Sebaik-baik keputusan adalah dengan berdoa segala dipermudahkan dan segala di perdekatkan.
Raja Haizran memandang kearah Tasik yang perlahan-lahan mengalir sementara menanti kedatangan Tashqin.
"Kenapa awak memilih untuk menerima saya sedangkan awak mempunyai lebih banyak pilihan."Sapa Tashqin sambil memeluk tubuh.
"Sebab awak menarik di pandangan saya dan saya yakin kita mampu bahagia."Tenang Raja Haizran menutur kata tanpa sedikit pun sangsi yang dia bakal melukakan hati wanita ini seperti abang tirinya lakukan.
"Saya takut nak mulakan nanti saya yang kecewa."Ujar Tashqin lalu memandang kearah Raja Haizran.
"Saya tak akan pernah kecewakan awak sampai saya mati itu janji saya."Raja Haizran mengangkat tangannya berjanji dan janji itu di pegang kemas dihati.
"Awak tak rasa semua keputusan ini terlalu awal?"Soal Tashqin Lagi dia masih mahu menguji jawapan yang ikhlas daripada lelaki tinggi lampai ini.
"Kalau masa itu boleh di putar saya akan memilih untuk terus berjumpa dengan awak."
"Iz awak layak untuk bahagia."
"Bahagia bersama awak."
Tashqin menghulurkan kotak cincin kearah Raja Haizran."Sarungkan nanti masa kita akad nikah."Raja Haizran mengambil kotak cincin lalu melompat gembira.
"Aku nak kahwin oi! "Jerit Raja Haizran teruja pantas Tashqin ketawa melihat kegembiran itu nasib tiada orang di kawasan Tasik kalau tidak Tashqin akan menutup mulut lelaki dihadapanya disebabkan malu.
"Terima kasih sebab sudi terima saya."Ucap Raja Haizran lalu tersenyum manis.Tashqin hanya mengangguk sambil mata berkaca memandang insan yang perlahan-lahan menyempurnakan harinya yang bakal mendatang.
Sememangnya penerimaan ini hasil daripada petunjuk Maha Esa dia yakin kebahagian bakal menjadi milik mereka berdua walaupun Raja Haizran hanyalah lelaki kedua bertakhta di hati.
Telefon bimbit Raja Haizran berbunyi menandakan panggilan masuk pantas tangannya menyelup kedalam poket seluar skrin di sentuh.
"Hello Iz aku dah dapat apa yang kau nak."Tutur Zalfa tegas.Tashqin hanya memandang kearah bakal suaminya itu.
"Nanti aku jumpa kau tapi kau simpan dulu bahan bukti."Raja Haizran mematikan panggilannya lalu memandang kearah Tashqin yang setia menanti.
"Bahan bukti? "Soal Tashqin lalu berjalan kearah bangku yang sudah tersedia.
"Ada masalah dalam company."Dalih Raja Haizran tidak mahu Tashqin mengetahui soal Mikael selagi dia tidak mendapat bukti yang kukuh selagi itu dia akan mendiamkan diri.
"Saya cuma nak cakap dengan awak keputusan ini bukan sebab saya hendak mempermainkan awak tapi saya janji akan terus mencuba mencintai awak lebih dari segalanya."
"Saya tahu awak masih sukar untuk melupakan Zen tapi saya faham semua tu dan saya berharap pernikahan kita akan berkekalan tanpa sedikit pun rasa ketidak kepercayaan antara kita."Ujar Raja Haizran sambil memandang kearah Tashqin yang telah tersenyum manis.
"Saya akan balik ke kampung selepas kita bernikah itu pun kalau awak setuju dengan keputusan saya."Ujar Tashqin lalu memandang kearah Tasik.
"Kerja dekat Hotel macam mana?"
"Saya serahkan pada Tash kalau Tash perlu bantuan Asha pembantu saya boleh bantu dia."Raja Haizran hanya mengangguk.
"Saya ikut sahaja keputusan awak kalau itu yang terbaik untuk awak."
"Terima kasih tapi awak tak bawa saya jumpa Mummy awak."
"Mummy tengah sibuk..Nanti kita nikah awak jumpa lah."Raja Haizran tidak mahu Tashqin terus teringatkan abang tirinya yang telah sibuk menyiapkan barang bagi majlis perkahwinan.
"Semalam kan saya buat kuih."Tashqin sengaja ingin berlawak dengan Raja Haizran.Sememangnya apabila berhadapan dengan lelaki ini dia lebih suka mengeluarkan perangai nakalnya berbanding dengan orang lain.
"Kuih apa?mana tak bawa pun dekat saya."Raja Haizran memandang kearah kiri dan kanan mencari bekas berisi kuih.
"Kueh tiew."
"Awak nak kena tiew dengan saya?"
"Berani awak nak tiew bakal isteri awak?" Raja Haizran dan Tashqin ketawa.
"Apa yang tak berani kalau ikutkan saya saya nak starlight kepala awak."Cadang Raja Haizran selamba.
Tashqin terkejut.
"Ha? Sebab apa?"
"Sebab lambat hadir dalam hidup saya."Tashqin mencebik mendengar jawapan dari bakal suaminya itu.
"Budak twitter awak ni?"
"Pengaruh media sosial."
"Kalau suatu hari nanti kebenaran berpihak pada awak kan awak stay dengan saya atau awak pergi tinggalkan saya?"Soal Raja Haizran mengejutkan Tashqin pantas wajah itu direnung sedalam-dalamnya.
"Orang cakap kalau jumpa lelaki yang sangat cintakan kita jangan lepaskan sebab hanya ada satu dalam sejuta.
Perkara lepas mengajarkan saya erti sabar dan cinta sebab saya tahu mencintai macam mana saya pada dia kalau kami bukan jodoh tetap bukan jodoh.Saya tak boleh nak menolak takdir Allah seandainya perkara yang terjadi adalah ujian untuk mematangkan saya awak dan semua."
"Kita kawan walaupun kita kahwin? "Raja Haizran menghulurkan tangannya pantas Tashqin menyambut huluran tersebut.
Cinta bisa dipupuk kembali namun hati tidak bisa di rawat lagi.
Share this novel