukirkan senyuman yang pahit apabila terkenangkan suatu peristiwa yang menyakitkan hati.

"Awak masih ingatkan saya? Awak masih mempunyai perasaan terhadap saya?"Soal Zalfa tanpa beragak walhal dia tahu dahulu bertapa angkuhnya dia sampai sanggup merendahkan cinta wanita dihadapannya kini.


Tashqin mengerutkan dahinya lantas wajah di pamerkan hambar segala perasaan yang dahulu berbunga kini kian pudar sepudarnya.


"Penting untuk kau tahu? Untuk pengetahun kau lah rasa tu dah lama mati dan aku tak pernah berkenalan atau mempunyai perasaan cinta dengan manusia bernama Zalfa Afnan.Terima kasih."Tutur Tashqin lalu bingkas berdiri lantas berjalan keluar daripada cafe tanpa berkalih kepada lelaki yang telah menjatuhkan maruahnya suatu ketika dahulu.


"Dulu cakap aku ni tak setanding dialah aku ni tak boleh jadi kekasih dia lah sekarang datang kat aku balik.Hey! pergilah! Dulu malukan aku depan semua orang sekarang terhegeh-hegeh nakkan aku.Sekarang kau pula tak setanding aku."Omel Tashqin sambil menyelup-yelup tangan kedalam beg.


Tiba-tiba seorang lelaki melanggarnya secara mengejut membuatkan tubuhnya terjatuh lalu terhantuk pada tiang lampu manakala telefonnya terhempas bersama sebuah telefon lagi.


"Aduhh!"Tashqin memegang kepalanya sambil memandang kearah lelaki walaupun pandangannya kabur."Telefon aku!"Jerit lelaki tersebut lantas mencapai telefon yang sudah retak skrinnya.


Tashqin mengerutkan dahi memandang tingkah laki lelaki tersebut."Buta ke? tak nampak aku keluar tadi? otak letak mana? lutut?"Tashqin bersuara lantas bingkas berdiri sambil sebelah tangan memegang kepalanya yang berdarah.


"Habis rosak telefon baru aku! Semua sebab kau! Jalan tak pandang kiri kanan."Bantah lelaki itu geram.Tashqin membulatkan matanya.


"Kepala hotak kau! Aku baru keluar dari Cafe ini itu pun kau tak nampak ke?"Ujar Tashqin lantas bibir diketap geram benar hatinya apabila berhadapan dengan situasi sebegini serta berjumpa makhluk Allah yang menyakitkan hati.


Tashqin mencapai Iphone6 yang sudah pecah namun tidak merisaukan hati tetapi kepala yang sakit semakin berdenyut.


"Amboi Amboi cantik sangat bahasa awak ini sayang.Harap sahaja muka cantik tapi perangai tak boleh harap! Aku tak kira aku nak kau ganti balik telefon aku! "Desak Raja Haizran sambil tangannya menyentuh skrin telefon yang sudah tidak menyawa itu.

Baharu sebentar tadi dia membeli telefon kini dia terpaksa mengadaikan kembali wang ringgit untuk telefon barunya.

"Ewah! Ewah! Sudah terang lagi bersuluh tapi buat apa nak suluh siang hari kan.Eh kau yang langgar aku sebab apa pula aku nak kena ganti telefon kau? Banyak cekadak kau! lain kali encik Abangku Sayang beli telefon murah yang boleh baling tu nanti jatuh kau tak menangis macam kena tinggal awek!"Ujar Tashqin selamba lantas tawanya meletus.


Raja Haizran mengangkat keningnya sambil merenung tajam wajah wanita dihadapannya.Terjentik satu perasaan halus dalam hatinya.


"Cekadak ke cekodok ke ? Aku tak nak dengar apa sahaja alasan kau yang pasti aku tunggu ganti rugi kau."Putus Raja Haizran lantas tersenyum sinis memandang wanita yang masih memegang kepalanya.


Tashqin mengecilkan matanya sambil mengangkat sebelah kening."Ada aku kesah memang taklah aku nak ganti telefon buruk kau tu.Aku boleh gunakan duit untuk perkara yang lebih berfaedah."Tashqin berjalan meninggalkan lelaki yang menyakitkan hatinya.

Raja Haizran memandang tingkah laku wanita itu lalu tersenyum manis kerana terdapat kemanisan disitu.Dia harus berjumpa dengan wanita itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience