Inas Azraff dan Tashqin membalas pelukan."Selamat pengantin baru Nas.Sorry aku lambat sikit sebab ada meeting tadi."Ucap Tashqin lembut lalu meleraikan pelukan.
"It's okey kau dah muncul ini pun aku bersyukur sangat terima kasih sebab sudi balik."Tutur Inas Azraff berseri-seri muka.Lepas Isyak mereka berdua bakal diijabkabulkan dengan pilihan hati setelah sekian lama membiarkan hati tanpa pengantian Aqram Muhaimin.
"No problem Nas.Nanti aku kawin kau pulak datang."Seloroh Tashqin manis.
"Sudah pastinya, Nah ni kunci Chalet."Inas menghulurkan dua gugus kunci pantas Tashqin menyambut huluran tersebut.
"Terimalah hadiah yang tak seberapa dari kami sekeluarga harap kau selesa tapi bilik tak ada icon."Ujar Inas Azraff merendah diri.
"Kau ni aku tak kisah lah dapat lelapkan mata tu dah bersyukur jangan layan kami macam ni kita sama saja."Tashqin serba salah dengan layanan yang terlampau istimewa.
Setiap kali mereka balik ke kampung pasti diberi layanan kelas teratas walhal mereka sekeluarga tidak kisah dengan kehidupan kampung sebab baginya berharta banyak sekali pun di akhirat nanti pasti miskin jua ilmu agamanya.
"Dik kau dah sampai."Sapa Nazreen sambil memegang perutnya.Sedari tadi Nazreen tidak perasan kehadiran adiknya kerana sibuk menyiapkan saguhati untuk tetamu.
"Baru je Kak Reen ni duduk saja lah tak payah tolong."Pinta Tashqin sambil menunduk menyalami Nazreen."Betul kau cakap tu Dira.Aku dah cakap banyak kali tapi degil Kak Reen tu."Sampuk Inas Azraff sambil mata memandang kearah Nazreen.
"Tak apalah bukan berat pun.Mana Sue? "Soal Nazreen sambil memandang ke sekeliling kawasan ruang tamu.Tashqin mengeluh apabila nama kakak keduanya disebut.
"Kak Sue dalam perjalanan dia bergaduh lagi dengan Abang Fareez tu yang lambat tu."Jujur Tashqin tanpa berdalih."Tak habis lagi."
"Biasalah darah manis ,Nas pun selalu gaduh dengan Arrash."Sambung Inas Azraff pula sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.
"Adat percintaaan."Jawab Tashqin dan Nazreen serentak lalu ketawa.
"Mana Zen? "
"Tu kat luar dia bukan faham pun Tok cakap pahang tadi.Terkebil kebil tengok Aku."Selamba Tashqin mengutuk kekasih aka bakal suaminya sambil mata menjenguh kearah Raja Haizren yang rancak berbual dengan Dato Paduka Nasrol.
"Jahatlah kau kesian dia."Ujar Inas Azraff lalu mengeleng kepala.
"Biar dia rasa selalu marah pekerja dia biar kali ini dia sedar diri."Tashqin cukup geram dengan sikap pemarah kekasihnya.
"Tak baik cakap gitu Ekin.Dah pergi balik Chalet rehatkan badan nanti kau datang balik jangan kau tidur esok baru kau datang"Halau Nazreen setelah melihat perangai kuat menyakat kekasihnya itu.
"Tengok keadaan.Mama mana? "
"Mama jumpa adik beradik lupa diri kau aku pun dia tak kenal."Jawab Nazreen sambil perlahan-lahan bangun dari duduknya.
"Mama memang macam tu."Kedua-dua ketawa dengan lawak sesama sendiri.Inas Azraff memandang hairan.
"Satu kunci kau satu kunci Zen nanti Kak Sue sekali dengan kau jangan kau sekali dengan Zen pula."Tutur Inas apabila terlupa memberi tahu soal kunci.
"Boleh ke?"
"Gatal kau dik!"Cubit Nazreen.
mereka ketawa memecah kemeriahan majlis yang bakal di laksanakan esok hari.Ara Delisha menghampiri Inas Azraff yang rancak berbual sebelum dia bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
"Dira ni Ara adik Arwah Aqram."Inas Azraff memperkenalkan Ara Delisha pantas mereka bersalaman sebagai permulaan perkenalan.
"Ara stay Chalet? "Soal Nazreen tiba-tiba.
"Tak Ara kena balik sebab akak ipar nak nikah esok petang ni Ara sekejap je."Jawab Ara lemah lembut.
"Oh Ya Allah lupa adik ipar Haira kan?Saya kawan Luth Umar kawan bisnes kalau meeting tu ada lah jumpa."Kenal Tashqin ramah.
"Yeke patut macam pernah tengok haritu tunang datangkan."
"Haah.."
"Sayang jom.. "Sapa Rauf sambil mendukung Ilaika.Tashqin memandang kearah wajah Rauf tanpa berkelip.
"Kak Inas Ara minta diri dulu."Ujar Ara sambil menghulurkan tangan.
"Kirim salam dengan Ibu inshallah nanti Kak Inas singgah Restoran."Mereka berpelukan.
"Hensemnyaa.."Puji Tashqin setelah dua pasangan hilang daripada pandangan.
"Hensem kan suami dia secocok sangat.By the way tu anak angkat dia.Ara tu tak boleh mengandung sebab jatuh tangga so rahim dia kena buang."
"Ya Allah tapi dia strong sangat beruntung suami dia."Tashqin turut bersimpati.
"Dan Ara pun beruntung dapat suami sebaik Rauf tu yang terima kekurangan Ara."Puji Inas sambil tersenyum manis.
"Kalau kau jadi akak ipar dia lagi beruntung."Ujar Tashqin terdetik di hati segalanya adalah takdir.
"Jodoh tak panjang masa Ara keguguran tulah kau tahu kann aku tak nak ingat."
"Tak apa aku faham sudahlah hari bahagia kau jangan sedih."Pinta Tashqin sambil memegang bahu sepupunya.
"Ekin! "Sapa Nasuha teruja.
"Sampai pun aku rasa kau gerak dulu tadi. "Tutur Tashqin lalu memandang kearah Nasuha yang hanya tersengih."Ada drama hindustan tadi."
"Hindustan ke ? korea ke ? Aku nak balik Chalet dulu kau pergilah melawat kawasan."Pinta Tashqin lalu berjalan keluar daripada rumah.
"Hey Adik! Kau baru sampai nak balik bilik pula. "Sapa Tashriq sambil memegang tuala.
"Abang Ekin penat nak rehat kejap.Please? "Tashqin membuat muka manja apabila berjumpa dengan Abang kesayangannya.
"Kau jangan nak mengada aku nak buli Zen."Ugut Tashriq sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Yang Abang tolong Tash kejap."Rupanya ada Zen di belakang badan Abangnya yang besar pantas Tashqin mengangguk lalu berjalan kembali masuk kedalam rumah.
Share this novel