Bab 24

Romance Completed 23526

Mempertahankan sebuah hubungan yang belum menjadi hak milik mencabar kesabaran dihati namun siapa sangka kesakitan yang dirasai kerana sebuah pengkhianatan.


Andai ini pengakhiran jodoh akurlah walaupun terseksa ingin melupakan tetapi ingat satu kesakitan yang di rasai tidak akan memberikan peluang yang kedua malahan ketiga.


Semenjak Tashqin masuk ke Hospital sampai lah Tashqin keluar daripada Hospital tiada satu pun kelibat Raja Haizren ingin melihat mahu pun bertanya khabar.Tashqin sedar segalanya telah berakhir atau tiada lagi ungkapan cinta antara mereka.Seandainya Raja Haizren mengetahui hal sebenar segala keputusan tetap akan sama tiada yang berubah selain hati yang beralih arah.


Kehadiran Raja Haizran memberikan semangat untuk Tashqin terus bangkit dan kuat selain daripada keluarga.Raja Haizran banyak mencuba untuk mengembirakan hatinya sedikit sebanyak kehadiran lelaki itu mampu membuatkan hatinya menerima dengan terbuka hati.


"Lepaskan apa yang adik rasa jangan dikenang pada dia yang langsung tak hargai segala cinta adik pada dia."Sapa Nazreen dan Nasuha lalu memeluk erat tubuh adiknya yang sudah menangis teresak-esak.


"Adik kau kena tahu sekiranya bukan sekarang mungkin setahun dua tahun lagi kau akan rasa benda sebegini sekiranya ditakdirkan adik tiada jodoh dengan Zen."Sambung Nasuha pula sambil tangan mengusap lembut bahu adiknya.


"Hakikat seorang pencinta yang setia macam kau dik walaupun kau tersakiti tapi kau tetap pertahankan kesetiaan itu."Kata-kata daripada Nazreen menguatkan semangat Tashqin untuk meneruskan kehidupan dan sentiasa kuat dalam apa jua ujian yang bakal mendatang.


Plastik yang berisi hadiah pemberian Raj Haizren termasuk gambar di campakkan kedalam api yang sedang membara dihadapannya kini.


"Mulai hari ini Ekin dah tiada apa-apa kaitan dengan Raja Haizren Zayyan."Putus Tashqin sambil mata memandang kearah plastik yang terbakar.


"Past is past Dik.Akak tahu kau kuat jangan sebab tak jadinya sebuah perhubungan ni kau down terus ingat Allah ada.Ini baru permulaan untuk kehidupan kau yang masih panjang."Nasihat Nazreen sambil memeluk erat tubuh adiknya.


Segala kejadian yang telah berlaku sepanjang dua minggu ini telah menyedarkan mereka sekeluarga sebuah harapan yang tinggi selama ini tidak semestinya tercapai dengan mudah sekali dan Raja Haizren tidak akan pernah hadir kedalam keluarga Dato Sri Nasrol selamanya.


"Kak Reen nak cakap sesuatu yang Kak Reen akan berpantang dekat kampung."Nazreen mengubah topik perbualan sambil tangan menarik adiknya kearah bangku.Nasuha hanya tersenyum manis.


"Lama ke kak dekat kampung?"Soal Tashqin sambil melabuhkan punggung diikuti oleh Nasuha dan Nazreen.


"Sampai akak habis pantang.Akak nak rasa suasana pantang dekat kampung."

"Bila due kak reen?"Sampuk Nasuha sambil mengaru kepalanya yang gatal.Tashqin hanya bereaksi biasa sambil tersenyum nipis.


"Minggu depan akak Due."


"Ekin rasa Ekin nak ikut akak."


"Maksud Ekin?"Soal Nazreen dan Nasuha serentak.


"Ekin nak tinggalkan kerjaya Ekin.Ekin nak cari ketenangan.Kak Reen dan Kak Sue tak kisah kan?"Soal Tashqin meminta pendapat daripada dua orang kakak yang disayangi dunia akhirat.


"Kami tak kisah kalau itu yang terbaik nanti Ekin cakap dengan Baba."Sokong Nazreen dan Nasuha berpositifkan dirinya demi melihat adiknya bahagia semula.


Permulaan kehidupan yang baru dengan menjadi insan biasa tidak berharta.Berakhirlah sebuah berhubungan yang berpisah tanpa rela hanya sebab terlerainya sebuah ikrar setia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience