Apabila sibuk mengejar cinta lain sehinggakan cinta di depan mata terabai.Menunggu dan terus menunggu ungkapan cinta daripada hati ke hati walau ia hanya mimpi.
Mikael Naufal menyandarkan badannya ke kerusi sambil fikirannya melayang jauh teringatkan Tashqin kemana perginya sedari tadi tidak kembali ke pejabat walhal sudah habis waktu makan tengahari.
Fareez memasuki bilik kawannya sambil menyelup kedua-dua belah tangan kedalam poket seluar.
"Jauh mengelamun."Sapa Fareez mengejutkan Mikael lantas senyuman di ukirkan.
"Eh tak lah Bro."Ujar Mikael sambil memperbetulkan duduknya.Fareez hanya ketawa kecil.
"Aku cuma terfikir Ekin pergi mana sampai sekarang tak balik."Tutur Mikael bersahaja walhal dia tahu dia tidak patut meluahkan rasa hatinya pada sesiapa termasuk kawan baiknya sendiri.
Fareez mengawal riak wajahnya kerana dia tahu kemana pergi bakal adik iparnya itu."Kael."Fareez berjalan kearah jendela.
"Kenapa kau berharap dekat Tashqin? Sedangkan Thalia depan mata kau yang dahulu kau puja kau cinta tapi sekarang kau beralih hati pula."Soal Fareez.Berkerut-kerut dahinya memandang kearah Mikael yang beriak biasa.
"What you mean?"Soalan di balas soalan membuatkan Fareez mengeluh sambil mengelengkan kepala penat baginya bercakap dengan orang yang tak faham langsung makna cinta.
"For your information, Aku dah tak ada apa-apa hubungan dengan Thalia.Kami dah putus aku pun dah berjumpa dengan keluarga Thalia mereka faham.Hatikan berubah dan dia bukan jodoh aku.Aku cintakan Tashqin aku nekad nak meminang dia."Jelas Mikael yakin yang Tashqin jua mempunyai perasaan yang sama terhadapnya.
"Mudahnya kau buang Thalia macam tu.Dulu punyalah beria kau nak dekat dia sampai sanggup ikut segala syarat daripada keluarga dia tapi bila kau jumpa dengan Ekin kau jadi macam ini kau buang dia macam tu je macam Thalia tu patung kau buat.
Untuk pengetahuan kau Tashqin tu dah ada kekasih jauh lagi baik dari kau kau jangan ingat keluarga Dato baik dengan kau dia akan terima kau sebagai menantu dia kau sedar sikit asal usul kau."Tutur Fareez melepaskan segala rasa yang terpendam apabila melihat sikap tidak menghargai kawan baiknya itu semakin menjadi-jadi.
"Baru kekasih bukan suami.Aku sedar asal usul aku tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana."
Mikael hanya memekakkan telinga dengan kata-kata kawan baiknya itu dia tidak akan pernah sesekali mengalah.Itu janjinya pada diri sendiri.
Fareez mati akal apabila segala kata-kata tidak di endahkan oleh kawannya itu malahan menganggap segala kenyataan adalah kepalsuan yang di reka sendiri.
"Aku ada meeting dekat luar aku gerak dulu."Ujar Fareez sambil memandang kearah jam di pergelangan tangan lalu melangkah keluar tanpa memandang kearah Mikael yang hanya memandang kearah skrin komputer.
Nasuha menghampiri Fareez yang baru keluar dari bilik Mikael.
"Sa.."
"Saya ada meeting dekat luar."Potong Fareez lantas segera berlalu tanpa mendengar jawapan daripada Nasuha yang masih terkebil-kebil memandang kearah Fareez.
Share this novel