Raja Haizran memandang kearah Abangnya yang baru sahaja sampai di tapak runtuhan pantas langkah di atur.
"Kau bina projek apa ni Bang?"Nada suara Raja Haizran berubah pantas Tashqin memandang kearah dua beradik itu.
Semenjak mendapat pangilan tentang berlakuannya keruntuhan bangunan tadi Raja Haizren tidak bersuara langsung ketika di kampung dan sepanjang perjalanan nasib baik Tashqin pandai mengawal keadaan kalau tidak kelakuan kekasihnya membuatkan sanak-saudara berkecil hati.
"Kau nak salahkan aku habis kau buat apa saja dekat company?"Bidas Raja Haizren sambil memandang kearah adiknya yang berwajah serius.
"Kau tak payah nak putar belit kalau kau sibuk nak bercinta baik kau tak payah nak uruskan projek besar macam ni."Ujar Raja Haizran kemarahan berlipat kali ganda dan hati kecewa dalam dua perkara.
"Kau luluskan projek tanpa kau tengok binaan dia macam mana sedangkan kau tahu Liyana tak habis selesaikan projek dan tak mampu menyiapkan laporan yang kau minta lepas tu kau pecat dia.Apa masalah kau ni?"Soal Raja Haizran pantas meraup wajahnya yang kusut.
"Kau tak tahu apa ya.."
"Apa! Nak kena tunggu ramai yang mati atau memang kau nak Kings Holding bankrap macam tu? Kau pandang rendah kan dalam hal ni sebab kau rasa diri kau terlampau bagus tapi alih-alih aku disalahkan tapi kau sikit pun tiada kesalahan! "
Raja Haizren mengangkat penumbuk adiknya pantas ditahan oleh Tashqin.
"Pukul lah kalau ni yang mampu lepaskan amarah Abang tu!" Jerit Tashqin apabila mata mereka berdua bertaut.Raja Haizran mengundur kebelakang namun matanya kaku apabila wanita yang berjaya mencuri hatinya telah membela dirinya dihadapan Raja Haizren.
"Kekerasan tak mampu selesaikan masalah nasib baik Ekin ikut kalau tak Abang nak tengok adik Abang sendiri mati ke macam mana?"Soal Tashqin nafasnya kian berombak.
Raja Haizren menjatuhkan tangannya sambil mata tajam memandang wajah Tashqin.
"Bincang elok-elok lah tak payah nak marah kalau nak marah sangat marah dekat diri sendiri.Betul kata Iz tu Abang tak payah nak lari dari masalah macam ni perkara boleh bincang dan selesaikannya."Tashqin mengangkat tangan mengundurkan diri.
Mereka adik beradik berbincang dengan cara baik.
Seorang anggota polis menghampiri mereka bertiga lalu memberikan keterangan dengan jelas bahawa bangunan ini di bina tidak kukuh nasib baik tiada siapa yang berada dalam bangunan ini.
"Saya harap Encik berdua berhati-hati dalam membina bangunan nasib baik bangunan belum di laksanakan kalau tidak Encik berdua terpaksa tanggung kerugian yang besar."Ujar Inspektor yang bernama Nazim.
Raja Haizran memandang wajah abangnya yang hanya mengangguk lemah.Sepanjang Raja Haizren mengendalikan projek tidak pernah sekalipun berlaku kesilapan tapi kali ini ia menyedarkan Raja Haizren jangan selalu mendongak keatas.
"Terima kasih Tuan."Ucap Raja Haizran lalu menyalami Inspektor Polis diikuti oleh Raja Haizren yang hanya mendiamkan diri sedari tadi.
"Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu."Inspektor Nazim berjalan kearah kereta Polis yang telah menunggu.
"Iz minta maaf sebab bertegas dengan Abang tadi."Ucap Raja Haizran sambil memandang kearah Abangnya yang hanya memandang kearah Tashqin terdetik dihatinya rasa cemburu melihat kemesraan antara mereka.
"Aku yang patut minta maaf sebab salah aku kau yang kena tanggung."Raja Haizren menurunkan egonya demi menyelamatkan Syarikat dan hubungan antara adik dan abang yang semakin menjauh.
"Manusia tak lari daripada melakukan kesilapan."Raja Haizren dan Raja Haizran memandang sesama sendiri lantas senyuman dibibir diukirkan manis.
Tashqin hanya memandang kearah dua beradik itu jelas terpancar kebahagian apabila mereka berdua mula berbaik.Air dicincang tidak akan putus walaupun berlainan Ibu tetapi pertalian darah antara mereka tidak pernah terpisah walau benci menguasai diri.
Share this novel