Bab 45

Romance Completed 23986

Tidak selalunya kejahatan itu selamanya menjadi kejahatan dan tidak selalunya kemaafan itu menghilangkan kesilapan lalu yang hasilnya meninggalkan kesan mendalam.


"Bonda tegaskan dekat sini Bonda nak Zen bernikah dengan Tashqin!"Desak Puan Marina pantas Raja Haizren berjalan menghampiri Bondanya.


"Bonda faham tak? Ekin dah tak nak dekat Zen tolong lah faham kenapa setiap kali arahan Bonda Zen kena ikut ?Bonda Ekin sekarang bahagia dengan Iz!"Bantah Raja Haizren lalu berjalan kearah balkoni sambil menyelupkan kedua-dua tangan kedalam poket seluar.


"Sejak bila kau reti mengalah Zen? "Soalan daripada Puan Marina membuatkan Raja Haizran melepaskan keluhan berat.


Sekarang dia tidak akan mengikut segala arahan dari Bondanya apa nak jadi jadilah dia pasrah andai semua ini mampu mengembalikan sebuah kasih sayang yang terlerai hanya dengan kesilapannya.


"Bukan mengalah Bonda tapi sebab kata-kata Bonda tu Zen terpaksa tahan segala rasa malu pergi merayu dekat Ekin untuk kembali padahal Bonda tahukan berdosa tagih cinta dekat isteri orang! Cukuplah Zen berdosa buat fitnah dekat Iz selama ni!"Bantah Raja Haizren lagi hatinya sama sekali tidak pernah rela dia hanya terpaksa menunjukkan dirinya terkejar akan bekas kekasihnya demi memenuhi keinginan Puan Marina.


"Pergi pujuk Iz balik sini urus Syarikat Bonda nak Zen minta maaf atas kesalahan Zen selama ni barulah Zen dapat balik hati Ekin itu pun Bonda nak kena ajar ke?"Pinta Puan Marina memutar belitkan situasi yang merumitkan kini.Raja Haizren mempalingkan tubuhnya menghadap Bondanya wajah Raja Haizren sudah memerah menahan rasa.


"Kesalahan Zen buat sebab Bonda!"Jerkah Raja Haizran kuat pantas Tan Sri Raja Haidar menghampiri dua beranak itu.Rambut di raup kasar sambil mata memandang kearah Puan Marina semudah ini wanita dihadapannya meletakan sebuah cinta demi memiliki sebuah harta.


"Tapi Bonda tak ada suruh Zen fitnah dia."Dalih Puan Marina bagi menjerat kembali anaknya.Raja Haizren sudah mengelengkan kepala.


Seandainya dulu dia lebih mengenali wanita yang pernah melahirkannya pasti dia tidak akan sesekali mendengar setiap arahan dan aturan hidup yang akhirnya dia sendiri yang terjerat.


"Sekarang Ekin tak dapat harta pun tak dapat."Rugut Puan Marina sambil memeluk tubuhnya.


"Biar semua harta tu awak tak dapat Mar!"Sampuk Tan Sri Raja Haidar mengejutkan Puan Marina yang sudah tidak tentu arah.


"Jangan merepak Haidar."Nafi Puan Marina mengawal riak wajahnya.


"Awak ingat saya tak tahu segala rancangan awak selama ni? Zen dah ceritakan segalanya.Dulu awak reject Ekin sebab apa sebab awak nak Thalia jadi menantu awak lepas tu bolot segala harta tapi bila tahu harta tu tiada nama Zen awak suruh Zen pujuk Ekin balik?


Hebat kan mainan awak macam saya ni baru kenal awak semalam kan Mar!"Tan Sri Raja Haidar menepuk tangannya dengan sinis.Puan Marina memandang sekeliling hatinya berdebar-debar.

"Jangan merepek Haidar semua ni sebab You kalau You tak bagi I naf.."

"Nafkah apa kalau kau sendiri pilih nak keluar dari rumah masa Zen belum setahun lagi! Sebab apa sebab kau nak enjoy dekat luar sana nak sangat kebebasan tapi kenapa sekarang kau nak hancurkan hidup anak kau sendiri atas segala kepentingan kau! "Jerkah Tan Sri Raja Haidar segalanya telah terbentang luasnya dulu dia hanya mengetahui dari mulut bekas isterinya akan agendanya bersama Thalia kini segala rancangannya yang tersusun rapi telah terbongkar sekelip mata.

"Semua sebab Bonda kalau bukan Bonda Zen takkan hilang Ekin Thalia tak mati dan Zen tak benci Iz!"Marah Raja Haizran tajam matanya memandang kearah Puan Marina.


Segala kehidupan bahagianya hilang sekelip mata hanya sebab berkuasanya seorang wanita bergelar ibu hanya untuk kepentinga diri sendiri.


"Kau yang buat Iz benci kau!"Puan Marina tidak tentu arah.


"Kalau bukan desakan kau Mar Zen tak akan buat macam tu dekat Iz.Kalau dari dulu aku tahu kau datang sini bersebab aku tak izinkan kau hancurkan anak sendiri!"Bantah Tan Sri Raja Haidar sambil mencekak pinggang memandang tepat kearah Puan Marina yang sudah tidak keruan.


"I datang sini sebab I nak harta You yang I tak dapat hari tu dan I datang nak hancurkan Fadilla mana boleh dia bahagia dengan anak dia diakan dah ada segalanya tapi I?"Soal Puan Marina tidak mampu menerima segala takdir yang dia hilang anak dan tidak mempunyai harta.

"Sampai hati Kak Mar."Puan Sri Fadilla menghampiri pantas lengan suaminya dipegang terasa ingin pitam.


"Memang sampai pun.Hati aku ni sakit tengok korang bahagia dalam kemewahan korang sendiri!"Puan Marina memandang tepat kearah Puan Sri Fadilla nafasnya turun naik menahan rasa yang lama terpendam.


"Bonda keluarlah dari rumah ni jangan berani jejak kaki dekat sini."Tutur Raja Haizren membuatkan Puan Marina terkejut dia tidak menyangka anak kandungnya sanggup menghalaunya keluar dari rumah mewah ini.

"Zen! "Wajah Raja Haizren di renung tajam.

"Saya percaya dengan Akak sanggup Akak buat macam ni?Insaflah Kak jangan makin hitamkan hati Kak kita semua sama even kaya ke? miskin ke? di akhirat kelak kita tetap tidak berharta selain amal ibadat Kak."Pujuk Puan Sri Fadilla bersama air mata yang mengalir dia sangat terkilan dalam masa yang sama dia sangat rindukan Raja Haizran.


"Beruntungkan kau anak kau ada suami kau ada anak aku pun sayang dekat kau sampai sanggup halau mak sen.."

"Tak payah nak tuding jari dekat orang lain Bonda.Please go from this house!" Halau Raja Haizren sekali lagi tanpa memandang kearah Bondanya sesekali air jernih yang mengalir kepipi dikesat.


"Zen minta maaf dengan Bonda dan halalkan air susu yang dulu pernah Bonda beri pada Zen walau hanya setitik."Ujar Raja Haizren sebelum menarik Mummynya keluar daripada bilik tersebut.


Puan Marina memandang kearah anaknya yang sudah berlalu pergi lantas mata dipejamkan.Tan Sri Raja Haidar hanya mengeluh sambil memegang pintu.


"Seandainya kelak kau menyesal dan kau inginkan anak kau kembali datanglah sini aku izinkan sebab kau yang lahirkan dia Syurga dia dekat kau."Tutur Tan Sri Raja Haidar lalu berjalan pergi meninggalkan Puan Marina yang sudah terduduk lemah.Dia tidak akan sesekali menyesal dia derita insan lain patut merasa derita.


Bukan ingin menghina malahan mencaci namun jika itu yang dihajati lupakan segalanya andai derita yang kau inginkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience