Bab 20

Romance Completed 23986

Kata paling terindah yang tidak mampu lagi diucapkan di bibir.


Tashqin melangkah kehadapan mendahului kekasihnya yang masih berwajah tegas.Tiada kata maaf mahu pun bersalah di lontarkan oleh lelaki yang sangat dicintai sepenuh hati.


"Ekin cakap apa dengan Bonda Abang? "Soal Raja Haizren tegas membuatkan Tashqin berpaling sambil memandang wajah dihadapannya kini.


"Ekin cakap apa? Patut Abang tanya Bonda Abang dia cakap apa dengan Ekin?"


"Sebabkan kata-kata kurang ajar Ekin tu Bonda tak restu kalau kita bernikah."Ujar Raja Haizren sambil mata merenung wajah kekasihnya yang sudah mengeluh.

"Oh! Semua salah Ekin.Habis tu?" Tashqin cuba bersuara walaupun sakit kerana lelaki dihadapannya kini tidak berpihak kepadanya.


"Abang akan bernikah dengan orang lain."Jujur Raja Haizren mendatar sambil mata memandang wajah Tashqin yang berubah reaksi.

"Abang tipu Ekin kan?"Soal Tashqin seakan tidak percaya apabila mendengar keputusan daripada kekasihnya itu.Raja Haizren mengeleng perlahan-lahan lantas air mata Tashqin mengalir ke pipi wajah kekasihnya dipandang sakit.


"Kenapa Abang tak berani nak pertahankan hubungan kita sedangkan Abang sendiri bersikap tegas dengan orang disekeliling Abang?"Ujar Tashqin sambil tangan menolak tubuh Raja Haizren laju dadanya merombak begitu jua air matanya yang laju mengalir.


"Bonda lebih bermakna segala-galanya.Abang akan rasa bersalah kalau membantah kehendak dia."


"Habis Abang lukakan hati Ekin Abang tak rasa bersalah menyakiti hati Ekin? Abang janji macam-macam yang akhirnya Ekin dibuang macam sampah!"


Tashqin memejamkan mata lantas bibir diketap perit benar hatinya menerima segala kemungkinan ini dia harus mengalah dan melepaskan segala yang telah mereka ciptakan dengan membuang janji yang dilafazkan di bibir.


"Kalau Ekin sendiri yang berkelakuan teruk dengan Bonda untuk apa lagi Abang pertahankan Ekin yang cari masalah."


"Semudah itu Abang menunding kesalahan pada Ekin hanya sebab biadapnya Ekin di mata Puan Marina?"


"Bukan maca.."


"Untuk pengetahuan Abang, Iya memang Ekin marah dan maki Bonda Abang tapi kalau Bonda Abang sendiri yang menghina Ekin apa guna Ekin berdiam diri.Bahagialah dengan wanita solehah pilihan Puan Marina!"Tashqin berlalu pergi sambil sebelah tangan mengesat air matanya yang mengalir laju.


Dia harus melepaskan lelaki itu buat selamanya walaupun sakit mengenangkan cinta yang akhirnya dia harus mengalah.

"Ekin! Kita kena berpisah kalau kita bersama pun kita tetap tak boleh bernikah! "Raja Haizren mencapai lengan wanita yang sangat dicintainya itu serta merta langkah Tashqin terhenti tanpa menoleh kearah lelaki yang telah menghancurkan hatinya selumat lumatnya.

"Semudah itu Abang hancurkan hubungan kita dengan memilih insan lain Bang.Abang nak tahu tak dekat sini."Tashqin meletakkan jarinya kedada lelaki itu.

"Sakit..Sangat dan sangat.Ekin cintakan Abang sepenuh hati tapi Abang biarkan ia berlalu sepantas ini."Rayu Tashqin lantas laju air mata wanita ini mengalir kepipi tanpa dikesat.


"Kita kena putus Ekin.Abang tak mampu jadi yang lebih sempurna di mata Ekin.Aba.."


"Habis sempurna dimata wanita lain? Ekin ralat sangat sebab insan yang sempurna dimata Ekin sanggup buat Ekin macam ini kalau Ekin tahu Ekin tiada makna dimata Abang baik Ekin memilih untuk tidak terus mencintai Abang sepenuh hati."Ujar Tashqin lantas air matanya dikesal sakit dan perit hatinya tidak mampu mengembalikan lagi lelaki yang sangat dicintainya itu.


"Kita tetap tak boleh bersama Ekin tolong faham Abang."Tegas Raja Haizren walaupun dia berat ingin melepaskan insan yang disayangi namun dia terpaksa akur untuk melihat kekasihnya bahagia kelak.Langkah di atur meninggalkan Tashqin yang terduduk menahan tangisannya yang memecah.

"Pergilah Abang kalau itu mampu membahagiakan Abang tapi ingat seandainya nanti Abang tersedar daripada mimpi lena dan Abang kembali dalam hidup Ekin , Ekin takkan memilih Abang lagi."Jerit Tashqin lantas berpaling sambil memegang dadanya yang sakit.


Langkah Raja Haizren terhenti mendengar kata-kata Tashqin yang menyentak tangkai hatinya."Anggap sahaja kita tiada jodoh! Ekin carilah insan yang mampu bahagiakan Ekin."Ujar Raja Haizren lalu meneruskan langkahnya meninggalkan Tashqin bersendirian.


Natasha ingin segera memeluk Tashqin namun langkahnya ditahan oleh Raja Haizran apabila kelibat Mikael di pandang.


Kesempatan yang diperolehi di guna sehabis baik untuk menguasai segala nafsu yang telah terpendam sekian lama.


Mikael Naufal menghampiri Tashqin yang masih menangis tersedu-sedu."Tashqin awak kenapa ni?" Soal Mikael lalu menangkat tubuh kecil itu ke bangku berhampiran.


"Awak okey? "Soal Mikael lagi namun Tashqin hanya mendiamkan diri.Air mineral yang di pegang sedari tadi di hulurkan kepada Tashqin pantas wanita itu mencapai lalu meneguk air mineral tersebut.


Mikael memandang ke sisi sambil mengukirkan senyuman rancangannya bakal berjaya memandang tiada seorang pun orang disekeliling memudahkan urusannya.


Tashqin terasa kepalanya pening mungkin disebabkan dia banyak menangis pantas Tashqin bingkas berdiri ingin pergi namun pandangnya kelam.


Cepat-cepat Mikael memapah Tashqin tanpa sedar Raja Haizran dan Natasha sudah berdiri ingin menolong Tashqin yang sudah pengsan tidak sedarkan diri namun langkahnya terkunci melihat tingkah laku Mikael yang menarik tubuh Tashqin kearah semak.


"Encik Iz Cik Ekin dalam bahaya."Bisik Natasha tanpa menunggu lama Raja Haizran segera berlari kearah Mikael tubuh itu di tumbuk sepenuh hati.


"Cik Ekin!"Jerit Natasha lalu memegang pipi majikannya itu.


Nafsu yang mengawal segala kelakuan andai ia terbebas ia akan bertindak luar jangkaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience