Bab 15

Romance Completed 23986

Puan Marina memandang kearah bingkai gambar yang tergantung terdetik di hatinya seandainya dahulu semua kemewahan ini menjadi miliknya dia tidak akan pernah sesekali meninggalkan rumah ini dan anaknya. Bibir diukirkan senyuman segalanya akan berubah itu janjinya.

Semenjak dia bercerai dengan Raja Haidar dia hanya melawat anaknya dirumah ini yang merupakan rumah isteri baru bekas suaminya kini dia hadir untuk terus menagih kasih anaknya yang amat dirindui.


Kehadirannya hanya satu ingin memiliki haknya yang dahulu tidak pernah diperolehi."Kak Mar jemput minum."Puan Sri Fadilla meletakkan dulang berisi air berperisa di atas meja serta-merta Puan Marina meletakkan kembali bingkai gambar yang dipegangnya.


"Besar dah anak Kak Mar."Tuturnya sambil berjalan kearah sofa lalu melabuhkan punggung diikuti oleh Puan Sri Fadilla sambil tersenyum manis.


"Dah boleh jadi suami dah Kak Mar.Pejam celik pejam celik laju masa berlalu."Ujar Puan Sri Fadilla lembut tanpa lekang senyuman dibibir.


"Kalau masa boleh di putar Akak tak akan tin.."


"Kak perkara dah terjadi sekarang kita kena teruskan kehidupan kita Kak."Potong Puan Sri Fadilla sambil memegang tangan Puan Marina bekas isteri suaminya.


"Akak salah dalam hal tu kalau Akak tak terlampau mengikut kehendak hati Zen takkan terabai."Puan Marina mengesat air mata yang kering sengaja menarik perhatian wanita dihadapannya.


"Manusia Kak selalu melakukan kesilapan kita tak sempurna."Puan Sri Fadilla turut bersimpati hatinya benar luluh dengan kejadian yang telah berlaku dahulu ingin menyalahkan tetapi siapalah kita.


Dua buah kereta Mercedes memasuki kawasan rumah banglo tiga tingkat lalu memarkir di garaj kereta pantas Raja Haizren keluar daripada perut kereta.


Puan Marina segera keluar daripada rumah kerana tidak sabar ingin bertemu dengan anak tunggalnya pantas Puan Sri Fadilla menuruti langkah tersebut.


"Bonda!"Jerit Raja Haizren lalu berlari kearah Bondanya yang sudah berdiri di muka pintu pantas tangan itu dicium lembut.


"Zen sihat? Bonda rindu sangat dekat anak Bonda ni."Tutur Puan Marina sambil mengusap lembut pipi anaknya.


"Zen pun rindu Bonda.Mummy tak cakap pun Bonda nak balik."Puan Sri Fadilla tersenyum manis.


"Bukan suprise namanya."


"Bang Ekin tertin..Bonda."Raja Haizran mencium tangan tua itu sambil menolak sapu tangan ke tangan Abangnya.


"Ekin? Siapa Ekin?"Soal Puan Marina dan Puan Sri Fadilla serentak pantas Raja Haizren memandang kearah adiknya yang memandang kearah lain.


"Bakal menantu Bonda dan Mummy."


"Kalau macam tu bawa jumpa Bonda."Pinta Puan Marina segera dia ingin mengenali siapakah yang bakal menghancurkan rancangannya.


"Betul ni Bonda kalau macam tu malam ni juga kita jumpa Zen tak sabar nak perkenalkan Bonda dengan Ekin."Ujar Raja Haizren teruja lalu memeluk erat tubuh Bondanya sambil berjalan masuk kedalam rumah.


Puan Sri Fadilla memandang wajah anaknya yang berubah reaksi. "Iz bunga bukan sekuntum."Tutur Puan Sri Fadilla mengejutkan Raja Haizran pantas senyuman pahit terukir di bibirnya.


Bertahankanlah walau ia hanya seketika walaupun hati kian terluka namun cinta masih kekal terasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience