Bab 36

Romance Completed 23986

Pertahankan sebuah perhubungan sampai nyawa antara mereka terpisah dari badan dan sampai jasad mereka terhakis dimamah bumi.

Raja Haizran Fadzal memandang kearah bakal isterinya yang masih lena diulit mimpi.Sesekali wajah itu di renung penuh kasih namun hatinya gembira mendengar berita bakal isterinya sudah sedar dari koma.


Kejadian yang berlaku tidak mampu mengambarkan betapa risaunya Raja Haizran apabila melihat sekujur tubuh terbaring tidak sedarkan diri hampir sebulan namun atas usaha keluarga yang tidak putus-putus berdoa akhirnya Tashqin sedar dari koma.


Raja Haizran menundukkan kepalanya ke katil sambil tangan dirapatkan perlahan-lahan Nadirah Tashqin membuka mata memandang kearah tunangnya pantas bibir mengukir senyuman manis.


"Awak."Tepuk Tashqin pada lengan tunangnya pantas Raja Haizran mengangkat kepalanya sambil tersenyum.


"Dah bangun?"


"Tak bangun lagi tengah mengigau ni sebab dah bangunlah saya kejutkan awak.Awak baru sampai ke?"Sakat Tashqin lantas ketawa kecil.Raja Haizran mengecilkan matanya geram apabila Tashqin berloyar buruk.


"Sejak lepas koma ni kuat betul bergurau.Saya baru sampai bawakan awak makanan."Ujar Raja Haizran sambil mata menunjukkan kearah mangkuk tingkat.


"Makanan apa?"Soal Tashqin teruja sambil mata memandang kearah tangan Raja Haizran yang mencapai mangkuk tingkat lalu mengeluarkan bekas pertama.


"Bubur."Raja Haizran menghulurkan bekas berisi bubur ayam.Tashqin mencebikkan mulutnya sambil memandang kearah Raja Haizran yang mengerutkan dahi.


"Saya bukannya demam atau ulser bibir tak akan bubur bawalah nasi ke gulai tempoyak ke?"Pinta Tashqin selamba lalu bingkas bangun dari baringnnya memandang kearah bekas berisi bubur tersebut.

"Bagi peha nak badan."Bebel Raja Haizran sambil meletakkan bekas pertama keatas meja lalu membuka bekas kedua.


"Eh bagi betis nak peha lah."Tashqin ketawa sambil mata memandang tingkah laku tunangnya.


"Ni Mama ada masakan nasi putih ikan goreng dengan tempoyak untuk anak bongsu kesayangan."Ujar Raja Haizran lalu menghulurkan bekas kedua.Semerbak bau tempoyak manis memasuki rongga hidung mereka berdua.Sudah menjadi wajib makanan kegemaran Tashqin tiada sambal pun tak apa asalkan ada tempoyak.


"Wahhh! Sedapnyaa awak."Tashqin menghidu bau masakan Mamanya yang memasuki rongga hidung.


"Nak suap."Pinta Tashqin ingin bermanja.Raja Haizran memandang pelik kelakuan wanita dihadapannya ini yang bertukar karakter.


"Awak bukannya patah tangan."Bebel Raja Haizran sambil memandang kearah Tashqin yang sudah menjeling kearahnya.


"Okey kalau macam tu Ekin suruh nurse lelaki to.."


"Berani awak suruh lelaki lain selain saya."Potong Raja Haizran sambil mengecilkan matanya.


"Beranilah apa tak berani pula."Tashqin mengangkat keningnya.


"Nurse!"Jerit Tashqin pantas Raja Haizran menutup mulut tunangnya.


"Syhhh!Saya suapkan buka mulut."Sudu di hulurkan ke mulut Tashqin yang sudah tersengih macam kerang busuk.


"Mulut bukan gigi."Tashqin membuka mulutnya laju Raja Haizran menyuapkan makanan kedalam mulut tunangnya itu.


"Garang betul kata nak kahwin minggu depan."Bebel Tashqin tersekat-sekat akibat nasi penuh didalam mulutnya.


"Saya ajak awak kahwin minggu lepas tapi awak koma pula.Berani awak koma tak takut saya cari yang lain."Ugut Raja Haizran membuatkan Tashqin memeluk tubuhnya.


"Pergilah cari kalau esok awak nak hidup lagi."Tashqin tersenyum sinis kearah Raja Haizran yang sudah ketawa.


"Bie."Panggil Tashqin lembut mengejutkan Raja Haizran Fadzal serta-merta tindakan ingin menyuapkan tunangnya terhenti.


"Awak panggil saya apa?"Soal Raja Haizran lagi seakan bermimpi sambil mata terkebil-kebil.


"Bie."Tashqin menarik sudu yang terhenti di hadapan mulutnya lalu menyuapkan sendiri nasi kedalam mulutnya.


"Bie pun Bie lah jangan bintang pink tu Sayang panggil Bie tak menyahut."


"Bie kan bakal suami Saya tak akanlah saya nak panggil macam tu berdosa."


Raja Haizran Fadzal sambil menyuapkan nasi putih bersama ikan goreng dan sedikit tempoyak manis.Tashqin mengunyah nasi dengan penuh selera.


"Kepala tu tak rasa sakit ke?"Soal Raja Haizran sambil memuncungkan bibirnya menunjukkan kearah kepala yang masih berbalut.


"Kadang-kadang berdenyut."Tashqin memegang kepalanya yang berbalut sambil tersenyum lagi.


"Bie tahu siapa yang langgar Sayang? "


"Zal tengah siasat hal ni."Tashqin membulatkan matanya memandang kearah tunangnya apabila nama lelaki pertama yang dicintainya disebut oleh Raja Haizran.


"Zalfa Afnan."


"Crush Sayang! "Ujar Tashqin lagi.


"Bie tahu."Ujar Raja Haizran selamba.


"Maksudnya Bie ?"Tashqin memandang kearah Raja Haizran lalu merampas bekas makanan dari tangan tunangnya itu.


"Bie dah lama kenal Sayang tapi masa tu Sayang bercinta dengan Zen.Bie diamkan saja sebenarnya Bie yang suruh Zal tolak Sayang."


Raja Haizran membuka kembali cerita semasa diluar negara dahulu yang dia sudah lama menjadi pemerhati yang setia dan menjaga Tashqin sehinggalah Tashqin bercinta dengan Raja Haizren serta-merta dia mengundur diri sampailah dia bertemu kembali pada kejadian lalu.


"Kenapalah buat macam tu? Sayang suka dia."Tashqin mencebik sedih dengan tindakkan Raja Haizran sanggup dia pisahkan Zalfa Afnan dengannya walhal dia sengaja ingin melihat reaksi Raja Haizran dengan tindakkannya.


"Tu dulu kan."


"Sekarang pun."


"Esok melawat kubur Zal."Raja Haizran memandang kearah lain tanda merajuk.


"Sayang gurau saja tu zaman cinta monyet."Pujuk Tashqin manis.


"Sekarang kita berdua?"


"Cinta anak orang."


"So bila kita akan berkahwin?"Soal Tashqin teruja tetapi fikirannya masih pada mimpi hitam yang dialami sebelum dia tersedar dan dia takut kehilangan lelaki yang setia mencintainya walaupun dia tahu hati Tashqin masih mencuba menerima sepenuh jiwa raga.


"Ni mesti sebab hentukan tu kan tu jadi gelojoh macam ni."


"Sampai hati kata Sayang gelojoh Sayang buat semua ni sebab tak baik lengahkan masa untuk mendirikan masjid."


"Esok kita nikah."Sakat Raja Haizran pula pantas Tashqin gembira.


"Boleh nanti cakap de.."


"Kenapa gelojoh sangat ni? Minggu depan kita nikah."Potong Raja Haizran mematikan angan Tashqin ingin segera bernikah.


"Kalau Bie tahu apa itu makna kehilangan Bie tak akan persoalkan tindakakan Sayang."

Tashqin dan Raja Haizran memandang sesama sendiri pantas bibie mengukir senyuman walau apa pun yang bakal terjadi kelak mereka akan tetap pertahankan agar tidak berlakunya sebuah kehilangan yang menguris hati.


Raja Haizren Zayyan menyandarkan badannya pada pintu sambil beberapa kali meraup wajah apabila melihat kemesraan antara mereka namun patutkah dia menghancurkan sebuah kebahagian walhal dia tahu Tashqin tidak akan bahagia bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience