"Mana Ekin ini? Pukul berapa dah ni nanti kalau Dato tanya aku nak jawab apa?"Bebel Natasha seorang diri sambil kaki mundar mandir dihadapan bilik Tashqin sesekali mata melirik kearah jam di pergelangan tangan.
"Tashqin mana Natasha? "Soal Dato Paduka Nasrol sambil memegang kemas tangan Datin Paduka Tasneem yang hanya tersenyum manis disisi suaminya.
"Mampus aku nak jawab apa ni?"Omel Natasha sendiri sambil mengetap bibir.
"Natasha Dato tanya mana Tashqin? "Soal Datin Paduka Tasneem pula.Natasha mengaru kepalanya yang tak terasa gatal.
"Cik E.."
"Ekin pergi jumpa Zen tadi.Mama katakan kena selalu jumpa Zen tu yang Ekin pergi."Sampuk Tashqin menyelamatkan Natasha daripada disoal siasat oleh majikannya.
Tashqin mengenyitkan mata kearah Natasha yang sudah tersengih macam kerang busuk.
"Mama saja singgah bilik kamu ni lepas Lunch dengan Baba sebab nak cakap nanti jangan lupa ajak Zen balik kampung Mok De buat kenduri kawin Inas."Datin Paduka Tasneem menarik tangan suaminya kearah sofa yang telah siap tersedia didalam bilik anak bongsunya.
"Kenapa Mama tak cakap sendiri tadi? "
"Mama tak sempat nak berbual Baba lupa lagipun Zen macam tergesa-gesa nak balik office."Sambung Dato Paduka Nasrol pula membuatkan Tashqin hanya mengangguk.
"Ayang rambut Ayang macam serabut biar Sayang baiki."Datin Paduka Tasneem memperbetulkan rambut suaminya.
Tashqin membuat muka menyampah melihat kemesraan Mama dan Baba yang boleh dianggap tahap potong kaki kalah pasangan muda.
"Ehemm nak tambah anak dekat rumah ya Mama Baba ni bilik Ekin.Kalau tak ada apa-apa boleh keluar ya."Halau Tashqin selamba lalu berjalan kearah mejanya.
"Bertuah punya anak dia halau kita Yang ,jom keluar tak elok anak-anak tengok."Dato Paduka Nasrol menarik tangan isterinya lalu berjalan keluar daripada bilik Tashqin.
Natasha yang melihat kedua-dua majikannya keluar segera masuk kedalam bilik Tashqin."Ekin cuak aku tadi."Ujar Natasha lalu melabuhkan punggung diatas kerusi berhadapan Bossnya.
"Kau tak reti betul kalau menipu ni nasib baik tak kantoi , Eh jap tapi kenapa kita nak takut sangat kan bukan buat salah pun."Tertiba Tashqin terfikir kearah itu bukannya berniat jahat pun cuma menginginkan perjelasan soal saman yang baru didapatnya pagi tadi.
"Asha kau nak tahu lelaki yang saman aku tu adik Zen."
"Apa!"Jerit Natasha kuat membuatkan Tashqin menutup mulut takut pekerja lain terganggu kerjanya.
"Weh serius lah habis tu? dia memang saman kau ke?"Soal Natasha teruja.
"Dia sengaja nak jumpa aku sebab dia nak jadi kekasih aku."
"Kau terima je lah."
"Kau gila nak Zen tu mengamuk mahu runtuh Kings Holding tu ,tadi pun dia mengamuk dekat pekerja nasib dia tak maki aku sekali."Cerita Tashqin sambil memandang kearah skrin komputer.
"Sebab dia sayang kau lah dia tak maki kau."Natasha memandang kearah sahabatnya itu.Walaupun mereka bersahabat tetapi dia tetap menghormati siapa majikannya.
"Habis adik dia tu dia tak sayang ke? "Soal Tashqin sambil mengalihkan pandangan.
"Maksud kau dia maki adik dia juga?"Soalan di balas soalan semakin teruja Natasha ingin menahu cerita.Tashqin mengangguk laju sambil tangan menekan tertikus.
"Sebab kau tu special takkan dia nak marah buah hati dia.Kau ni pun tu adik dia kau lain anak orang kang tak pasal dia marah kau Dato datang bunuh dia."Natasha menyakinkan Tashqin walhal dia sendiri tidak yakin dengan jawapannya.
"Mengarut habis pekerja dia tu anak orang juga.Tapi kan Zen memang macam tu aku tak suka dia marah nanti dia sakit pula tu dia suka guna kekerasan macam mana pekerja nak sayang."Kutuk Tashqin terhadap sikap kekasihnya itu yang selalu mengambil kekerasan untuk menyelesaikan masalah.
"Tak baiklah Kau kenalah terima.Kau kan setia sampai mati dengan Zen tu."Perli Natasha lantas ketawa.
"Hati dah sayang bukan senang nak jumpa lelaki macam Zen tu terlampau romantik."Puji Tashqin sambil mengelip mata berkali-kali terimbau kenangan manis antara mereka.
"Jangan nak berangan ye Ekin!"Natasha menepuk meja mengejutkan Ekin daripada lamunan cinta yang mekar indah.
Cewah.
"Asha esok petang aku balik kampung so apa-apa meeting selesailan hari ini sajalah atau esok pagi sebelum aku gerak balik ya."Tashqin mengubah topik perbualannya pantas Natasha menulis nota di dalam buku notanya.
"Boleh.Semua balik ke? "Soal Natasha setelah selesai menulis.
"Haah semua balik pagi esok ,aku dengan Kak Sue je balik petang."Jawab Tashqin lalu menyambung kerjanya.Natasha teringatkan kejadian sebentar tadi apabila nama Nasuha di sebut.
"Kak Sue gaduh lagi ke dengan Fareez tu? "Soal Natasha menginginkan kepastian.
"Kenapa? "Tashqin menyoal kembali.
"Sebab tadi aku nampak Kak Sue nak tegur Fareez tapi cepat je Fareez pergi."Cerita Natasha macam makcik bawang.
"Kak Sue buat apa dekat sini?"Tiba-tiba Tashqin teringat akan kakak keduanya bukan Nasuha itu seorang Doktor jadi dia buat apa dekat sini Tashqin menyoal dalam hati.
"Kak Sue kan cuti harini tu yang dia duduk sini."Natasha mengeluh dengan soalan bodoh sahabatnya itu.
"Ekin, Mikael tanya kau pergi mana serabutlah aku."
"Itu lagi seorang rimas aku tak faham bahasa.Mama aku pula satu semalam jemput dia datang rumah Ya Allah geli aku dengar ayat cinta kencing manis tu."Tashqin melentokkan badan tanda geli tahap gaban.
"Ehh jangan mention nanti dia muncul."Natasha memandang sekeliling takut tiba-tiba muncul pula lelaki terlebih ambil berat.
"Aku keluar dulu.Ehem Cik Ekin saya keluar dulu."
"Mengada."Tashqin membaling pen yang berada di atas meja namun pandangnya pada Natasha tapi fikiran melayang jauh memikirkan Raja Haizran Fadzal.
Salah dia ke? Tapi bukan Tashqin yang memberi apa-apa harapan dia sendiri yang terlampau berharap.
Share this novel