Bibir mampu berkata apa sahaja namun hati tidak mungkin menipu rasa yang telah sedia kala terluka.Selamilah hati rasakan apa yang ditafsirkan bagi setiap tujuan ingin terus dicintai.
Berapa banyak lagi yang perlu di pendam segala rasa rindu di hati ini adakah segalanya bakal berakhir suaminya akan pergi meninggalkannya buat selamanya dan dia tergantung tidak bertali.
Tashqin memandang kearah tasik yang tenang mengalir tetapi hatinya masih lagi tidak setenang air tasik namun wajah suaminya tergambar dalam tasik pantas dipandang sehingga tersedar dari lamunan yang panjang.
Gitar yang dipegang dipetik sambil air mata yang mengalir ke pipi dikesat.Matanya masih memandang kearah sekeliling kawasan tasik yang sunyi tanpa penghuni.
"Sesekali ku masih terasa bersemuka bayangannya perlukah diriku, perlukan dirimu walau cuma seketika.Kita pernah ditakdir bersama bagai tanpa penghujungnya apakah masih terasa saatku lukakan jiwa."Nyanyi Tashqin bait-bait lirik lagu Niskala diiringi dengan melodi gitar yang dipetik.
"Pedih yang melanda menikam di jiwa sehingga diriku tanpa hala tuju tersentap di dada, tiada terdaya jika diri ini, hanyalah niskala bagimu."Sambung Tashqin lagi namun petikan gitar di hentikan pantas air mata mengalir lagi kepipi.
Lagu yang selalu dinyanyikan oleh suaminya membuatkan hatinya tersentuh.Tashqin amat merindukan suaminya apakah masih ada peluangnya untuk mereka bersatu seperti dahulu.
"Indah sekilas pandangan mata hanya dijadikan sisa apakah masih terasa saat ku lukakan jiwa."Tashqin tersentak pantas menoleh kearah belakang serta-merta wajahnya tersenyum memandang kearah suaminya yang sudah berdiri sambil mendepakan tangan ingin dipeluk oleh isterinya.
Tashqin segera melulu kearah suaminya lalu dipeluk erat tubuh yang amat dirinduinya itu kini telah berada didalam dakapannya pantas Tashqin menangis teresak-esak dipangkuan suaminya.
"Hey Sayang.."Raja Haizran memegang muka isterinya yang sudah basah dengan air mata.Tashqin teresak-esak melepaskan tangisnya betapa dia merindukan suara senyuman dan dakapan ini.
"Tak akan Bie nak datang sini semata-mata nak kena lap air mata Sayang?"Soal Raja Haizran pantas Tashqin ketawa sambil dada suaminya ditolak lembut.
Raja Haizran turut merindukan isteri yang ditinggalkannya hampir tiga bulan namun dia tiada niat untuk mengecewakan isterinya tetapi hanya ingin mencari ketenangan dan mengembalikan setiap memori yang hilang secara tiba-tiba.
"Sayang rindu Bie."Ucap Tashqin pantas memeluk erat tubuh suaminya.Raja Haizran tersenyum manis lalu mengucup lembut dahi kepala isterinya yang bertudung.
"Bie tahu Bie ni selalu dirindui."Puji Raja Haizran pada diri sendiri pantas Tashqin melepaskan pelukan.
"Perasaan!"Tolak Tashqin lagi membuatkan Raja Haizran tergerak ke belakang pantas Tashqin berjalan kearah tikar yang telah dibentang olehnya tadi.
"Sampai hati buat macam ni?"Soal Raja Haizran lalu mendukung tubuh isterinya.Tashqin terkejut lalu meronta ingin dilepaskan.
"Habis Bie tinggalkan Sayang tak apa?"Soal Tashqin pantas Raja Haizran menurunkan isterinya.
"Bie kan sakit memori lost."Ujar Raja Haizran ingin memujuk isterinya yang merajuk.
"Yang."
"Hurm."Tashqin berpaling lalu menarik tubuh suaminya supaya duduk bersila di atas tikar.
"Bie minta maaf dengan Sayang sebab buat Sayang menangis dan anak kita.."
"Tak apalah Bie perkara dah jadi Sayang redha mungkin ini bahagian kita kalau bukan sebab kejadian haritu mungkin sebab perkara lain."Ujar Tashqin positifkan diri namun dia tidak sekuat yang dikatakan.Raja Haizran terkejut dengan kata yang dilontarkan oleh isterinya.
"Yeke? Habis yang menangis tak nak makan tu kenapa?Tengok balik buku nota kita siap cium baju Bie lagi tu apa? Bie bukan dah mati pun."Bebel Raja Haizran segalanya telah diceritakan oleh Abang tirinya sebelum dia datang kesini tadi.
"Sebab Bie separuh dari hidup Sayang Bie yang menjadikan Sayang kenal segalanya lengkapkan hari Sayang."Ujar Tashqin lalu memandang kearah suaminya yang sudah tersengih.
"Sayang segala-galanya untuk Bie Sayang sempurna di mata Bie walau pun Bie banyak kekurangan dan kelemahan dan Bie hanya cinta kedua Sayang."Raja Haizran memegang muka isterinya lalu tersenyum manis.
"Bie tak pernah jadi yang kedua Bie tetap yang pertama."Tashqin mengengam tangan suaminya.
"Bie.."Panggil Tashqin pantas mengetap bibirnya.Raja Haizran menanti kata-kata yang ingin dilontarkan oleh isterinya.
"Sayang minta maaf sebab tak jaga anak kita ba.."Jari telunjuk Raja Haizran menutup mulut isterinya pantas Tashqin terdiam.
"Anak kita dah tunggu kita dekat Syurga dah Sayang kita patut bersyukur walaupun dia jauh tapi hati kita tetap untuk dia."Bisik Raja Haizran pantas air mata Tashqib menitis kepipi cepat-cepat suaminya mengesat air mata yang jatuh.
"Kenapa duduk sini sorang? Tak takut kena culik ke?"Soal Raja Haizran lalu memandang ke sekeliling kawasan tasik yang langsung tiada orang.
"Saja duduk sorang sekurangnya dapat hirup udara yang segar dari duduk terkurung dekat dalam rumah.Bie Sayang rasa macam mimpi rasa nak pengsan."Ujar Tashqin macam tidak percaya suaminya akan datang kesini mencarinya kembali.
"Amboi senang kerja dia kita datang nak lepaskan rindu boleh pula dia nak pengsan."Raja Haizran menjelingkan mata memandang Tashqin yang sudah mengerutkan dahi.
"Sayang gurau saja tu pun nak marah kalau nak marah pergi balik."Halau Tashqin lalu memandang kearah Tasik.Perangai suaminya makin menjadi baru niat ingin bergurau melepaskan rindu tapi kena marah.
Raja Haizran mencebikkan bibirnya sengaja ingin mengacau isterinya."Halau suami padahal nanti mulalah dengar Bie panggil lah."
"Bie! Tak habis lagi nak bahan Sayang pasal tu." Tashqin mengecilkan matanya.
"Sayang tu tak kuatkan diri bila dalam keadaan macam tu nasib baik Bie sekejap sahaja tak ingat kalau selamanya? nak jadi kasim selamat ke?" Sakat Raja Haizran lantas ketawa.
"Sudahlah Bie kenapa perangai makin menjadi ni?" Tashqin merenung ke arah suaminya yang masih ketawa.
"Sebab dah lama tak kacau Sayang."Raja Haizran menarik tubuh isterinya kedalam pelukkan.
"Mulai hari ni Bie kena janji walau apa pun yang terjadi jangan jauhkan diri dari Sayang." Pinta Tashqin lalu mengenggam erat tangan suaminya.
"Bie janji dengan Sayang dalam hati ini sepenuhnya ada nama Nadirah Tashqin no Razia no Natasha." Janji Raja Haizran.
"Natasha? Asha?"
"Haah."
"Dia kawan baik Sayang!"Jerit Tashqin sekuat hati pantas Natasha muncul dari kawasan semak.Dia baru ingin mencari signal internet tiba-tiba sahabatnya menjerit mau tak terkejut.
Natasha tersenyum kearah sahabatnya yang berpelukan pantas bibirnya mengungkapkan kata bersyukur sekurangnya Tashqin kini bersatu kembali dengan suami yang amat dicintainya.
"Cepat sambung nyanyi."Raja Haizran mencapai gitar disisi isterinya lalu memetik melodi sebuah lagu.
"Lagu apa?"Soal Tashqin sambil mata memandang kearah suaminya yang memejamkan mata memikir sesuatu.
Tashqin dihadirkan seorang insan yang sangat istimewa sampaikan kepergiannya sekejap terasa kosong di setiap penjuru namun ketika hadirnya kembali terasa bagai cerita yang direka kesudahannya bahagia.
Malam-malam ku tanpa mu
Dingin sejuk ku terasa
Disini harum mu mewangi
Sejujurnya kau selalu ada
Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Selamanya
Seribu batu terpisah
Takkan berubah kasihku
Hanya kau saja yang ku mahu
Sejujurnya
Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Selamanya
Genggam tangan ku
Jangan pernah lepaskan
Izinkan aku mencintai diri mu
Moga kita bahagia
Till the day I die
You'll be by my side
Forever you and I
Oh my love trust in me
Could this be they call
True Love
Lirik True Love di nyanyikan oleh Raja Haizran pantas Tashqin melayan setiap bait-bait lirik tersebut.
Share this novel