Bab 46

Romance Completed 23986

Tersedarlah tidak pernah terlintas di hati ini ingin berdendam malahan membenci namun jauh disudut hati kasih yang masih berbaki belum pernah pudar atau terhakis sehingga kini.


"Mummy!"Jerit Raja Haizran pantas tubuhnya bangkit dari pembaringan nafas diseka.Tashqin membuka mata perlahan-lahan lalu memandang kearah suaminya yang sudah berpeluh.


"Bie? Bie mimpi Mummy lagi? Baliklah Bie mesti Mummy rindu tu."Pinta Tashqin pantas Raja Haizran mengangguk laju.Dia harus memperbetulkan segalanya sampai bila dia ingin merajuk dia harus akur.


Hari ini Raja Haizran akan ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan ahli keluarganya bagi meminta maaf atas segala kesalahan dan kekasarannya selama ini.Setiap yang berlaku ada hikmahnya andai diterima atau tidak itu terserah pada keimanan dijiwa.


"Yang Bie dah siap."Tutur Raja Haizran lalu berjalan kearah isterinya yang setia menanti di pintu kereta.


"Betul tak nak ikut?"Soal Raja Haizran yang sudah berhenti dihadapan isterinya.

"Tak apalah Bie pergilah seorang Sayang okey dekat sini Kak Za ada."Ujar Tashqin manis sambil memegang lengan suaminya.Wajah suaminya dipandang lama seakan rasa berat ingin dilepaskan namun dia harus akur suaminya pergi sebentar tidak lama.


"Petang nanti Bie balik nanti apa-apa Bie call Sayang."Tutur Raja Haizran lalu masuk kedalam perut kereta lantas enjin kereta dihidupkan.Tashqin menutup pinta kereta serta-merta cermin terbuka.


"Take care I love you."Ucap Tashqin lalu mencium lama tangan suaminya yang masih tersenyum.


"I love you to."Balas Raja Haizran lantas menarik tangannya.Tashqin memandang kearah kereta yang bergerak laju di atas jalan tar sehingga hilang kelibatnya.


Tiba-tiba telefon bimbit Raja Haizran berbunyi pantas di sentuh skrin."Weh Iz kau dekat mana?"Sapa Zalfa Afnan.


Raja Haizran sudah memaklumkan kepada Zalfa Afnan bahawa dia akan ke Kuala Lumpur nasib baik sahabatnya sanggup menunggunya di Gombak.


"Aku on the way ni nanti aku call kau balik."Ujar Raja Haizran lalu mematikan talian serta-merta telefonnya jatuh kebawah kakinya pantas tangan ingin mencapai telefon tersebut.


"Alamak jatuh pula."


Tanpa sedar kereta berada diluar kawalan pantas Raja Haizran memandang kehadapan sambil kaki menekan brek yang langsung tidak berfungsi.
BUMMM!!


"BIE!!"Jerit Tashqin yang baru tersedar daripada mimpi buruknya lagi.Dada diusap lembut sambil memandang sekeliling ruang tamu yang sunyi sepi tanpa kata.


Hatinya terasa tidak enak seakan perkara tidak elok bakal terjadi namun cepat-cepat perasaan itu di buang jauh pantas kaki berjalan keluar daripada rumah ingin menanti sang suami pulang kerumah.


Tashqin berharap agar keluarga suaminya bersatu kembali dan bekas kekasihnya mampu menerima takdir yang telah di tetapkan oleh Allah SWT.


"Assalamualaikum Ekin."Sapa Puan Sri Fadilla lalu berjalan kearah Tashqin yang sudah terkejut dengan kehadiran ibu mentuanya sedangkan suaminya dalam perjalanan ke sana.


"Waalaikumusalam Mummy."Tangan tua itu dicium lembut pantas memeluk erat tubuh tua itu.


"Ekin Sihat? "Soal Puan Sri Fadilla ramah pantas Tashqin mengangguk namun matanya mencari kelibat suaminya.


"Mana Iz? "Soal Tashqin hairan.Puan Sri Fadilla mengerutkan dahinya.


"Iz ? Mummy baru sampai dengan Zen."Ujar Puan Sri Fadilla sambil tangan menunjukkan kearah Raja Haizren yang hanya tersenyum biasa.


"Ekin suruh Iz balik KL jumpa Mummy tak akan Mummy tak terserempak dengan dia."Ujar Tashqin tidak puas hati sambil mata menjeling kearah Raja Haizren yang pantas menundukkan wajahnya.


"Rasanya tak ada pun Zen tadi kita terserempak dengan Iz lagipun ada kemalangan mungkin Iz terperangkap dekat sana."Puan Sri Fadilla menyejukkan hati menantunya padahal hatinya sangat gementar.


"Dira siapa ni?"Sapa Puan Zara lalu menyalami tangan tetamu jirannya itu.Matanya masih memandang kearah Tashqin yang kelihatan risau.


"Saya mummy Iz."Jawab Puan Sri Fadilla ramah.Puan Zara tersenyum manis sambil memegang tangan tetamu jirannya.


"Puan jom masuk."Ajak Puan Zara sambil mata memahami isyarat yang diberikan oleh Puan Sri Fadilla kearah Tashqin dan Raja Haizren.


Mereka berdua berjalan masuk kedalam rumah.Raja Haizren memandang kearah Tashqin yang sudah melabuhkan punggungnya.


"Abang minta maaf atas segala kesalahan Abang selama ni."Ucap Raja Haizren kesal dengan tindakan mendesaknya sampaikan sanggup merosakkan rumahtangga adiknya sendiri.


"Kalau Ekin maafkan Abang Abang boleh ke janji yang Abang tak akan ganggu Ekin lagi?"Soalan Tashqin dibalas dengan anggukkan.Dia yakin dan redha dengan segalanya.


"Zenn!"Jerit Puan Sri Fadilla mengejutkan mereka berdua pantas Raja Haizren bergegas masuk kedalam rumah.Tashqin hanya mengekori secara perlahan-lahan.


Kelihatan Puan Sri Fadilla sudah terbaring tidak sedarkan pantas Raja Haizren menghampiri tubuh tua itu."Mummy?Kenapa ni Kak?"Soal Raja Haizren sambil mata memandang kearah Puan Zara yang resah.


"Hurmm Zen macam mana Akak nak cakap ni Iz kemalangan."

"Hah?"Tubuh Tashqin hampir pengsan namun cepat Puan Zara berlari kearah Tashqin lalu memegang tubuh itu dari jatuh ke lantai.


Mungkin segalanya yang terjadi kerana dendam namun mungkin jua terjadi kerana takdir.Mampukah menempuh segalanya sekirannya nanti sebuah kenyataan perit bakal terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience