Nadirah Tashqin memegang kepalanya yang ditampal pembalut luka mujur tiada luka dalaman yang parah kalau tidak teruk lelaki itu di kerjakannya.Tashqin berjalan masuk ke halaman rumah setelah memarkir kereta di seberang jalan.
"Ekin, Kau kenapa ini?"Soal Nazreen melulu kearah adiknya sambil memegang perut yang sudah membonyot.
"Mamat mana aku tak kenal langgar aku sampai aku terhantuk kat tiang."
"Apa?"Sampuk Datin Paduka Tasneem sambil berjalan kearah dua anaknya itu.Tashqin mengeluh apabila terpaksa mengulangi kembali ceritanya tadi.
"Tak Ma, Tadi ada mamat mana Ekin tak kenal langgar Ekin sampai terhantuk kepala kat tiang tadi.Itu yang luka sikit tapi Mama jangan risau tiada kecederaan yang teruk pun.Ekin okey."Ujar Tashqin lantas tersenyum manis sambil mengenyitkan matanya.
"Kau duduk situ buat apa? Tak ada kerja lain ke? Akak tahu kau cuti Dik , tapi cuba cari kerja yang berfaedah jangan buat perangai macam budak budak malu dekat Zen kalau dia tahu kau perangai bakal isteri dia macam ini."Bebel Nazreen panjang lebar pantas Tashqin memucungkan bibirnya mendengar bebelan kakaknya itu.
"Ekin baru keluar dari Cafe itu kak bukan buat apa pun dia yang tetiba langgar Ekin lepas tu tak minta maaf salahkan Ekin.Ekin ini walaupun mata dua nampak jalan bukan macam dia.Akak jangan risau Zen terimalah kak kekurangan Ekin."Bidas Tashqin puas hati kalau sehari tak bergaduh bukan adik-beradik namanya.
"Apa-apalah Ekin Mama tahu Zen itu sibuk sesekali singgahlah tengok dia berkerja nanti dah jadi suami tiadalah kekok sangat."Ujar Datin Paduka Tasneem pula lantas Tashqin menutup telinganya.
"Sudahlah Mama, Ekin tahu Ekin silap tapi perkara sudah jadi."Tashqin mengeluh lantas melangkah masuk kedalam rumah diekori dengan Datin Paduka Tasneem dan Nazreen.
"Neem makanan dah siap."Ujar Mak Ton.Tashqin sudah tersengih kearah Mak Ton iaitu pembantu rumah yang sudah mereka anggap seperti ahli keluarga.
"Dira kenapa itu kenapa?"Soal Mak Ton pantas Tashqin membuka mulut ingin menjawab."Budak Dira ini buas Kak Ton."Potong Datin Paduka Tasneem lantas ketawa kecil.
Tashqin terlopong mulutnya mendengar jawapan daripada mamanya lalu menjeling manja kearah Datin Paduka Tasneem.
"Aduhh!"
Tashqin segera menoleh kearah kakak sulungnya yang sedang memegang perut.
"Kau kenapa kak?"Soal Tashqin sambil mengerutkan dahi.
"Baby tendang sebab nak marahkan mak saudara dia."Sakat Nazreen lantas ketawa.Tashqin mengetap bibirnya menahan geram.
Datin Paduka Tasneem memandang kearah anak-anaknya."Sudah jangan nak bergaduh dekat situ.Mari makan , makanan dah terhidang ini.Reen masuk nanti terberanak dekat situ susah mama suami kamu outstation."Ujar Datin Paduka Tasneem lantas Nazreen ketawa mendengar kata mamanya itu.
"Assalamualaikum."Ucap Mikael Naufal pantas mereka bertiga serentak memandang kearah pintu."Waalaikumusalam."
Datin Paduka Tasneem sudah tersenyum manis.Nazreen segera kearah meja makan meninggalkan adiknya yang sudah berubah riak wajahnya.
"Sampai pun jemput masuk rumah auntie.Mana Fareez?"Soal Datin Paduka Tasneem sambil melilau memandang keluar rumah mencari kelibat bakal menantunya itu.
Nasuha menuruni anak tangga satu persatu pantas Tashqin memandang kearah Kakak keduanya itu."Kak Sue mana kekanda kau? "Jerit Tashqin sengaja ingin menyakat akak keduanya yang masam mencuka wajahnya.
"Mati!"Jawab Nasuha selamba pantas kearah meja makan.Tashqin mengerutkan wajahnya melihat keadaan kakaknya itu."Gaduhlah tu."Bisiknya sendiri.
"Fareez lambat sikit ada hal."Tutur Mikael lemah lembut."Tak apa kita boleh tunggu.Come Kael."Pelawa Datin Paduka Tasneem sambil berjalan kearah meja makan.
Mikael memandang kearah pujaan hatinya itu."Untung You."
"Untung?"
"Sebab Mama boleh ajak You Lunch dekat rumah kami.Bukan senang nak jemput staff datang rumah orang tertentu sahaja tau."Ujar Tashqin lantas tersenyum manis bukan niat untuk merendahkan sesiapa tetapi ia sudah menjadi salah satu sifat Datin Paduka Tasneem yang pemurah dan baik hati.
Kerajinan Mikael dalam menguruskan Hotel telah melantiknya menjadi pengurus besar Hotel dan menguruskan segala keperluan Hotel.Hal ini membuatkan Mikael semakin rapat dengan keluarga Dato Paduka Nasrol.
"I lagi beruntung kalau dapat You."Bisik Mikael Naufal lembut membuatkan Tashqin terdiam tanpa kata.Hatinya resah disebabkam kehadiran lelaki dihadapannya kini ke rumahnya di tambah dengan kata-kata tersebut dia tidak mampu untuk memberikan hati kepada lelaki ini kerana hatinya sudah dimiliki.
Mikael Naufal memandang kearah kepala Tashqin yang berbalut."Kenapa kepala You?"
"I terhantuk tadi."Ujar Tashqin lantas tersenyum paksa.
"You are naughty."Bisik Mikael Naufal lagi membuatkan Tashqin tidak selesa dengan keadaan seperti itu pantas langkah di atur ke arah meja.
Share this novel