Semua pekerja berkumpul dalam bilik mesyuarat pantas Ainul mengedarkan laporan yang bakal di bentangkan sebelum masuknya Raja Haizren yang mengantikan tempat Tan Sri Haidar dalam mengendalikan mesyuarat hari ini.
Raja Haizran berjalan masuk sambil memandang jam di pergelangan tangan hatinya masih resah memikirkan keadaan Tashqin namun hatinya sangat kecewa dengan Raja Haizren.
Raja Haizren masuk kedalam bilik mesyuarat wajahnya tegas tanpa senyuman yang mekar dibibir.
"Iz bentangkan laporan di Melaka."Pinta Raja Haizren hanya dipandang sepi oleh Raja Haizran.
"Encik Haizran bukan Iz.Aku bukan adik kau lagi."
Raja Haizren terdiam sambil mata memandang kearah pekerja yang berbisik antara satu sama lain."Ehem mesyuarat saya postpone semua boleh sambung kerja masing-masing."Pinta Raja Haizren lantas memandang wajah adik tirinya.
"Kau kenapa?dekat rumah aku bercakap dengan kau sikit pun kau tak jawab sekarang dekat office kau berkasar dengan aku? Apa masalah kau?"
"Seperti yang aku cakap keputusan yang kau buat , aku bukan lagi adik tiri kau dan aku dihadapan kau hanyalah seorang pekerja yang berkerja di Kings Holding."Sinis Raja Haizran menutur kata sambil mata merenung tajam kearah Raja Haizren.
"Sampai bila kau nak macam ni?"Soal Raja Haizren lalu memeluk tubuh sambil badan di sandarkan pada kerusi.
"Sampai kau menyesal dengan keputusan yang kau dah buat dengan melepaskan Tashqin hanya untuk kebahagian mak kau!"Jerkah Raja Haizran mengejutkan Farhan yang masih berdiri di muka pintu sambil telinga memasang telinga mendengar perbualan adik beradik.
"Dia mak aku! Dia lahirkan aku!"Raja Haizren menyinga apabila tindakan Bondanya dipersoalkan.
"Tapi dia tak besarkan kau! Dia tinggalkan kau sebab cita-cita dan sekarang dia hadir atur kehidupan seperti kau anak yang baru lahirkan.Pernah kau tanya apa sebab dahulu dia tinggalkan kau bertahun lama pernah? Tak kan.
Kau ikut segala keputusan dia sedangkan kau buang Tashqin yang bertahun-tahun dengan kau yang ada masa kau zero sampai sekarang sikit pun kau tak hargai kau tuding jari segala kesalahan dekat dia.
Hiduplah kau dengan kehidupan ciptaan Marina sebab dia Mak kesayangan kau!"Raja Haizran berlalu pergi namun sempat Farhan menyambar tangan sahabatnya lalu di tarik masuk kedalam bilik Raja Haizran.
Raja Haizran hanya bereaksi biasa sambil tangan di selup kedalam poket."Kau buat apa ni Iz? "Soal Farhan tegas.
"Kau tahu tak sebab dia tinggalkan Tashqin Tashqin hampir di rogol kalau aku tak ada tadi kau rasa apa jadi dekat Tashqin?"Soal Raja Haizran yang marahnya masih bersisa dihati.
Farhan terkejut pantas tangan memegang bahu sahabatnya."Sekarang Tashqin dekat mana?"
"Dekat Hospital dia kena tahan wad."Raja Haizran melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Kau tak nak beritahu Zen ke?"
"Untuk apa? Kalau aku beritahu tapi keputusan dia tetap sama."
"Habis kau tak nak pulihkan keadaan?"Raja Haizran mengerutkan dahi mendengar soalan sahabatnya.
"Pulihkan apa Han? Kalau Marina tu yang berkuasa dalam membuat keputusan dan kalau Zen sendiri tak mampu nak pertahankan kenapa aku pula yang kena pulihkan hubungan diaorang."
"Kau nak tengok Tashqin tu terus kecewa?"Desak Farhan membuatkan Raja Haizran bingkas berdiri namun wajah sahabatnya dipandang sepi.
"Aku bukan siapa Han dalam hubungan diaorang.Aku tak akan biarkan orang yang aku sayang kecewa lagi cukuplah aku akan berada di sisi dia untuk mengembirakan hati dia sehingga wajah aku nanti benci nak di lihat."Raja Haizran mengeluh.
"Kau masih berpeluang seperti yang aku cakap dahulu korang akan ditakdirkan bersama."
"Mulut kau yang cakap bukan mulut Tashqin."
"Sebab bukan mulut Tashqin aku berani cakap satu hari Tashqin akan sayang kau lebih dari segalanya.Kau letak dalam otak kau semua tu."Ujar Farhan lalu melangkah keluar daripada bilik Raja Haizran.
Raja Haizran memandang kearah jendela sambil mata di pejamkan kemas.Segala kata-kata daripada Farhan tersemat di akalnya tanpa sedikit pun rasa ingin membantah kerana hatinya turut yakin Tashqin lah jodoh yang di nantikan.
Berbagai dugaan yang hadir mengambarkan episod derita yang terlakar namun tidak mampu menyemai cinta yang terukir.
Share this novel