"Dilla Akak nak buat majlis sederhana sajalah Akak tak nak bazir kalau dah sah pun alhamdulillah dah."Ujar Puan Marina sambil tangan sibuk mengubah hantaran pernikahan anaknya dengan Thalia Maisarah.Perlahan rancangnya bakal terhasil dan segalanya akan menjadi miliknya kelak.
"Saya ikut saja Akak asalkan mereka bernikah."Puan Sri Fadilla merendah diri sememangnya dia perasaan akan perubahan sikap wanita dihadapannya itu semenjak Raja Haizren memperkenalkan Tashqin dan Puan Marina memilih untuk bernikahkan Raja Haizren dengan wanita lain.
Raja Haizren melangkah masuk kedalam rumah diikuti oleh Thalia Maisarah pantas langkah diatur kearah Bonda dan Mummy yang sibuk menyiapkan hantaran.
"Zen baru balik? Macam mana baju cantik tak?"Soal Puan Marina teruja.Puan Sri Fadilla hanya memandang dengan wajah yang di paksa tersenyum.
"Cantik sangat Bonda."Tutur Thalia sama-sama teruja tetapi tidak bagi Raja Haizren dia hanya berwajah hambar.
"Eh Iz come tolong Bonda."Ajak Puan Marina setelah melihat Raja Haizran yang baru masuk kedalam rumah sambil melepaskan sut yang di pakainya.
"Tak apalah Iz naik dulu."Pinta Raja Haizran sambil mata menjeling kearah abang tirinya dan bakal isterinya sempat matanya memandang kearah Puan Sri Fadilla yang hanya mengeluh lalu berjalan masuk kedalam bilik.
"Kak Mar Dilla naik kejap nak solat."Pinta Puan Sri Fadilla lalu bingkas berdiri berjalan kearah bilik Raja Haizran pantas tombol pintu di pulas.
Kelihatan Raja Haizran berdiri di balkoni sambil berpeluk tubuh.Puan Sri Fadilla menghampiri anaknya.
Raja Haizran hanya memandang dari ekor matanya."Mummy Iz nak melamar Ekin."Cadang Raja Haizran sambil memalingkan tubuh mengadap Mummynya yang sudah mengerutkan dahi.
"Iz dah fikir masak masak?"Soal Puan Sri Fadilla dia tidak mahu anaknya tergopoh-gapah dalam menentukan kehidupan sendiri.
"Iz ikhlas nak peristerikan Tashqin Iz tak nak dia terluka lagi.Iz janji akan bahagiakan dia sampai mata Iz terpejam itu janji Iz."Raja Haizran mengangkat tangannya berjanji ikrar pantas Puan Sri Fadilla menurunkan tangan anaknya.
"Kalau macam tu biar mummy uruskan."Ujar Puan Sri Fadilla lalu mengukirkan senyuman.
"Tapi jangan beritahu Zen."
"Sampai bila?"
"Sampai Zen sedar sendiri yang dia dah sia-siakan pencinta yang setia selama ini."Puan Sri Fadilla mengangguk laju.Dia akan melakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia.
"So, Mummy nak kena buat apa ni? "Soal Puan Sri Fadilla teruja dengan pernikahan anaknya.
"Macam ni esok Mummy teman Iz pergi rumah Dato , Iz nak terus terang sebab senang kalau jumpa keluarga dulu."Cadangan Raja Haizran membuatkan Puan Sri Fadilla tersenyum pantas pipi anaknya di usap lembut.
Sudah dewasa anak yang dikandung sembilan bulan ini kini bakal menjadi suami orang sesungguhnya kelakuannya tiada galang ganti.
LUTH Umar memandang kearah rakan perniagaannya Raja Haizren yang masih menundukkan wajah.Jelas tergambar wajah bersalah dan kecewa namun terdetik di hati tidak relakah lelaki di hadapannya untuk bernikah dengan cinta hati sendiri ?
"Kau masih ada masa untuk tarik diri dari bernikah dengan Tashqin."Serta merta Raja Haizren mengangkat wajahnya memandang kearah rakannya.
"Aku bukan bernikah dengan Tashqin."
"Habis dengan siapa?"
"Dengan pilih Bonda aku."
"Apa kurangnya Tashqin dekat mata Bonda kau sampai dia sanggup hancurkan cinta antara korang? "Soalan Luth Umar dibiar sepi tanpa jawapan.Sememangnya dia tiada jawapan tersebut sedangkan Bondanya yang membuat pilihan terbaik.
"Kau masih boleh terima kalau Bonda kau atur kehidupan kau Zen ? Kau nak jadi macam aku dulu ke?"Soal Luth Umar lagi sambil mata memandang kearah Raja Haizren berharap lelaki itu menjawab soalannya.
"Bukan macam tu tapi ini keputusan dan kau tahu kan dia satu-satu Ibu kandung aku tiada lain."Raja Haizren memandang sinis kearah Luth Umar dia tidak mahu rakannya terus menerus menghalang keputusan terbaik daripada Bondanya.
"Apa kurangnya Tashqin dia sangat cintakan kau."Luth Umar masih tidak berpuas hati dengan kenyataan yang di terimanya.
"Bonda aku nak wanita yang tutup aurat dan batas..."
"Habis solat lima waktu tak penting ke? Macam ni lah Zen kalau nak di tengok pada rupa tak menjaminkan apa-apa sebab manusia tak sempurna buatnya orang tu bertudung labuh tapi tak solat tak guna Zen.Aku harap kau sedar sebelum terlambat yang kau akan menyesal sebab tolak Tashqin sekarang."Ujar Luth Umar sebelum melangkah pergi meninggalkan rakannya yang keras kepala tiada langsung ingin mendengar kata-katanya.
Keputusan tetap menjadi keputusan dan dia tidak akan sesekali berpaling apabila tiada jodoh antaranya dan Tashqin.
Share this novel