Bab 13

Romance Completed 23986

Tidak salah mempunyai cinta tetapi tidak dimiliki namun segalanya sukar diluahkan kerana takut cinta itu pergi tanpa direlakan.


"Encik Iz kita ada masalah."Terjah Ainul lalu melangkah masuk kedalam bilik namun tubuhnya di rempuh oleh Tan Sri Haidar.

"What happened? Jelaskan dekat Papa sekarang!"Marah Tan sri Haidar sambil menghempaskan surat khabar metro.

Raja Haizran terkejut lalu mencapai surat khabar yang memaparkan Berita Bangunan di Bangi yang baru di bina runtuh.


"What! "Jerit Raja Haizran yang langsung tidak tahu menahu soal berita ini malahan projek tersebut bukan di bawah kendaliannya.


"Pa Iz tak uruskan projek ini?"Soal Raja Haizran sambil memandang wajah merah Papanya yang sudah menyinga.


"Kalau bukan Iz yang uruskan Iz nak lepas tangan macam tu saja?"


"Of course sebab semua ini bawah arahan Zen.Kenapa Iz?"Desak Raja Haizran membuatkan Tan Sri Haidar terdiam.


"Sekarang projek siapa yang uruskan? "Soal Raja Haizran sambil memandang kearah Ainul yang segera menyemak di buku notanya.


"Cik Liyana sebelum dia berhenti dia tak dapat nak siapkan laporan yang telah di minta oleh Tuan Zen."Tutur Ainul lalu menutup buku notanya.


"Allahuakbar.."Ucap Raja Haizran lalu meraup wajahnya.Dia tak tahu macam mana nak buat sekarang apabila dia terpaksa berhadapan dengan risiko yang agak tinggi ditambah dengan Liyana yang diberhentikan.


"Ainul Call Zen suruh balik sekarang dan suruh dia terus ke Bangi."Arah Raja Haizran lalu mengemas barang sebelum berjalan kearah pintu hatinya sangat kecewa dengan tindakan Tan Sri Haidar.


"Pa Iz tahu Iz cuai Iz tahu Iz selalu main-main tapi itu semua dulu sekarang Iz nak bukti pada Papa Iz boleh uruskan syarikat dengan baik.Assalamualaikum."Ujar Raja Haizran lalu melangkah pergi.


Tan Sri Haidar hanya memandang langkah anaknya sehingga hilang.

SELESAI Majlis persandingan Inas Azraff dan Pasangannya Tashqin segera mengajak Raja Haizren mandi sungai.


Bunyi derasnya air sungai mengalir menyenjukkan hati.Tashqin merendam kaki sambil mata memandang kearah Kekasihnya yang seronok merendamkan badan.


"Seronokkan kalau ada kampung macam ni stres boleh mandi sungai hilangkan stres."Sapa Raja Haizren dari arah belakang mengejukan Tashqin.


"Kalau dekat KL pun boleh kan mandi takkan balik sini nak mandi saja."Ujar Tashqin selamba sambil menurunkan badan kedalam air sungai.


"Maksud Abang boleh selamkan badan air sungai fresh."Jerit Raja Haizren sama kuat dengan bunyi air sungai.


"Zen ada call ni banyak kali dah bunyi dalam bilik tu."Jerit Fareez sambil menayangkan Iphone 8 kepunyaan Raja Haizren.


Raja Haizren segera mendapatkan telefon bimbitnya panggilan di jawab.


"Apa! "Jerit Raja Haizren sekuat hati mengejutkan Tashqin dan Fareez yang sudah memandang sesama sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience