"Company saya tak perlukan model macam awak!"Sergah Raja Haizren mengejutkan semua perkerja termasuk Tashqin yang baru ingin melangkah keluar daripada Syarikat ini.
Amanda menelan air liur lalu menyimpan alat solet kedalam beg sambil memandang kearah majikannya tanpa rasa bersalah.
"Kalau awak nak bermake up bagai company saya bukan tempatnya.So kalau awak tak nak kerja dekat sini awak boleh berhenti hari ini juga.Saya tak perlukan perkerja macam awak!"Maki Raja Haizren lagi.Amanda mengetap giginya.
"Saya minta maa.."
"Maaf!Maaf!Awak ingat saya ini apa?banyak kali saya dengar pasal awak! Awak ingat company ini bapak awak punya ke?sedar diri tu awak cuma kuli! "Ujar Raja Haizren sambil mengetuk meja.Amanda hanya menundukan wajahnya.
Tashqin menelan air liur."Boleh lah awak jalan ini.Bismillah."Ujar Tashqin sendirian lalu berjalan perlahan-lahan di belakang Raja Haizren.
GULP!
"Nadirah Tashqin Binti Nasrol! "Jerit Raja Haizren lalu memusingkan badan memandang kearah Tashqin yang sudah terkejut beruk apabila nama penuhnya di panggil.
"Ikut saya sekarang."Bisik Raja Haizren lembut pantas Tashqin mengangguk laju.
"Sambung kerja!"Sempat Raja Haizren menjerit apabila menyedari kemarahannya tadi di pratonton oleh pekerjanya.
Raja Haizren melabuhkan punggung sambil mata memandang kearah Tashqin yang sudah melabuhkan punggung dihadapannya.
"Tell me, What are you doing here? "Soal Raja Haizren tegas tanpa memandang kearah Tashqin yang masih terkejut apabila di jerkah sebegitu tadi.
"Ehem.. Sayang jumpa adik Abang."Jawab Tashqin gementar pantas wajah kekasihnya di pandang.
Sudah lima tahun mereka bercinta cuma Tashqin belum berkesempatan untuk berkenalan dengan adik kekasihnya itu.
"Why yang? "
"Semalam Sayang terlanggar dia sampai telefon dia jatuh."Jawab Tashqin lalu mengetap bibir.Raja Haizren tekun memandang kearah skrin komputer membuatkan Tashqin kebingungan.
"Abang I am Sorry.."
"For what yang? "Soal Raja Haizren sambil mata beralih kearah kekasih yang amat dicintai.Tashqin mendiamkan dirinya.
"It's okey lah yang Abang tak kisah pun yang pasti Sayang tak tipu apa apa pun.Singa ini tak akan mengamuk atas sebab yang tak menyakitkan hati."Ujar Raja Haizren bertolak ansur dan lemah lembut demi insan tercinta.
Tashqin tersenyum manis kearah kekasihnya."Abang janganlah marah selalu nanti Abang cepat tua macam mana Sayang nak bernikah kalau Abang dah tua."Sakat Tashqin manis pantas Raja Haizren melepaskan tawanya.
"So kalau Abang tua Sayang dah tak nak dekat Abang macam tu?"Soal Raja Haizren pantas bingkas bangun ingin menghampiri Tashqin yang sudah bergerak kearah sofa.
"Sayang tak cakap Sayang tak nak dekat Abang tapi kesian dekat anak-anak kita sebab nanti orang ingat ayah diaorg tu Atuk diaorang."Tashqin ketawa sambil memperbetulkan rambutnya yang sudah serabai ingin sahaja di botakkan terus kepala biar tiada rambut.
"Sakat Abang ye.Lepas ini pergi mana? "Raja Haizren mencuit lembut hidung kekasihnya itu.
"Mybe Sayang balik Office sebab sekarang Sayang keluar so sambung kerjalah macam Abang."Tashqin memegang kedua belah lengan kekasihnya yang masih meraut lembut rambutnya.
"Malam ini kita Dinner Abang jemput Sayang."Bisik Raja Haizren romantik pantas Tashqin mengangguk laju lalu membalas senyuman Raja Haizren.
Keselesaanya bersama lelaki ini membolehkan mereka memilih untuk bercinta tambahan pula Raja Haizren yang menyedarkannya soal cinta tidak perlu di kejar tetapi perlu bersabar seandainya ada jodoh ia pasti bersatu.
"Aba..."Langkah Raja Haizran Fadzal terhenti apabila melihat kemesraan Abangnya dengan pujaan hati kini dihadapan mata.
Raja Haizren segera berpaling begitu jua Tashqin bingkas berdiri namun hatinya tidak sedap.
"Yes Raja Haizran Fadzal?"Soal Raja Haizren tegas namun Raja Haizran Fadzal masih kaku tanpa kata.Hatinya sakit terlampau sakit namun dia harus bersedia bahawa dia hanya seorang pencinta dari jauh sahaja tanpa perlu di miliki.
"Raja Haizran Fadzal Bin Raja Haidar! "Jerkah Raja Haizren mematikan lamunan Raja Haizran Fadzal yang jauh mengelamun bersama hati yang terluka sempat matanya memandang kearah Tashqin yang hanya tersenyum manis.
"Abang tak cakap dekat Iz yang Abang dah berhentikan Liyana?"Soal Raja Fadzal terkawal emosinya.
"Kalau kau buat company ini macam Hotel macam mana aku nak cakap dekat kau kalau semalam aku cari kau! "Tegas Raja Haizren membuatkan Tashqin mengeluh.
"Iz minta maaf pasal semalam tapi tolonglah faham Fad ada hal semalam."Jelas Raja Haizran Fadzal masih beriak tenang.
"Ada hal ke kau pergi beli telefon baru? itu sahaja kerja kau beli telefon setiap bulan.Kau bazirkan duit walhal duit aku yang cari tau.Datang kau ,kau habiskan! Hebat kan! "Raja Haizren menepuk tangannya.Raja Haizran Fadzal hanya mendiamkan diri.
"Aku malas nak bertekak dengan kau depan kekasih aku.Kau pandailah fikir kau dah besar kau ada akal kau bukan cacat pun.Ingat aku bila-bila masa boleh pergi tinggalkan King's Holding masa tu kau akan tahu jatuh bangunnya Company ini tanpa adanya usaha yang keras."Raja Haizren menarik tangan Tashqin lalu beredar meninggalkan Raja Haizran Fadzal yang masih memandang kearah Tashqin.
Share this novel