Melingkar dendam dihati melakukan apa sahaja asalkan cinta kembali mencintai namun segala tidak mampu melawan takdir ilahi.
Luth Umar meletakkan telefon bimbit diatas meja sambil mata memandang kearah Raja Haizren yang tidak terurus langsung.
Segala rancangan yang telah diatur oleh Raja Haizren telah mengecewakan hatinya serta-merta perangai pentingkan dirinya dahulu terlayar difikiran yang telah menjerat hati sendiri.
"Ehem..Sampai bila kau nak macam ni?"Soal Luth sambil menyandarkan tubuh ke kerusi.
"Sampai aku dapat balik Tashqin."Ujar Raja Haizren yakin Tashqin akan kembali ke pangkuannya.
"Kau kena terima takdir yang kau bukan dijodohkan dengan Tashqin."Bantah Luth Umar pantas wajah di pandang kearah lain.
"Aku tak kira apa yang jadi sekali pun aku tetap akan jadi suami dia!"Desak Raja Haizren pantas menepuk meja.Luth Umar mengelengkan kepalanya sambil melepaskan keluhan.
"Teruk sangat kau ni Zen. Hitam sangat hati kau sampai sanggup kau nak rosakkan pernikahan adik kau sendiri."Marah Luth Umar geram dengan tindakan rakan perniagaanya yang amat mementingkan diri sendiri.
"Iz sendiri yang rampas Ekin dari aku."Bantah Raja Haizren bengang.Segala kata nasihat yang di lontarkan dari mulut Luth Umar langsung tiada mencuit hatinya yang pasti dia akan mendapatkan Tashqin kembali.
"Kau yang buang Ekin!"Jerkah Luth Umar sambil bingkas berdiri memandang tepat kearah Raja Haizren yang turut berdiri.
"Aku terpaksa!"
"Kau terpaksa atau kau cari kesempurna?"Soalan Luth Umar membuatkan Raja Haizren mendiamkan diri pantas melabuhkan kembali punggungnya.
"Fine! Aku salah sebab aku Ekin pergi dari aku tapi aku tahu Ekin terpaksa."
"Sudahlah Zen kau bertaubatlah kau tak akan jumpa dengan Tashqin lagi."
"Jangan nak ajar aku aku tahu dekat mana nak cari Tashqin."
"Aku tak nak kau menyesal atas segala kelakuan kau selama ni."Ujar Luth Umar sebelum berlalu pergi meninggalkan Raja Haizren yang kaku tanpa kata.
"DIRA Akak nak tempah perfurm serius wanggi sangat sampai hari ni tak hilang bau dia."Tutur Puan Hanah sambil membelik risalah perfurm yang dijual oleh Tashqin.
"Alhamdulillah Kak boleh nanti saya kirim dekat Fad sebab saya tak bawa hari ni.Kalau esok boleh?"Soal Tashqin teruja dengan pelanggan aka Pensyarah yang membeli produknya tidak sia-sia dia mempromosi produk tersebut.
"Kalau macam tu bawa tester sekali Dira Akak nak try juga."Sampuk Pensyarah lain diikuti oleh dua orang lagi Pensyarah yang mengiyakan.Tashqin mengangguk bersetuju pantas mengedarkan risalah yang masih berbaki.
"Nanti Akak-Akak whatapp nombor saya."Pinta Tashqin lalu meletakkan tas tangan di atas meja sambil melabuhkan punggung pantas matanya terpandang kearah suaminya bersama seorang pelajar.
"Encik Fad saya buat jeli ni cuba rasa."Ujar Razia lalu menyuapkan jeli kedalam mulut Raja Haizran pantas Tashqin membulatkan mata.
Wajah Razia dipandang atas bawah bersama nafas yang turun naik menahan rasa cemburu yang meluap-luap.
"Ehem! "Tashqin bingkas berdiri lalu menghampiri suaminya."Dekat Pensyarah lain tak nak suap ke?"Soal Tashqin sinis pantas Razia menjeling.
"Maaf makcik ni siapa suka hati sayalah nak suap kekasih saya."Ujar Razia selamba dengan gerak-geri gediknya disis Raja Haizran.
Lengan suaminya dicengkam kasar menandakan kemarahanya memuncak pantas Raja Haizran mengetap bibir menahan rasa sakit.
"Bie awak buat apa ni?"Jerit Tashqin kuat mengejutkan semua pelajar dan pensyarah di situ pantas Puan Dalina memanggil Razia yang masih berdiri dengan muka yang tidak bersalah langsung.Razia berjalan kearah Puan Dalina yang sudah berpeluk tubuh.
"Sabar Yang."Pujuk Raja Haizran sambil melepaskan cengkaman lalu mengenggam kemas tangan isterinya.
"Berani dia suap suami saya?Dia tak ada adab nak hormat Pensyarah ke? Kalau tak ada at least hormat Bie sebagai lelaki bukan muhrim."Soal Tashqin berang.
Turun naik nafasnya menahan rasa kemarahan sambil mata memandang kearah suaminya dan Razia yang masih menjerling kearahnya.
Puan Dalina menghampiri pasangan suami isteri tersebut pantas lengan Tashqin di pegang."Dira maafkan saya bagi pihak pelajar Akak."
"Tak apa Akak saya faham kan Bie."Lengan suaminya dicubit sambil bibir tersenyum paksa pantas Puan Dalina menangguk sebelum berlalu pergi menyambung kerjanya.
"Nasib baik Sayang ikut kalau tak bukan setakat suap entah-entah pegang tangan lagi.Awakkan Bie memang mengatalkan kerja awak dah tahu awak tu suami orang pergi melayan juga buat apa saja nak tunjuk mesra de.."Mulut Tashqin di tutup kemas oleh Raja Haizran pantas Tashqin terdiam sambil mata memandang mata suaminya.
"Kalau Bie mengatal Bie tak ajak Sayang datang sini.Dia memang macam tu Bie marah ke ? Bie bagi warning ke?Tetap sama."Jelas Raja Haizran pantas melepaskan tangannya dari menutup mulut Tashqin.
Tashqin memandang suaminya."Bie patut bagi satu pengajaran sebab Sayang tak nak suami Sayang nampak buruk dekat mata orang lain lagi pun tak manis Bie."Ujar Tashqin lembut sambil tangan memegang erat bahu suaminya.
Raja Haizran hanya tersenyum manis sambil memandang wajah isterinya yang bertudung bawal.Nasuha yang sudah setengah jam menunggu didalam kereta pantas menurunkan cermin melihat aksi romantik adiknya.
"Nadirah! Aku lapar ni!"Jerkah Nasuha pantas mereka berdua memandang kearah kereta Mercedes.
"Kejap."Raja Haizran masuk kembali kedalam makmal sementara Tashqin berjalan kearah kereta Nasuha sebelum masuk kedalam perut kereta.
Tashqin bersalaman dengan Nasuha sambil mulut sempat menyapa abang iparnya yang hanya tersenyum manis sebelum mata terpandang kearah Makmal yang kelihatan Raja Haizran bersama Razia pantas bibir diketap kuat.
Apabila hati semakin sayang cemburu itu normal jarang seseorang itu tiada perasaan cemburu melainkan hati sudah tiada rasa sayang atau cinta.
"Siapa tu dik?"Soal Nasuha apabila terperasan akan kemesraan seorang wanita bersama Raja Haizran pantas Tashqin mengeluh lalu menyandarkan badan pada kerusi kereta.
"Pelajar."Jawab Tashqin malas walhal cemburu.
"Macam suka dekat Iz je?"Teka Nasuha membuatkan cemburu Tashqin meluap-luap namun di sabarkan hati.
"Dia memang nak ajal cepat tu yang macam tu."
"Ekin! Tak baik cakap macam tu."Nasuha memandang kearah Fareez yang sudah tersenyum melihat kecemburuan adik iparnya itu.
"Pensyarah lain tak tegur ke?"Soal Fareez pula ingin tahu sambil mata melihat kearah Iz yang sudah berjalan kearah kereta.
"Berbuih mulut tegur."
Raja Haizran masuk kedalam perut kereta pantas bersalaman dengan Fareez sempat mata memandang kearah isterinya yang hanya memuncungkan mulut sambil mata memandang kearah luar tingkap.
"Iz kau kena tidur luarlah malam ni."Sakat Nasuha pantas mereka bertiga tergelak pantas Tashqin mencebikkan bibirnya.
Fareez memulakan pemanduannya pantas Nasuha memandang kearah Tashqin yang masih mendiamkan diri."Kau ni aku tengok macam ada sesuatu saja?"Tutur Nasuha pantas Raja Haizran mengerutkan dahi sambil mata memandang kearah Tashqin yang turut memandang kearahnya.
"Memang ada sesuatu pun sesuatu yang akan buat orang sebelah ni makin kurus."Marah Tashqin sambil mata menjeling tajam kearah suaminya.
Nasuha menepuk dahi tak habis lagi bergaduh."Maksud Akak kau tu kuat cemburu dah kenapa? Sebelum ni pun kau bukan jenis kuat cemburu."
Kata-kata Nasuha membuatkan Tashqin berfikir namun dia tidak akan meletakan sebarang harapan pada berita gembira tersebut biarlah dia bertanya pada yang pakar.
Andai benar segalanya anugerah terindah daripada Allah SWT bagi melengkapkan sebuah rumahtangga yang semakin bahagia.
Share this novel