Hari bahagia yang di nantikan semakin hampir.Segala persiapan telah seratus peratus siap walaupun Majlis yang diadakan tidak sebesar yang orang lain adakan tetapi cukuplah Majlis akad nikah sahaja di lakukan namun Tashqin bersyukur segala persiapan dibantu oleh adik beradik dan saudara mara di kampung.
Tashqin berjalan sambil mata memerhati orang kampung yang sibuk melakukan kerja memasak memotong bahan dan memasang khemah tidak lupa pada perancang perkahwinan yang tekun memandang pelamin bagi Majlis akad nikah esok.
Langkah Tashqin terhenti dihadapan susuk tubuh yang berdiri tegak memandang kearahnya serta-merta keluhan dilepaskan.
"Ekin tolong batalkan pernikahan Ekin dengan Iz."Pinta Raja Haizren membuatkan Tashqin memeluk tubuh pantas wajah lelaki itu dipandang sinis.
"Tolong terima hakikat yang kita dah tak ada apa-apa kaitan melainkan sebagai seorang Abang ipar dan adik ipar."Ujar Tashqin sengaja ditekankan perkataan Abang ipar supaya lelaki dihadapannya sedar akan takdir itu.
"Abang sedar Abang silap semua yang terjadi salah Abang tolong bagi sekali lagi peluang."Desak Raja Haizren lagi tidak putus asa dia akan mendapatkan Tashqin kembali.
Tashqin mengeluh buat berapa kali hatinya benar-benar kosong tanpa cinta lelaki dihadapannya kini.
"Mudah benar awak berkata-kata macam saya tak pernah ada hati dan perasaan.Baliklah jangan buat perangai tak malu dekat sini."Tashqin memandang sekeliling takut kelakuan lelaki dihadapannya kini bertindak diluar jangkaan.
"Tolong Ekin."Raja Haizren memegang tangan Tashqin pantas ditepis oleh Tashqin serta-merta Nasuha menghampiri adiknya.
"Zen jangan sampai aku tak izinkan kau jumpa Ekin lagi.Move on lah kau sendiri pilih orang lain kenapa sekarang nak berpaling pula.Ekin layak bahagia dengan orang lain tapi bukan kau dan tak akan kau."Bidas Nasuha geram benar hatinya apabila berhadapan dengan lelaki yang tidak reti bahasa seperti ini.
"Tak akan pernah wujud perkahwinan antara Tashqin dan Haizren.Ingat tu!"Ujar Tashqib sebelum menghampiri Raja Haizran yang sudah lama berdiri dibelakang Raja Haizren.
Raja Haizran tersenyum sinis kearah Abang tirinya yang sudah memerah muka menahan rasa marah dihati.
Raja Haizren tidak akan pernah berhenti dari terus memujuk dan membuatkan Tashqin kembali padanya.
Nadirah Tashqin memandang sekeliling kawasan ruang tamu yang di penuhi tetamu serta ahli keluarga kedua-dua pengantin sambil bibir diketap kuat hatinya tidak sedap adakah mimpi yang dialami akan berlaku hari ini atau dia sendiri yang gemuruh pantas perasaan di kikis jauh.
Kehadiran Raja Haizren semalam mengingatkan kembali pada mimpi ngeri yang dialami.Tashqib berharap Raja Haizren mampu menerima insan lain yang lebih baik darinya tapi dia tidak akan sama sekali menerima lelaki itu lagi
Natasha memegang lembut bahu Tashqin yang sudah siap berbaju pengantin warna putih di sesuaikan dengan bawal selendang yang sama warnanya.
"Jangan fikir sangat kau dah nak jadi isteri orang dah."Bisik Natasha sambil tersenyum memandang kearah tetamu.Tashqin hanya tersenyum hambar sambil mata memandang kearah Raja Haizran yang ralit menanda tangan borang.
"Kak Sue pula yang debar ni."Bisik Nasuha pantas Tashqin tersenyum lagi sambil mengenggam erat tangan Nasuha dan Natasha.
"Yang mana satu Mak mentua kau?"Soal Natasha sambil memandang kearah pihak pengantin lelaki."Yang tu."Tunjuk Tashqin kearah Puan Sri Fadilla yang rancak berbual dengan Mamanya.
Tashqin bersyukur Puan Sri Fadilla mampu menerimanya dengan terbuka hati malah menganggap Tashqin sebagai anak sendiri memandangkan dia tiada anak perempuan.
"Kita mulakan."Ujar Tok Kadi setelah selesai Tashqin menandatangan di borang pernikahan.Dato Paduka Nasrol mengambil tempat Tok Kadi.
"Raja Haizran Fadzal Bin Raja Haidar."
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan anakku Nadirah Tashqin Binti Nasrol dengan mas kahwin dua puluh dua ringgit lima puluh sen tunai."
"Aku terima nikahnya Nadirah Tashqin Binti Nasrol dengan mas kahwin dua puluh dua ringgit lima puluh sen tunai."
"Sah."
"Sah."
"Sah."
"Alhamdulillah."Doa dibaca.
Setitis air mata jatuh ke pipi pantas Tashqin menundukkan wajahnya dalam masa yang sama Raja Haizren melangkah pergi meninggalkan rumah kampung tersebut.
Selesai membaca doa Raja Haizran menunaikan solat sunat sebelum Majlis pembatalan air sembahyang dilakukan.
Tashqin memeluk erat tubuh Mamanya. Dia sedar betapa sukar Mamanya ingin melepaskan anak bongsu pada suami yang bakal membimbingnya kelak namun hakikatnya Tashqin telah sah menjadi isteri Raja Haizran Fadzal.
"Terima kasih Ma."Ucap Tashqin pantas menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Datin Paduka Tasneem.
Selesai solat pasangan pengantin di minta untuk membacaka taklik suami isteri dan membatalkan air sembahyang.Raja Haizran menyarung cincin dan menghulurkan mas kawin diikuti oleh Tashqin dengan menyarungkan cincin kepada suaminya.
"Setiap hembusan nafasmu ada aku setiap gerak gerimu jua ada aku dan segala-galanya tetap ada aku untukmu."Bisik Raja Haizran Fadzal lembut.
Share this novel