Bab 4

Romance Completed 23986

Raja Haizran melabuhkan punggung di atas sofa sambil meletakkan segugus kunci kereta di atas meja berhampiran.Telefon bimbit di pandang bersama senyuman yang manis apabila kenangan tadi terimbau di fikiran.


"Bukan salah dia pun."Bisik Raja Haizran kepada diri sendiri lantas mengangguk.Segala telatah gadis kecil tadi begitu mengusik naluri kelakiannya apabila melihat kecantikan yang terserlah di wajah gadis itu.


"Kenapa anak mummy tersenyum-senyumkan tu?"Sapa Puan Sri Fadilla serta-merta wajah Tashqin hilang daripada fikiran Raja Haizran pantas beliau bingkas duduk di atas sofa.


"Mummy."Tangan Puan Sri Fadilla di salaminya sambil bibir tersenyum manis.

Puan Sri Fadilla melabuhkan punggung di atas sofa sambil membalas senyuman anaknya itu.

"Where are you going?"Soal Puan Sri Fadilla sambil mengangkat sebelah keningnnya.

"Iz pergi shopping tadi beli telefon baru."Jawab Raja Haizran sambil menunjukkan Iphone 8 yang baru dibelinya itu lantas bibir mengukir tawa lagi.

"Mummy tak buat lawak.Apa yang kelakar sangat tu Iz? "Soal Puan Sri Fadilla hairan melihat keadaan anaknya seolah seperti orang kurang siuman.

"Bukan Mummy, Tadi Iz jumpa seseorang cantik sangat mummy."Jawab Raja Haizran sambil tersenyum lebar.Puan Fadillah sudah mengelengkan kepalanya.

"Iz angau ini.Tak apa Mummy boleh pinangkan dia untuk Iz."Cadang Puan Sri Fadilla yakin.

"Tak apalah Mummy, Biarlah Abang dahulu yang nikah nanti apa pula kata.."

"Kau nak kahwin kahwin jelah tak payah tunggu aku."Sampuk Raja Haizren tegas nada suaranya sambil langkah di atur ke ruang tamu.


"Zen dah balik? Zen nak makan boleh Mummy siapkan?"Soal Puan Sri Fadilla lantas bingkas berdiri ingin menunjuk ke dapur.

"It's okey mummy Zen dah kenyang.Before that, You! "Tepat jari telunjuk ke wajah adik tirinya yang sudah berdiri memandang kearahnya.

"Kau pergi mana? Aku call kau banyak kali kau tak jawab! Kau keluar langsung tak inform aku! Kau ingat office tu hotel yang kau boleh keluar ikut suka hati kau walaupun kau tu boss! Kau ingat kau tu siapa sampai aku kena layan perangai kau! Kalau kau rasa semua perkara dekat office tu tak penting kau boleh berhenti!


Aku penat kena urus semua benda sampai dapat pekerja macam sampah! Kau senang lenang berfoya-foya dekat luar!"Maki Raja Haizren setelah sekian lama memendam rasa sambil wajah adik tirinya di renung tajam.


Puan Sri Fadilla memandang kearah anak tirinya itu lantas tubuh itu di usap lembut.

"Zen mesti penatkan naik lah dulu basahkan badan.Tak elok marah-marah Iz tak sengaja tinggalkan pejabat."

"Mummy belalah anak kandung Mummy tu dia bukan budak kecil lagi yang nak di bela.Zen tetap akan bertegas kalau semua benda Zen kena hadap kalau macam ini baik Zen keluar daripada office tu kejar cita-cita Zen dahulu."Bidas Raja Haizren bukan niat ingin meninggi suara tetapi ingin menegakkan kebenaran kalau sepanjang dia membangunkan King's Holding segala kerja dan kesilapan dia yang harus di hadapkan sedangkan adik tirinya hanya goyang kaki melihat kejayaan.


Setelah Tan Sri Raja Haidar bercerai dengan Puan Marina iaitu Ibu Raja Haizren telah menyambungkan kekayaan yang telah membangunkan sebuah syarikat warisan keluarga menemukan Raja Haidar dengan Puan Sri Fadilla sehingga mereka memilih untuk mendirikan rumah tangga.


"Abang Iz min.."


"Stupid!"Raja Haizren melangkah pergi meninggalkan Ibu dan Adik tirinya yang hanya memandang tanpa berkelip mata tanpa sedar kejadian itu di saksikan oleh Tan Sri Raja Haidar yang hanya mengeluh lemah.

"PAPA minta maaf kalau semua perkara yang berlaku dalam pejabat membebankan Zen."Ucap Tan Sri Haidar lantas memandang wajah anak sulungnya itu yang masih beriak biasa.


"Semua perkara tak pernah membebankan Zen pun Papa cuma Zen perlukan Iz untuk membantu Zen perbetulkan kesilapan dalam Syarikat bukan lepas tangan macam tu sahaja."Terang Raja Haizren sambil memeluk tubuh wajah redup Papanya di renung penuh kasih.


"Papa faham apa yang kamu inginkan Zen.Tapi ingat kekerasan tak menjaminkan apa-apa pun."Nasihat Tan Sri Haidar pantas Raja Haizren mengangguk lemah.


Telefon bimbit Raja Haizren berbunyi menandakan ada panggilan masuk pantas tangannya mencapai lalu memandang kearah skrin tertera nama buah hatinya.


"Zen minta diri dulu pa."Raja Haizren berlari kecil masuk kedalam rumah.Tan Sri Haidar hanya memandang dengan pandangan yang kosong.


"Sayang, I tahu Zen tu cuma tertekan sahaja bayangkan dia terpaksa berada dalam syarikat kita sedangkan dahulu dia sambung belajar dalam bahagian lain."Ujar Puan Sri Fadila sambil berjalan kearah suaminya.Sedari tadi dia berdiri mendengar perbualan anak tiri dan suaminya.


"Bukan niat I untuk membela sesiapa Sayang tapi I cuma tidak mahu Zen terlampau berkeras dengan kemarahan You tahu kan Zen tu panas baran dan tegas segala kerja sangatlah teliti.Tapi bukan niat I untuk menghalang cita-cita dia tetapi tanpa dia siapa kita hari ini usaha dia sewaktu di bangku sekolah lagi.Zen tu pandai tapi Iz harus jua membantu."Tutur Tan Sri Haidar lembut.


"I tahu semua tu tapi I harap You boleh menegur kelakuan Iz.I dan tua You pun bila-bila masa kita boleh pergi."Sambung Tan Sri Haidar lagi.Kekuatannya sekarang selain Allah SWT adalah keluarga.


Semenjak dia bercerai dengan bekas isterinya dia bangkit menyambung legasi keluarga.Kecekapan anaknya mampu membangunkan banyak projek bangunan rumah teras dan sekolah-sekolah yang sedia ada.


"Semalam Kak Mar ada call cakap nanti dia akan balik.You okey?"Soal Puan Sri Fadilla.


"Past is past Sayang.I yakin dia akan berubah demi anaknya bukan sebab I.Mungkin I tak mampu terima dia tetapi I takkan pisahkan dia dengan anaknya."Ujar Tan Sri Haidar positifkan diri tanpa sedar perbualan didengari oleh Raja Haizran


Hatinya kian bersalah dengan kelakuan kurang matangnya sampai membebankan ahli keluarga.


"Aku harus perbetulkan balik."Ujar Raja Haizran bersemangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience