Dendam yang melakar di hati sanggup melakukan apa sahaja asalkan yang tersayang kembali mencintai seperti dahulu namun mampukah semua itu digapai andai hati berniat dusta.
Raja Haizran Fadzal memandang kearah Papanya yang sudah berpeluk tubuh sesekali wajah isterinya disisi di jeling manja namun matanya jatuh pada Raja Haizren yang memandang bengis.
Panggilan telefon dari Mamanya telah membuatkan Raja Haizran dan Tashqin hadir kerumah agam ini dalam keadaan tanda tanya apakah masalah atau perkara penting yang ingin dikatakan.
"Macam mana projek dekat Bangi? "Soal Tan Sri Raja Haidar sambil memandang tepat kewajah anaknya pantas Raja Haizran mengerutkan dahi projek itu sudah lulus kenapa harus di persoalkan lagi.
"Projekkan dah lulus?"Soal Raja Haizran pula sambil mata memandang kearah Papanya dan Abang tirinya meminta perjelasan.
"Lulus apa kalau Syarikat lain yang bangunkan!"Puan Sri Fadilla mendekati suaminya pantas bahu itu di usap lembut supaya bertenang.
"Ha?Apa ni? Iz tak tahu lang.."
"Itulah bila suruh sambung projek sibuk nak berkahwin sampai kerja pun lepas dekat orang lain."Ujar Tan Sri Raja Haidar membuatkan Raja Haizran bingkas berdiri sambil mata memandang tepat kearah Papanya.
"Jangan libatkan perkahwinan Iz kalau Papa sendiri dulu pun sama."Puan Sri Fadilla mengeleng kearah anaknya namun di pandang sepi sahaja.
"Bie Papa tu."Bisik Tashqin lembut pantas di pandang lembut oleh Raja Haizran kini dia dan Tashqin di uji dan dia tahu siapa dalang dalam hal ini.
"Habis sebab apa?Cuba cakap kalau Iz nak buat Syarikat ni Bankrap baik Iz lupakan Iz tu siapa tiada jawatan tertinggi pun.Papa cuma ambil Iz untuk bantu Zen bukan rosakkan macam ni."
"Iz sedar semua tu Pa Iz sedar siapa Iz dalam company tapi kalau itu niat Iz dari dulu lagi Iz buat kenapa sekarang tak berbaloi langsung."Raja Haizran melepaskan keluhan berat dia akan mengalah.Puan Sri Fadilla sudah berdiri memandang kearah anaknya namun dia tidak boleh melakukan apa-apa andai setiap kerja yang dilakukan selama ini tiada kaitan dengan Raja Haizran langsung.
Tan Sri Raja Haidar memandang kearah Raja Haizran yang tegak berdiri merenung tajam kearahnya.Segala telah terbukti namun dia masih tidak percaya dengan segala bukti menunjukkan Raja Haizran telah sabotaj Syarikat mereka.
"Tan Sri lebih kenal siapa anak Tan Sri sendiri."Ujar Raja Haizran berubah gaya percakapnya.Hatinya amat terluka dengan sikap Mummynya yang langsung tidak membela anak sendiri malahan memberi sedikit peluang untuknya membuktikan dia mampu bangunkan sebuah projek.
Tan Sri Raja Haidar memandang terus kearah anaknya yang bertukar percakapan dia harus memberikan pengajaran pada anaknya yang seorang ini.
"Sebab Papa kenal Papa tak sangka Iz sanggup prajudiskan Syarikat sendiri untuk kepentingan diri apa tu Iz!"Bidas Tan Sri Raja Haidar pantas Raja Haizran mengengam tangannya.
"Kalau Tan Sri sendiri tak yakin dengan saya kenapa dari dulu lagi serap saya dalam Syarikat ni? Agih tugas besar dekat saya? Tell me!"Jerit Raja Haizran baran lantas Tashqin berdiri memegang bahu suaminya.Raja Haizren memandang geram melihat kemesraan Tashqin dengan insan lain.
"Kau jangan nak ku.."
"Kau diam! Dan kau tak sepatutnya ada dalam Syarikat ni sebab kau tak ada langsung hak untuk Syarikat ni dan untuk pengetahuan kau semua dalam Syarikat ni Puan Fadilla punya dia yang bangunkan segala sebelum serah dekat kau sebab kau anak tiri kesayangan dia tapi hari ini aku tengok Puan Fadilla langsung tak berpihak pada aku mungkin aku bukan anak dia."Tutur Raja Haizran sangat kecewa sambil mata memandang kearah Puan Sri Fadilla yang sudah menunduk.
"Tan Sri sedarkan asal usul dulu dan Puan Marina rancangan awak berjaya sebab dengan ini Saya Raja Haizran Fadzal meletakkan jawatan dan menjual segala syer dalam Syarikat ni serta mulai hari ini saya tak akan mengenali siapa yang lahirkan saya dan siapa yang jadi ayah saya."Sambung Raja Haizran lagi pantas Tashqin mengengam tangan itu supaya kuat.
Semua memandang sesama sendiri namun Puan Sri Fadilla ingin menghampiri anaknya pantas Raja Haizran mengundurkan diri kebelakang.Tan Sri Raja Haidar menahan langkah isterinya hatinya sangat kecewa dengan segalanya dia tidak menyesal langsung.
"Kau nak sangat harta kau ambil lah Zen aku tak nak sesen pun tapi aku tak kan sesekali ceraikan Tashqin kalau kau nak kau langkah mayat aku itu pun kalau Tashqin pilih kau lagi."Tangan Tashqin ditarik keluar daripada rumah agam.Dia sangat kecewa dengan perkara yang sudah terjadi dan dia harus memulakan kehidupan sebagai orang biasa seperti dua tahun dahulu.
"Iz!"Jerit Puan Sri Fadilla sambil mata memandang kereta keluar daripada rumah agam ini.
"Puas hati kau Zen? Bonda cakap apa kau sendiri ikut perasaan dan padan muka kau sekarang."Ujar Puan Marina sambil mencekak pinggang geram benar dengan sikap melulu anaknya dan akhirnya dia melepas segala-galanya.
"Zen silap tapi Zen geram sangat dia belagak Bonda.Zen tahu Ekin terpaksa terima dia."Bisik Raja Haizren bengang namun dia tidak akan sama sekali mengalah demi cintanya.
"Kenapa Bie buat keputusan macam tu? Kesian dekat Mummy mungkin Mummy tersepit."Tutur Tashqin lembut sambil mata memandang kearah suaminya yang sibuk memandu.
"Bie dah lama tahu semua tu rancangan Zen sebab tu Bie buat keputusan macam ni.Biarlah dia hidup dalam kemewahan yang tiada jaminan langsung diakhirat."
Tashqin mendiamkan diri namun hanya memberontak apabila menyedari segalanya rancangan Raja Haizren sanggup lelaki itu melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya selama mereka bercinta dahulu baru hari ini dia kenal siapa Raja Haizren sebenarnya.
"Boleh ceritakan dekat Sayang siapa sebenarnya Bie dengan Zen? "Pinta Tashqin pantas Raja Haizran memberhentikan kereta di tepi jalan.
"Zen ta.."Laju Tashqin mengelengkan kepalanya.Raja Haizran tersenyum memahami isyarat itu.
"Mummy seorang arkitek Mummy sangat sukakan melukis plan pemandang apa sahaja dia akan melukis sama macam Bie sebab tu masa dekat Perth Bie ambil Bidang arkitek tapi berbeza dengan Zen dia ambil bidang Perhotelan."Cerita Raja Haizran bersahaja.Tashqin hanya menjadi pendengar.
"Lepas Papa bercerai masa tu umur Zen baru sembilan bulan Papa berjumpa dengan Mummy tapi masa tu Papa tak ada apa-apa sebab Papa kena buang dengan keluarga lepas bernikah dengan Bonda.So Papa sebatang kara menjaga Zen sampai jumpa Mummy.
Mummy bantu Papa tak sampai dua bulan Papa ajak Mummy kahwin mereka bahagia sampai lahirnya Bie umur Bie dengan Zen dekat sebab tu nama pun hampir sama.Lepas kami berdua balik dari Perth Syarikat ada masalah sebab Mummy lepaskan Syarikat dekat Papa tapi Papa tak pandai nak manager sebab tu Zen bantu bangunkan balik sampai sekarang.
Bie diserap sebagai pekerja dalam melukis plan untuk bangunan tapi Bie tak nak uruskan Company sebab Bie suka mengajar orang sebab tu kalau pekerja baru yang tak pandai Bie akan ajar."Sambung Raja Haizran pantas Tashqin mengangguk memahami jalan cerita kenapa Raja Haizran tiada kepentingan langsung dan dijatuhkan maksudnya Syarikat ni sebelum di tukar menjadi Kings Holding merupakan FAD Holding.
Betapa penting pengurusan Syarikat yang baik tetapi kejayaan Puan Fadilla dalam membangunkan Syarikat harus dihormatkan namun dia tidak yakin andai suatu hari nanti segala kemewahan diambil alih oleh orang pendengki.
Sebagai Tan Sri Raja Haidar sepatutnya haruslah menyelidik atau memberikan tugas pada orang lain sekiranya tidak percaya pada anaknya bukan terus memberikan tugas namun berlaku kesalahan dipersalahkan dan dituduh sehabis baik.
"Bie akan cari kerja."Putus Raja Haizran sambil mata memandang kearah jalan.
"Bie sanggup ke?"Soal Tashqin sambil mata memandang kearah suaminya dia yakin lelaki dihadapannya kuat menempuh dan kini mereka akan memulakan kehidupan baru.
"Sampai bila nak bergantung selama ni pun Bie dah slow-slow cari kerja alhamdulillah Bie dapat."Ujar Raja Haizran bernada sedih dengan perkara yang berlaku.
"Dekat mana?"Soal Tashqin.
"Dengan jurusan yang Bie ada Bie mengajar dekat Kolej Komuniti Jerantut dekat Pahang."Tashqin tersenyum manis dia akan sentiasa berada disisi suaminya.
"So kita pindah Pahang?"Laju Raja Haizran mengangguk.
Ternoktahnya sebuah kasih sayang keluarga permulaan ayat sebuah cinta antara suami isteri.
Share this novel