Bab 34

Romance Completed 23986

Setelah memilih untuk melepaskan cinta yang setia namun rosak akibat hadirnya dia kembali ingin bercinta tidak sama sekali berkata ia.


Mokhtar menolak kerusi roda Nazreen yang sudah sakit ingin melahirkan masuk kedalam kawasan kecemasan.Tashqin memegang kemas beg berisi keperluan baby sambil mata memandang kearah sekeliling mencari kelibat Raja Haizran namun matanya jatuh pada wanita yang laju berjalan kearahnya.


"Kau memang dasar betina tak sedar diri kan!"Tutur Puan Marina sambil tangannya menolak tubuh Tashqin pantas Tashqin berundur kebelakang lalu mengesat kesan sentuhan Puan Marina.


Hati Tashqin sudah lali dengan kelakuan wanita angkuh dihadapannya kini namun dia harus mempertahankan segala hinaan yang memamah hati kian terluka.


"Anak aku kemalangan sebab kau sekarang kau boleh tunjuk muka kau dekat sini kan!"Marah Puan Marina lagi sambil mencerlung memandang kearah Tashqin yang sudah terkejut namun cepat-cepat mengawal reaksi wajahnya.


Tashqin melepaskan keluhan sebelum menuturkan kata."Siapa saya nak atur kehidupan orang dan siapa saya nak buat anak Puan tu kemalangan? Semua yang terjadi takdir Puan semua sudah tersurat kenapa saya pula yang dipersalahkan! "Bantah Tashqin turun naik nafasnya menahan amarah.

"Untuk pengetahuan Puan saya tak pernah minta dia datang cari saya sebab saya pun dah tak ada hati untuk dia."Sambung Tashqin lagi mengawal suaranya takut orang awam mendengar.


" Bohong kau yang paksa dia lepaskan Thalia sebab tahu Lia tu lahirkan anak orang lain kan?"Tuduh Puan Marina membuatkan Tashqin tajam memandang kearah Puan Marina.


"Makcik ni dah gila ke? kalau saya paksa dia dari mula dia tinggalkan saya lagi saya buat macam tu fikir guna otak bukan guna mulut yang pandai bercakap sahaja."


"Kau memang bia.."Puan Marina ingin menampar pantas di tahan oleh Raja Haizran Fadzal lalu tangan Puan Marina di cekam kemas.


"Jangan berani angkat tangan dekat tunang saya."Ujar Raja Haizran sambil mengangkat keningnya sengaja ditekankan perkataan 'Tunang'.


Tashqin mengundur sedikit kebelakang sambil mata tidak berkalih daripada memandang kearah bakal suaminya.Hatinya perlahan-lahan terpikat dengan sifat Raja Haizran yang bertegas demi orang tersayang.


"Lepaskan aku!"Puan Marina meronta ingin dilepaskan cengkam yang semakin sakit.Sesekali matanya menjeling kearah Tashqin yang setia memandang kearah Raja Haizran.


"Sakitkan? Macam tu lah sakitnya hati Ekin bila Bonda terus menerus tuduh Ekin macam macam dan sekarang Iz tak izinkan Bonda dekatkan diri dengan Tashqin termasuk sentuh dia kalau Bonda berkeras langkah mayat Iz dulu.Zen tu tak teruk mana dia cuma terbabas sebab terkejut.Tolong bersyukur sebab anak Bonda masih berkesempatan nak tengok perangai kikis mak kandung dia."


Cengkaman dilepaskan pantas Raja Haizran menarik tangan Tashqin berlalu pergi keluar daripada kawasan Hospital sesekali mata Tashqin menoleh kearah Puan Marina yang sudah berlalu pergi.


"Kita kahwin minggu depan."Ujar Raja Haizran mengejutkan Tashqin yang masih terkesan dengan berita yang baru disampaikan tadi bahawa Raja Haizren kemalangan selepas berjumpa dengannya tadi.


"Hah?"


"Kita kahwin minggu depan."Ulang Raja Haizran lagi sambil tangan mencengkak pinggang.


"Kenapa awal sangat ni? "Soal Tashqin lalu melabuhkan punggung diatas bangku batu di tempat parkir.


"Sekurangnya saya boleh jaga awak terus kalau tadi jadi apa dekat awak macam mana?"Soal Raja Haizran sambil badan didekatkan kearah Tashqin yang sudah menunduk.


"Sebab saya Zen kemalangan."Tutur Tashqin perlahan.


"Kemalangan yang terjadi tak akan sama dengan rasanya dikhianati oleh cinta sendiri."Ujar Raja Haizran pantas Tashqin mengangkat wajahnya memandang kearah Raja Haizran yang sudah berpeluk tubuh.

"Seandainya dulu aku di pertemukan dengan dia terlebih awal aku lebih rela menjadi pencinta yang setia sampai jasad aku dimamah bumi."Bisik hati Tashqin sambil mata memandang kearah Raja Haizran yang sudah tersenyum manis.


"Saya hanya ingin memiliki awak sebab seluruh hati saya amat mencintai awak dan separuh jiwa sangat hanya untuk awak."Ujar Raja Haizran seikhlas hatinya yang terlalu menyayangi wanita dihadapannya kini.


"Berjanji dengan saya walau apa pun yang terjadi awak tetap akan pertahankan ia sampai kita berdua dimamah bumi."Tutur Tashqin pantas Raja Haizran mengangguk laju.


Seandainya takdir tidak menyebelahi kita akurlah akan suratannya yang tidak mampu lagi mempertahankan cinta yang kian pudar warnanya.


Telefon bimbit Raja Haizran berbunyi pantas diangkat.Tashqin terpandang pada beg Nazreen yang tidak sempat diberikan tadi pantas kaki berjalan perlahan-lahan menuju ke kawasan kecemasan.


Seorang lelaki merempuh kuat tubuh Tashqin menyebabkan Tashqin jatuh mencium tar jalan pantas Raja Haizran berpaling kearah bunyi bising serta-merta telefon terjatuh.


"Ekin! "


Raja Haizran pantas berlari kearah Tashqin yang tidak sedarkan diri sebelum mencepung masuk kedalam Hospital dibantu dengan orang awam yang menyedari tindakan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience