"Abang kenapa buat macam tu dekat Boss Abang?"Soal Thalia sambil berjalan beriringan dengan Mikael yang baru sahaja di bebaskan dengan ikat jamin.Semalam dia mendapat panggilan daripada pihak Polis yang kekasihnya ditahan Polis nasib baik boleh diikat jamin kalau tidak terpaksalah dia melantik peguam dengan wang yang tidak seberapa sekarang.
Lelaki di sebelahnya sengaja mencari masalah dengan membuat kerja gila nasib baik tidak terus merengkok dalam penjara.
"Aku terdesak lah."
"Terdesak apa?Lia kan ada tak payah puaskan nafsu dengan orang lain."Thalia menekan butang hijau di kuncinya pantas lampu kereta menyala.
"Kau ingat kau macam dulu ke?"Langkah Mikael terhenti sambil mata memandang kearah Thalia yang sudah berhijab labuh sedikit pun tidak mengetarkan naluri kelakiannya.
"Kau tak payah nak tolong aku kau bukannya baik macam orang dekat luar sana tu."Sambung Mikael lalu berjalan kearah tempat duduk penumpang hadapan.
"Sekurangnya Lia tak cuba mengkhianati Boss sendiri."Thalia membela dirinya yang segala terjadi atas rancangan Puan Marina dia hanya menuruti sahaja.
"Habis kau khianat girlfriend bakal suami kau tak apa?"
"Jangan nak cari gaduh dengan Lia dekat sini."Thalia melangkah masuk kedalam perut kereta.Kalau sehari tidak bergaduh tak aman agaknya hidup lelaki yang menghancurkam kehidupannya kini.
Raja Haizran memberhentikan langkahnya apabila melihat dua orang yang baru keluar daripada balai polis dan orang tersebut cukup dikenali.
"Kenapa kau tak masuk lagi?"Sapa Tashriq yang selesa memarkirkan kereta.
"Ha.. Tak ada apa aku teringat Mummy suruh balik lepas selesai kes ni."Bohong Raja Haizran sambil memandang kearah plat kereta yang lalu sebentar tadi.
"Jomlah masuk."Raja Haizran mengikuti langkah Tashriq masuk kedalam balai polis.Sebentar tadi dia mendapat panggilan tentang kes Mikael.
Mereka berlabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan Inspektor Polis yang bernama Firdaus.
"Daripada keterangan yang kami dapat pesalah tidak mengaku bahawa dia telah merogol mangsa tetapi dia ingin menolong mangsa yang di dapati pengsan di tempat kejadian."Jelas Inspektor Firdaus mengejutkan Raja Haizran dan Tashriq lantas mereka memandang sesama sendiri.
"Tapi saya saksi yang melihat pesalah memberikan minuman kepada mangsa sebelum mangsa di dapati pengsan."Bantah Raja Haizran tegas dia tidak sedap hati dengan keputusan pihak Polis dihadapannya kita dia harus melakukan sesuatu.
"Pesalah hanya memberitahu bahawa dia memang ada memberi air pada mangsa tapi air tersebut hanyalah air mineral."Ujar Inspektor Firdaus lagi membuatkan Raja Haizran bengang.
"Habis takkan mangsa boleh pengsan tiba-tiba?"
"Mungkin mangsa banyak menangis."
"Nonsenselah Tuan tak akan sebab macam tu saya kenal adik saya even menangis teruk mana pun dia tak akan pengsan!"Sampuk Tashriq sedari tadi mendiamkan diri.
"Encik kami hanya menjalankan tugas dengan meminta pesalah membuat keterangan."
"Tapi keterangan yang Tuan dapat semua tak betul saksi ada kenapa nak percaya pada yang salah."Bangkang Tashriq mengejutkan Raja Haizran pantas bahu sasa itu di usap lembut.
"Maaf Encik Mikael telah di bebaskan dengan ikat jamin."Sambung Inspektor Firdaus membuatkan Tashriq bingkas berdiri sambil memandang wajah Raja Haizran yang sudah memerah.
"Iz apa ni?"
"Sabar Tash buat masa sekarang kita lepaskan dahulu Mikael kalau dia menganggu Tashqin kita ambil tindakan lain.Terima kasih Tuan"Raja Haizran menarik lengan Tashriq lalu berjalan keluar daripada Balai Polis.
"Iz takkan macam tu je?"Soal Tashriq masih tidak berpuas hati.
"Bukti tak kukuh kalau kukuh kita boleh lawan Tash.Kau rilaks aku akan uruskan semua ni."Raja Haizran mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menyentuh skrin nombol seseorang di dail.
"Hello, Zal aku send gambar dekat kau."Talian di matikan.
Kesalahan yang nyata tersembunyi sejauh mana pun akan terlihat jua.
Share this novel