Bab 43

Romance Completed 23986

Cinta yang kau pertahankan tidak akan mudah berubah andai benar segalanya telah tertulis ku pertahankan cinta itu agar mampu melepaskan segala derita.


Nadirah Tashqin melabuhkan punggung diatas kerusi bersebelahan suaminya yang nyenyak tidur beralaskan lengan sendiri.Tashqin mengusap lembut pipi suaminya bersama senyuman terukir dibibir.


"Bie."Panggil Tashqin lembut sambil memegang erat bahu suaminya pantas Raja Haizran membuka mata perlahan-lahan.

"Yang, sorry Bie terlelap."Tutur Raja Haizran sambil memperbetulkan duduknya lantas tersenyum manis kearah isterinya.


"Kenapa tak tunggu dekat dalam?"Soal Tashqin lembut sambil menyandarkan badan pada kerusi sesekali memperbetulkan wayar air yang menjalar di lengannya.


"Sayang kan ada tetamu."Ujar Raja Haizran pasrah baharu sahaja dia ingin masuk kedalam bilik isterinya namun langkah terhenti apabila melihat isterinya bersama insan lain pantas Raja Haizran membuat keputusan untuk duduk diluar dahulu.


"Kenapa kena mengalah?"Soalan Tashqin mematikan lamunan Raja Haizran pantas wajah isterinya dipegang bukan sebab mengalah tetapi hormat akan perhubungan dahulu antara mereka.


"Bie tak mengalah pun kalau Bie mengalah dah lama Sayang tak akan menjadi milik Bie lagi."Jelas Raja Haizran manis.Tashqin mengengam tangan suaminya kemas dia tidak akan pergi meninggalkan suaminya malahan beralih kasih walau sedetik.


"Bie pegang apa yang Sayang cakap."Pinta Tashqin sambil mengemaskan lagi genggaman tangan.


"Apa dia?"


"Walaupun kita terpisah jauh Sayang tak akan pernah lupa siapa insan yang telah mengajar Sayang erti setia."Raja Haizran tersenyum manis.


"Seandainya kita terpisah kenanglah setiap detik kita bersama andai itu mampu menghilangkan rasa rindu yang tersemat dijiwa."Ujar Raja Haizran sambil meletakkan tangan kedada isterinya pantas Tashqin mengangguk laju.


"Bie kita akan bertiga."Tutur Tashqin sambil memegang perutnya yang belum membuncit itu.Raja Haizran bereaksi biasa sahaja sambil mencebikkan bibirnya.


"Bie tahu."


"Siapa cakap?"


"Anak kita."


"Bie!"Tangan Tashqin menepuk lembut peha suaminya yang sudah ketawa.


"Bie tanya Doktor tadi dah sebulan kandungan Sayang betul kata Sue patutlah sekarang kuat sangat cemburu."Jelas Raja Haizran melegakan hati Tashqin tidak perlulah untuk dia menjelaskan apa-apa setelah suaminya mentanyakan lebih lanjut kepada pakar.


"Tapi cemburu tu terjadi sebab perkara yang salah kan."Tashqin membulatkan mata hatinya tiba-tiba sakit apabila mengenangkan tentang pelajar di tempat kerja suaminya.


"Salah ke?"


"Salahlah sebab Bie layan perempuan lagi."Bantah Tashqin pantas menjeling suaminya.


"Bie nak bagi payung emas dekat Sayang."Ujar Raja Haizran sengaja ingin mengusik isterinya pantas Tashqin membulatkan mata.


"Payung Emas ke Payung untuk hujan ke langkah dulu mayat Sayang kalau nak nikah lain."Putus Tashqin lalu bingkas berdiri.Raja Haizran sudah menahan senyumanya melihat kelakuan merajuk manja isterinya yang comel ini.


"Cepat baring."


"Hah?"


"Nak langkah."


"Bie!"Tashqin berjalan masuk kedalam biliknya pantas Raja Haizran mengekori daripada belakang.


"Baby nanti dah besar jangan kawan dengan Abah dia suka buat Mama marah."Ujar Tashqin sambil mengosok perutnya.


"Baby jangan perangai macam Mama kuat cemburu."Raja Haizran sudah mencekak pinggang mendengar kerenah isterinya yang berubah sejak akhir-akhir ini.


"Jangan perangai macam Abah gatal!"Tashqin tidak mahu mengalah.


"Gatal gatal pun nak dapat anak."Tutur Raja Haizran gembira lantas melabuhkan punggung diatas kerusi yang telah disediakan.


"Bukan anak Bie ni."Nafi Tashqin sambil membaringkan perlahan-lahan badannya.


"Habis anak sapa?"Soal Raja Haizran sedikit menjerit.


"Anak Raja Haizran Fadzal."Jawab Tashqin selamba.


"Siapa tu?"Soal Raja Haizran sengaja bergurau.


"Lelaki pencinta yang setia."Puji Tashqin.


"Lagi?"


"Lelaki yang tak romantik."Puji Tashqin lagi.

"Lagi?"


"Lelaki yang kuat kentut."Tashqin ketawa terbahak-bahak.


"Yang!"Jerit Raja Haizran lantas tersengih menampak gigi yang tersusun rapi.


"Rehatlah Yang jaga anak kita elok-elok."Tutur Raja Haizran lalu mencium dahi isterinya sebelum menarik selimut menutup tubuh hingga ke dada.


Tashqin tersenyum manis dia amat bersyukur kerana mengandungkan anak seorang lelaki yang baik dan yang tak pernah jemu memberikan cinta walau tiada kata yang keluar dari bibir tetapi dilontarkan dari mata yang suci.


"Pergi balik Kolej Razia rindu nanti."Halau Tashqin walhal hatinya tidak rela hanya terlepas kata.


"Izinkan ke?"Raja Haizran sudah mengangkat kedua-dua keningnya teruja.


"Esok jangan balik rumah."Tashqin ingin memejamkan mata.


"Bie balik rumah Razia."Raja Haizran sudah tersenyum manis apabila Tashqin menjeling kearahnya sebelum kembali memejamkan mata.


Raja Haizran terlalu gembira andai berita gembira ini mampu di kongsi dengan ahli keluarganya pasti lagi gembira namun apakan daya segalanya telah berubah seratus peratus dan dia tidak akan mendapat kasih sayang keluarga sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience