Nadirah Tashqin tidak sempat lagi ingin bertemu dengan Doktor kerana kesibukkannya menguruskan bisnes online ditambah dengan kesibukkan suaminya sejak akhir-akhir ini membuatkan mereka jarang bertemu kadang Tashqin sering merajuk apabila teringat layanan Razia.
Perasaan cemburu itu sukar untuk dihakis malahan semakin memuncak sampai tidak bertegur siapa nasib baik sikap Raja Haizran yang positif mampu menyejukkan hati yang membara.
Tashqin mengunci pintu rumahnya sambil tangan menyelup tas tangan mencari kunci kereta.Puan Zara mengintai disebalik bunga yang baru disiramnya.
"Dira nak pergi mana?"Sapa Puan Zara mengejutkan Tashqin yang baru sahaja ingin masuk kedalam perut kereta pantas tubuh dipaling memandang kearah Puan Zara yang sudah tersenyum.
"Dira nak pergi pasar ingat nak cari tempoyak manis.Akak nak ikut? "Soal Tashqin sambil tangan memegang pintu terasa ingin pitam.
"Boleh Akak tengok muka kau pucat tak apa biar Akak drive."Ujar Puan Zara lalu mencapai dompet yang diletakkan diatas kerusi pantas berjalan ke arah rumah Tashqin.
Puan Zara memandu kereta kearah Pasar Tani yang terletak di Bandar Jerantut.Sesekali mata memandang kearah Tashqin yang memicit kepalanya.
"Dira okey tak ni?"Soal Puan Zara sesekali mata menjeling kearah Tashqin yang masih mengurut kepalanya sebelum fokus kepada pemanduan.
"Dira pening sikit Kak silau rasanya ni."Tutur Tashqin perlahan entah kenapa kepalanya terasa perpusing dan berat ingin membuka mata pantas cermin mata yang berada didalam tas tangan di pakaikan.
"Akak tengok kau ni makin berisi?"Soal Puan Zara sambil tersenyum manis menceritakan perubahan jirannya itu.
"Dira makan banyak tu yang berisi."Ujar Tashqin tidak berfikir kearah lain.Puan Zara memarkir kereta pantas mematikan enjin kereta sebelum keluar dari perut kereta.
"Ke kau ada isi Dik?"Soal Puan Zara lantas ketawa kecil namun matanya terpandang akan seseorang yang pernah dilihatnya sebelum ini.
"Isi perut adalah."Tashqin ketawa sambil menutup pintu kereta.
"Kau tak check ke?"
"Tak sempat Kak.Fad sibuk dengan pertandingan inovasi dia tu mungkin nanti kami pergi check."
"Kau ni kalau Fad sibuk ajak Akak.Akak boleh teman takut nanti kau tak check jadi lain pula."
"Inshallah tak ada apa-apa."
"Harap ke situlah."Pinta Puan Zara harap segalanya dalam keadaan baik sahaja.
"Dik Akak nak tanya sikit boleh?"Soal Puan Zara apabila menyedari seseorang mengekorinya mereka.
"Apa dia Kak?"Langkah Tashqin terhenti.
"Siapa lelaki yang selalu berhenti depan rumah kau tu?"
"Lelaki?"Tashqin mengerutkan dahinya.
"Akak selalu nampak tapi bila Akak nak pergi tanya dia lari."Jelas Puan Zara mengejutkan Tashqin namun dia membuat segala negatif mungkin seseorang mencari rumah saudara.
"Cari rumah saudara Kot Kak."
"Harap macam tulah tapi Dira kau kunci pintu bahaya zaman sekarang."Tutur Puan Zara walhal fikirannya risau melihat akan kelakuan lelaki yang masih mengekori mereka.
Tashqin mengangguk lalu berjalan kearah Pasar namun kepalanya terasa pening segala pandang kelihatan kabur serta-merta tubuhnya rebah pantas Puan Zara menghampiri Tashqin yang sudah pengsan.
Tubuh Tashqin di papah masuk kedalam kereta dibantu oleh orang awam yang mengerumi mereka berdua pantas telefon bimbit didail menelefon Raja Haizran.
Raja Haizren mengekori kereta yang dipandu Puan Zara ke Hospital Jerantut.Dia harus bertemu dengan Tashqin bagi memujuk kembali wanita itu untuk mencintainya kembali.
TASHQIN membuka matanya perlahan-lahan pantas wajahnya terpandang kearah Raja Haizren yang sudah tersenyum kearahnya serta-merta tubuhnya bingkas berdiri namun ditahan oleh Raja Haizren.
Tashqin menepis tangan yang menyentuh bahunya."Buat apa dekat sini?"Soal Tashqin tegas sambil mata memandang sekeliling mencari suaminya.
"Abang nak jumpa Ekin sebab Abang rindu."Ujar Raja Haizren terlalu obses dengan Tashqin pantas Tashqin mengerutkan dahinya.
"Mana suami saya?"Soal Tashqin tegas lagi.Raja Haizren mengeluh lemah sambil mata tidak berkalih dari memandang kearah kekasih hati kini dan selamanya.
"Abang ada kenapa tanya suami Ekin?"Soalan dibalas soalan membuatkan Tashqin berang.
"Jangan jadi bodoh macam ni lah Zen! "Tashqin segera menuruni badan dari katil cuba menjauhkan diri daripada Raja Haizren yang semakin mengila.
"Abang tak bodoh Abang cuma nak Ekin kembali pada Abang tolong jangan seksa diri macam ni."Pinta Raja Haizren tidak akan pernah sesekali berputus asa.
"Seksa diri apa? Kenangan antara kita dah lama terhapus dan cinta antara kita jua dah lama mati."Desak Tashqin supaya lelaki dihadapannya kini memahami segala takdir dan ketentuannya.
"Ekin jujurlah yang Ekin terpaksa terima Iz."Raja Haizren bingkas berdiri.
"Takkan ada istilah terpaksa dalam hidup saya Raja Haizren!"Jerkah Tashqin kuat nafasnya turun naik menahan rasa marah.
"Ekin please bagi peluang lagi sekali."Rayu Raja Haizren lagi sambil tangan ingin mencapai tangan Tashqin pantas Tashqin mengundurkan diri tanpa memandang kearah lelaki yang pernah membuangnya dahulu.
"Tolong terima segalanya yang kita berdua tidak akan pernah berjodoh bersama Zen! Tolong sekali saja cari perempuan lagi!"Pekik Tashqin lagi hatinya panas nasib baik biliknya hanyalah satu tidak berkongsi dengan orang lain.
"Okey kalau macam tu Ekin bagilah berapa syarat yang Abang boleh buat su.."
"Seribu syarat sekali pun tidak mampu mengubah rasa cinta dekat hati saya pada suami saya."Tutur Tashqin buat berapa kali bagi memberikan lelaki ini memahami bahawa dia tidak akan kembali kepadanya lagi.
"Tolong lah."Rayu Raja Haizren lagi dia yakin Tashqin masih marahkannya lagi segala kata bukan dari hatinya.
"Kau memang tak reti bahasa atau telinga kau pekak? sampai semua yang aku cakap macam tak boleh masuk langsung dalam telinga kau! Tolong terima jangan salahkan takdir dan jangan menindakkan Qada dan Qadar Allah."Marah Tashqin lagi pantas memejamkan matanya yang kian sakit.
"Tolong lah sekali lagi."
"Ya Allah mengucap boleh tak?Aku ni adik ipar kau aku ni isteri orang tolong hormat atau kau boleh pergi dari sini."
"Ta.."
"Nurse!"Jerit Tashqin pantas seorang Jururawat yang lengkap berpakaian bergegas masuk kedalam bilik Tashqin.
"Tolong halau dia Nurse dia ganggu saya nak berehat."Ujar Tashqin membuatkan Raja Haizren terkejut.
"E.."
"Nurse suami saya mana?"Potong Tashqin tanpa memandang kearah Raja Haizren.
"Dekat luar."
Tashqin berjalan keluar meninggalkan Raja Haizren yang masih terkial-kial memandang kearah Tashqin.Seorang lelaki yang dikenalinya dahulu bukan seperti ini yang suka mendesak tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Share this novel