Bab 44

Romance Completed 23986

Setelah segala tekanan darah berkurang Tashqin dibenarkan pulang kerumah namun segala kerja dirumah tidak dibenarkan dilakukan oleh suami tercinta.Secara tiba-tiba menjadi seorang yang romantik dengan menyiapkan segala keperluan kadang-kadang Tashqin sendiri rimas apabila segala makanannya dipantau.


"Yang awak makan apa ni?"Soal Raja Haizran sambil memandang kedalam balang nak kata jeruk tapi kering nak kata asam tapi..

"Asam keping."Ujar Tashqin tersekat kerana mulut pening dengan asam keping lalu di kemam sehingga hilang rasa masam.


Semua itu hasil daripada rasa mengidamnya ingin makan makanan tetapi bagi benda disekeliling pula dia terlampau obses dengan satu benda iaitu rambut Raja Haizran setiap kali suaminya pulang Tashqin akan memintal rambut suaminya sehinggakan uban yang tidak nampak boleh jadi nampak di kerjakannya.


Perkara pelik berakhir apabila kandungan Tashqin mencecah lima bulan dan perutnya sudah menampakan perubahan.Raja Haizran terlampau teruja dengan pekembangan kandungan isterinya kadang-kadang setiap kali kerja lima atau enam kali dia akan pulang kerumah kadang dia akan membawa Tashqin sekali ke Kolej.


"Kalau Bie nak bawa Sayang ke tempat kerja semata-mata nak tunjuk mesra dengan budak nama Razia tu baik Sayang duduk rumah boleh berniaga dapat juga duit bukan dosa free macam tu!"Marah Tashqin sambil tangan lincah mencapai makanan ringan di atas meja.


Raja Haizran meraup rambut berkali-kali sambil bibir kaku dengan senyuman paksa melayan karenah isterinya yang kuat cemburu nasib baik Kak Zara selalu memberikan nasihat dan cadangan untuk mengelakkan isterinya cemburu tapi lain pula jadinya.


"Kenapa diam?"Sampuk Tashqin menghilangkan lamunan Raja Haizran pantas wajah isterinya dikerling lama.


"Sa.."

"Bie jangan ingat dengan cara Bie macam ni Sayang akan izinkan Bie bernikah lain! Bagi Sayang beranak dulu."Marah Tashqin lagi panas benar hatinya kala ini.

"So boleh bernikah?"Soal Raja Haizran sengaja ingin bergurau dengan isterinya.

"Bagi Sayang beranak dan Bie jaga anak kita dulu esok-esok kalau dah bercerai pandailah Razia tu jaga anak kita."Pinta Tashqin sambil melabuhkan punggung diatas kerusi.

"Apa cakap pasal cerai ni?"Raja Haizran memegang tangan isterinya yang sudah mendiamkan diri.Dia tidak akan sesekali melepaskan insan yang dicintainya hanya untuk wanita lain.


"Bie minta maaf Bie tak ada niat pun nak buat Sayang cemburu tapi Bie nak Sayang makin dekat dengan Bie."Ujar Raja Haizran pantas Tashqin melepaskan pegangan tangan suaminya.


"Dekat sangat tapi hati yang jauh ni."Tashqin mencebikan bibirnya.Raja Haizran menjerling tajam.


"Nak sangat berubah hati pergilah dekat Zen tu!"Raja Haizran merajuk pantas Tashqin memegang pipi suaminya.


"Apa ke situ pula."


"Jangan layan perasaan cemburu tu nanti makan diri tak baik untuk anak kita."Pinta Raja Haizran lantas berubah wajah Tashqin.


"Bie ingat Sayang nak ke rasa macam ni tak nak tapi emosi ni tak stabil bila pregnant sangat sensitif kalau bab hati dan perasaan ni."Marah Tashqin.Raja Haizran mengelengkan kepala dia berharap perkara kecil sebegini tidak akan terus menerus berlarutan.


"Cakap dengan Bie apa yang Bie kena buat?"Pinta Raja Haizran kalau dengan cara begini segala konflik dalam rumahtangga mereka selesai.


"Tukar kelas."Cadang Tashqin.

"Sebab ra.."Raja Haizran sudah melopong mulutnya.


"Sebab seorang Razia rosak semua pelajar kelas tau."Peribahasa Tashqin membuatkan suaminya ketawa.


"Cuba Sayang slow talk nun dia."Cadang Raja Haizran di tepis awal oleh Tashqin kenapa dia pula harus bercakap andai wanita itu sendiri mampu membuat keputusan sendiri.


"Pasal pula Sayang yang kena dia da besar ada pelajaran boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk."Raja Haizran mengangguk laju dengan kata-kata isterinya itu.


"Habis? "

"Bie kena lebih tegas."

"Macam mana?"


"Sayang jadi Bie Bie jadi Razia."


Tashqin menghadap suaminya yang sudah mengerutkan dahi."Encik Fad."

"Hurm.."Jawab Tashiqn kasar mengejutkan Raja Haizran dia tidak pernah berkelakuan kasar seperti itu.


"Huish garang betul tu."Raja Haizran mengelengkan kepalanya.


"Haa macan tulahh."


"Ta.."


"Assalamualaikum Ekin! Iz! "Ucap Dato Paduka Nasrol dan isteri serentak pantas Raja Haizran berjalan kearah pintu diikuti oleh isterinya perlahan-lahan.


"Waalaikumusalam Mama Baba."Jawab merek berdua serentak pantas bersalaman dengan Mama dan Baba Tashqin.


Dato Paduka Nasrol dan Datin Paduka Tasneem melangkah masuk kedalam rumah anak dan menantunya sudah lama mereka tidak berkunjung kerumah ini namun hari ni mereka membuat keputusan untuk datang kerumah anaknya setelah mendapat berita bahawa anaknya telah hamil tempoh hari.


"Ekin sihat?"Soal Dato Padula Nasrol seraya melabuhkan punggung diatas sofa diikuti oleh menantunya yang sudah tersenyum manis.


"Ekin sihat Baby pun sihat."Ujar Tashqin teruja pantas Mamanya mengusap perut yang sudah membonyot itu.


"So macam mana Iz stay sini selesa?"Soal Dato Paduka Nasrol ramah.


"Sekejap Ekin buat air."Sampuk Tashqin lalu berjalan kedapur.


"Biar Mama tolong."Pinta Datin Paduka Tasneem lalu menghilang kedapur.


Raja Haizran memandang kearah bapa mentuanya yang masih tersenyum manis."Alhamdulillah Ba selesa sangat tapi sejak akhir ni banyak sikit kerja sampai terpaksa bawa Ekin ke Kolej takut pula tinggal dia seorang."Ujar Raja Haizran bersahaja.


"Kalau itu yang mudah dan senang bagi kamu berdua kami sokong Iz.Kami banyak terhutang budi dengan Iz sampai sanggup bahagiakan Ekin."Dato Paduka Nasrol merendahkan diri.


Segala pergorbanan yang telah dilakukan oleh Raja Haizran membuatkannya rasa bersalah sampai sanggup dibuang keluarga demi anaknya.


"Iz buat semua ni sebab cinta Ba kalau Iz tak cinta untuk apa Iz korbankan semua ni.Iz harap sangat semuanya kembali kepada asal."Raja Haizran tersenyum kearah Bapa mentuanya pantas Tashqin memandang kearah Mamanya yang sudah tersenyum manis.


Pegang dan semat segalanya andai terpisah hati kenanganlah yang mengembalikan episod cinta yang abadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience