Bab 29

Romance Completed 23986

Pertunangan antara Tashqin dan Raja Haizran berjalan dengan lancar di Kampung Peruas Ulu Dong Pahang iaitu kampung halaman Tashqin.


Tashqin membuat keputusan untuk tinggal dikampungnya dan meninggalkan segala kemewahannya demi mencari sebuah ketenangan jiwa sebelum menjadi seorang isteri yang solehah.


Tan Sri Raja Haidar dan Puan Sri Fadilla sempat memberi ucapan sebelum bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk menguruskan Majlis perkahwinan Raja Haizren pada malam ini.


"Sayang."Sapa Raja Haizran lalu melabuhkan punggung di hadapan bakal isterinya yang termenung jauh.

"Awak dah siap?"Soal Tashqin lalu memandang kearah bakal suaminya yang kemas berbaju kurta warna biru di padankan dengan seluar slack hitam serta bersongkok.


"Betul awak tak nak ikut? "Raja Haizran mencapai beg kecil lalu disangkutkan kebadannya.

"Awak pergilah tapi nanti Awak serahkan ini pada Zen dan ucapkan selamat pengantin baru."Tashqin meletakkan kotak cincin di tapak tangan bakal suaminya pantas Raja Haizran mengangguk laju memahami kehendak tunangnya itu.


"Jaga diri jangan nakal nakal."Bisik Tashqin ke telinga bakal suaminya lalu tersenyum manis.


"Kalau nak nakal juga?"


"Nanti saya cubit Awak."Ujar Tashqin sambil bingkas berdiri memandang kearah Raja Haizran yang sedang ketawa kecil melihat telatah tunangnya.


"Awak jaga diri juga nanti apa-apa hal telefon Saya."Raja Haizran sudah berdiri lalu menuruni anak tangga kayu diikuti oleh Tashqin


Selesai memakai selipar Tashqin mengekori langkah tunangnya ke kereta yang sudah siap dipanaskan enjinnya.


Spontan Tashqin memperbetulkan baju bakal suaminya lalu tersenyum manis.Baharu sebentar tadi mereka di tunangnya bagai terasa mimpi yang lelaki dihadapannya bakal menjadi suami nanti.


Raja Haizran terkejut lambat-lambat bibir mengukirkan senyuman manis dan bersyukur kepada Allah SWT atas anugerah yang tidak terhingga.


"Ekin sudahlah macam nanti tak boleh jumpa Iz tu bagi dia pergi cepat pergi cepat sampai nanti dah malam bahaya."Jerit Nazreen membuatkan Tashqin tersedar lalu berpaling kearah lain akibat malu dengan kelakuan yang kurang manis.


Raja Haizran masuk kedalam perut kereta lalu menekan pedal minyak laju kereta BMW itu meluncur di atas jalan raya.


Tashqin hanya tersenyum lalu melangkah masuk kedalam rumah."Kenapa tak ikut? Kau masih ada rasa cinta tu ke?"Soal Inas Azraff sambil memandang kearah sepupunya.


Segala perkara yang terjadi kepada sepupunya telah di ceritakan sepenuhnya oleh Nazreen.Inas Azraff turut bersimpati dengan berita yang diterima namun dia berdoa dengan takdir yang telah terjadi mempunyai makna tersirat.


"Sebab aku hormat
Iz sebagai tunang aku.Aku tak nak dia terasa nanti hati dia aku kena jaga sekarang."Ujar Tashqin lalu memeluk tubuhnya.Hatinya masih bersisa kesakitan yang perit namun dia harus menerima lelaki yang sangat istimewa dihatinya.


"Aku faham apa yang kau rasa.Aku tak nak kau terus ingatkan dia lupakan semuanya."Inas Azraff memeluk bahu sepupunya itu.


"Bakal pengantin mana boleh sedih."Sapa Abu bakar lantas ketawa kecil.


"Mana tak menangis Tok baru bertunang dah berjauhan belum malam pertama dengan suami lagi."Sakat Nazreen mengejutkan Tashqin pantas bahu akaknya di tepuk lembut sengaja mencari masalah.


"Tengok Tok cucu Tok gatal sangat."Nazreen ketawa sambil memegang perutnya.


"Kome faham esok aokme bernikah kalau nak bergegar rumah ni pun tak apa kome tak kisah."


"Tok!"Jerit Tashqin merah padam mukanya menahan malu.Inas Azraff dan Nazreen sudah terbahak-bahak ketawa.


" Tok kata saja tak kisah padahal."Inas Azraff memandang kearah Toknya atas dan bawah.Tashqin dan Nazreen memandang kearah Inas menanti cerita daripada sepupunya.

"Kau nak tahu hari tu aku teman laki aku dia skit perut tandaskan kat luar sekali dengan bilik air aku pun masuk sekali sebab nak teman laki aku elok pula lepas laki aku tutup pintu tandas katak lompat atas kaki aku aku pun jeritlah terkejut.

Boleh pula Tok sound aku dia kata yang aokme beromen dalam bilik air buat apa! terkejut aku mau tak riuh satu rumah malam tu merah padam muka aku dengan laki aku."


Tashqin dan Nazreen sudah terbahak-bahak ketawa mendengar cerita Inas Azraff ada sahaja gelagat Atuknya dalam mengenakan cucu.Kalau macam ini Tashqin rela tidur tempat lain daripada satu rumah dengan Atuk mau dicerita satu kampung.


"Kas ini saja mengacau Inas tu."Ujar Abu Bakar lalu berjalan naik ke ruang tamu ingin mengambil kunci motor.


"Adik dah ?" Soal Nazreen sambil tangan menunjuk ke arah cincin di jarinya membuat isyarat supaya adiknya faham.


"Dah Ekin kirim dekat Iz tadi."Jawab Tashqin lalu berjalan kearah singki ingin membasuh tangan.Abu Bakar segera keluar dari rumah untuk ke kedai manakala Inas Azraff hanya memerhati sesekali tangan mencapai keropok di dalam pinggan.


"Mama mana Kak?"Soal Tashqim sambil mata ralit membasuh tangan.Nazreen melabuhkan punggung di atas tangan sambil memegang perutnya minggu hadapan dia bakal di masukkan kedalam wad harapnya janganlah keluar awal.


"Mama pergi ke Raub dengan Ateh saja cari barang.Baba berjalan dengan Tash pusing kampung."


"Sue memang sibuk ke macam mana?"Soal Inas sambil mengunyah keropok.


"Sue pergi Perlis dengan Fareez kalau tak dia tak nak tapi nak buat macam bakal mak mentua ajak terpaksalah pergi."Jawab Nazreen sambil memandang kearah Inas Azraff.


"Tak apa lagipun Ekin baru majlis tunang belum kahwin."Sampuk Tashqin lalu berjalan naik ke ruang tamu.


"Kak, Zen tahu ke diaorang dah bertunang?"Soal Inas Azraff ingin bergosip dengan Akak Sepupunya setelah melihat Tashqin naik ke ruang tamu.


"Tak tahu nanti tahu lah dia kan sibuk dengan Majlis Perkahwinan tu."Nazreen mencebikkan bibirnya.


"Kau sampai bila dekat sini?"

"Petang nanti balik lah."


"Aku nak pergi tandas kejap."Nazreen bangun perlahan-lahan sambil memegang pinggangnya lalu berjalan ke bilik air.

Tashqin hanya menyandarkan badan pada dinding kayu sambil telinga mendengar perbualan Kakak dan Sepupunya sesekali tangan di letakkan di hati.


Sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience