Bab 32

Romance Completed 23986

Raja Haizren memandang sekeliling yang terasa kelam sahaja sambil tangan meraup wajah berkali-kali.Segalanya telah berlaku dia bersalah dan dia telah membuang satu-satunya insan yang setia.


"Ekin maafkan Abang!"Jerit Raja Haizren lalu terduduk lemah di atas lantai.Raja Haizran Fadzal berjalan kearah abang tirinya.


"Ekin pulangkan ni."Kotak cincin dihulurkan kepada Raja Haizren lambat-lambat lelaki itu menyambut huluran.


"Aku nak minta maaf dengan dia Iz aku dah lukakan hati dia Iz."


"Sekarang baru kau sedar habis masa Ekin merayu dengan kau masa kau tekad nak pilih Thalia kau tak fikir? "Potong Raja Haizran sambil matanya tajam memandang kearah Raja Haizren.


"Aku silap.."Raja Haizren menunduk lemah.


"Nak yang sempurna sampaikan lepaskan yang tak sempurna macam tu."


"Tak aku tak nak dia ke.."


"Kau bukan sempurna mana Zen.Untuk pengetahuan kau masa malam tu Bonda kau tuduh macam macam dekat Ekin sampai dia terpaksa telan dan salahkan diri atas kekurangan yang ada pada dia.Betapa angkuhnya Bonda kau berkata-kata tanpa sedikit pun rasa bersalah menuduh Ekin tapi burukkan Ekin dan kau! Kau percaya bulat-bulat Zen.


Masa hari kau tinggalkan dia ada kau fikir apa jadi dekat dia?Dia hampir kena rogol kau tahu kalau tak ada orang dekat situ? Aku tak faham apa yang ada dalam otak kau atau betul kata orang lelaki bila dah dapat tinggal macam tu saja."


"Tapi aku tak pernah usik dia macam Tha.."

"Tapi kau dah curi hati dia sampai dia setia sepenuh hati dengan kau Zen!"


"Aku silap aku salah aku minta maaf.Aku nak berkahwin dengan dia."


"Kau kan nak yang lebih sempurna tu ada dekat dalam pergilah.Kami hanya manusia yang tak sempurna."


"Aku silap!"Leher Raja Haizran di pegang kemas sambil sebelah tangannya ingin menumbuk adik tirinya.


"Pukul lah! Kau hanya pentingkan diri saja kan Zen sedikit pun kau tak pernah nak fikir pasal orang yang sangat sayangkan kau sentiasa ada dengan kau.Pergilah kau dengan kehidupan bersama isteri kau tu.Dia lebih sempurna."


Raja Haizren melepaskan pegangan sambil mata memandang kearah adik tirinya.Sifatnya seorang yang pentingkan diri sampai sanggup buang segalanya.


Raja Haizren tekad ingin mencari Tashqin untuk menebus segala-galanya.

SEBUAH kereta berhenti di hadapan pagar banglo dua tingkat yang tersergah indah.Raja Haizren menekan berkali-kali loceng sehingga pagar rumah terbuka secara automatik.


Nasuha berjalan sesekali hatinya berdecit apabila terpandang kearah seorang lelaki yang telah membuang adiknya untuk kepentingnya sendiri.


"Ehem.. Nak apa?"Soal Nasuha sambil mata memandang kearah sekeliling lalu memeluk tubuhnya.


"Ekin ada?"Soal Raja Haizren bereaksi biasa tanpa menyedari bahawa dia sudah tidak terikat dengan Tashqin lagi.Nasuha memandang Raja Haizren dengan pandangan yang meluat.


"Zen nak apa lagi? nak sakitkan hati Ekin lagi? "Soal Nasuha sambil mata memandang tajam kearah Raja Haizren.


"Bukan macam tu maksud saya."Raja Haizren sedar kehadirannya kini di benci oleh ahli keluarga Dato Paduka Nasrol.


"Habis itu macam mana? Sudahlah awak pergi dari sini jangan ganggu kami lagi.Awak dengan keluarga ni dah tiada apa-apa kaitan selepas awak tinggalkan Tashqin."Ujar Nasuha pantas tangan ingin menekan botton menutup pagar.


"Sue please."Rayu Raja Haizren menaikkan kemarahan Nasuha yang sekian lama terpendam.


"Kalaulah rayuan Tashqin dulu kau pandang jijik hari ni aku pandang jijik dengan rayuan sampah kau ni.Assalamualaikum."Nasuha menekan botton menutup pagar sebelum berjalan masuk kedalam rumah.


Raja Haizren buntu seandainya masa boleh di putar dia tidak akan melakukan perbuatan yang akhirnya tidak memihak kepadanya namun dia teringatkan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience