LIMA BULAN KEMUDIAN
Cinta dan kasih yang semakin mekar menguatkan lagi sebuah rumah tangga apabila sanggup menempuh segala ujian susah senang bersama.
Raja Haizran sudah lima bulan memulakan kerja sebagai Pensyarah di Kolej Komuniti Jerantut manakala isterinya menjual barang online selain menyediakan keperluan suaminya yang mencukupi.
Tashqin masih mengharapkan suaminya berbaik dengan Ibu mentuanya namun dia tidak akan sesekali menyoal suaminya akan perkara tersebut.Ahli keluarga Tashqin selalu turun ke Pahang datang melawat mereka memandangkan Nasuha dan Fareez telah berpindah ke Temerloh.
"Yang awak kat mana?"Jerit Raja Haizran mengejutkan Tashqin yang baru mengeluarkan bawang besar untuk di potong.
"Bie Sayang dekat dapur ni!"Jerit Tashqin pula sambik tangan lincah mencapai lima biji bawang yang ingin di kisar bersama lada untuk dimasak laksa.
"Tak nampak."Raja Haizran sengaja memandang keliling ruang dapur padahal isterinya di depan mata sahaja.
"Kesian muda lagi dah buta."Raja Haizran menghentikan langkah memandang kearah wajah isterinya yang berpeluh.
"Sayang awak cakap Bie buta?"Tashqin ketawa sambil mata memandang wajah suaminya pantas pipi suaminya di usap lembut.
"Buat apa ni?"Soal Raja Haizran sambil tangan mengesat peluh yang mengalir di pipi isterinya.Tashqin mengetap bibirnya sambil mata memandang kearah suaminya.
"Tengah meeting dengan bawang."Ujar Tashqin selamba sambil tangan menunjukkan kearah bawang merah.Raja Haizran memandang lima biji bawang yang tersusun di atas kabinet dapur.
"Memainkan."Tashqin memandang sinis kearah suaminya yang sudah tersengih sambil tangan memegang bawang sesekali memandang bahan lain.
"Bie pergilah siram bunga ke? basuh baju ke ? lipat baju ke ? apa saja kerja dekat dalam sana dan jangan kacau boleh tak dah dekat lima puluh kali datang dapur ni."Bebel Tashqin sambil tangan rancak memotong bawang.
Geram benar hati Tashqin apabila sedari tadi soalan sama yang ditanya lepas itu mengacau dia ingin menyiapkan kuah laksa.
"Ok Fine."Raja Haizran menjeling manja lalu berjalan ingin ke ruang tamu namun dia teringatkan sesuatu badan dipusingkan kembali.
"Yang! "Panggil Raja Haizran lagi pantas Tashqin memalingkan kepalanya.
"Apa dia?"Soal Tashqin rimas dengan kelakuan suaminya.
"Masak sedap sedap. "Raja Haizran menghampiri isterinya.
"Ya allah Bie! "Jerit Tashqin sekuat hati apabila Raja Haizran memeluk erat pinggang isterinya pantas pisau diletakkan.
"Tolonglah jangan kacau pergilah tengok didi and friend ke? Sayang nak siapkan kuah laksa ni."Ujar Tashqin sambil tangan menolak pelukkan suaminya.
"Halau suami derhaka ni!"Ujar Raja Haizran seakan merajuk pantas Tashqin menarik tubuh itu lalu mencium pipi suaminya.Raja Haizran sudah tersenyum manis.
"Syurgaku, Sayang awak ni nak masak tolong duduk dekat dalam."Pinta Tashqin sambil menarik tangan suaminya lalu di tolak ke ruang tamu lalu kembali semula ke dapur.
Raja Haizran tersenyum nakal sambil mata memandang kearah televisyen yang sudah terbuka.Sudah menjadi rutin harian sewaktu cuti dia akan mengacau isterinya.
Bau kuah laksa yang sudah siap dimasak menusuk di rongga hidung Raja Haizran pantas langkah diatur ke dapur.Kelihatan Tashqin sibuk mengisi laksa kedalam mangkuk.
"Nak bagi siapa tu? "Soal Raja Haizran sambil menarik kerusi untuk duduk dihadapan isterinya.Tashqin tersenyum manis sempat pipi suaminya dicuit.
"Sayang nak bagi Kak Za haritu dia bagi mee kari."Jawab Tashqin lincah tangannya mengisi sedikit timun telur bawang cili api dan taugeh lalu kuah dikaut masuk kedalam mangkuk.
"Sebelum bagi dekat jiran dekat suami sendiri tak nak hidangkan ke?"Soalan Raja Haizran menghentikam langkah Tashqin pantas wajah suaminya di pandang manja.
"Bie ambil lah sendiri."Ujar Tashqin lalu menyambung kembali kerjanya.
"Kak Za syurga Sayang ke? Bie syurga Sayang? "Ugut Raja Haizran membuatkan Tashqin ketawa pantas mangkuk yang telah lengkap diisi dihulurkan pada suaminya yang sudah tersengih.
Raja Haizran mencapai mangkuk yang dihulur isterinya."Pagi esok Bie nak pergi Kolej sebab nak tengok budak siapkan inovasi."Tutur Raja Haizran lalu menyuapkan laksa kedalam mulut.
"Pukul berapa?"Soal Tashqin tanpa memandang kearah suaminya.
"Sebelum tengahari.Kenapa Yang? "Soal Raja Haizran tersekat-sekat akibat mulut penuh dengan laksa.
"Esok Kak Sue datang so nak ajak lah minum cendol gemuk."Jelas Tashqin sambil tangan meletakkan mangkuk diatas meja pantas Raja Haizran berfikir sekejap.
"Boleh, Bie sekejap saja tak lama nanti Sayang suruh Sue datang Kolej.Kita tunggu dekat situ sajalah."Putus Raja Haizran memudahkan urusan Nasuha supaya tidak perlu masuk ke perumahan mereka lalu sahaja di Kolej.
"Boleh.Kejap Sayang hantar."Tashqin berjalan meninggalkan suaminya yang masih terkaku tidak sempat menjawab kata-kata isterinya.
Tashqin berjalan masuk kedalam pekarangan rumah Zara iaitu jiran lama di perumahan ini.Pintu rumah di ketuk kuat.
"Assalamualaikum Kak Za!"
Perlahan-lahan pintu rumah di buka oleh Zara pantas senyuman terukir dibibir."Walaikumusalam Dira! Jemputlah masuk."
"Eh tak apa Dira kejap saja ni.Kak Za ni laksa Dira masak tadi."Mangkuk berisi laksa dihulurkan pada Zara pantas Zara menyambut huluran tersebut.
"Eh susah-susahlah Dira ni.Kejap Akak ganti ma.."Ujar Zara ingin masuk kembali kedalam rumah pantas ditahan oleh Tashqin.
"Tak apa Kak lain kali boleh.Dira minta diri dulu."Ujar Tashqin lalu berjalan keluar daripada rumah Zara.
"Yela."Zara hanya memandang kelibat Tashqin sebelum kembali masuk kedalam rumahnya.
Share this novel