Hanya dia yang tertakhta dihati tiada lain yang mampu memberikan sebuah kesetiaan yang hanya dipegang oleh seorang pencinta.
Tashqin disahkan keguguran oleh Doktor akibat pendarahan yang banyak.Kenyataan itu memberikan sebuah tamparan hebat untuk Tashqin dan keluarga malah dia dalam keadaan redha dan tidak redha menerima ketentuan takdir apabila suami tidak mengingatinya dan anaknya meninggal dunia tanpa sempat merasai kasih sayang di dunia.
Raja Haizran pula telah bertolak ke luar Negara tanpa berjumpa atau melawat isterinya yang baru keguguran.Segala keputusan yang dibuat atas kehendak sendiri walaupun tidak diizinkan oleh ahli keluarga.
Tashqin pasrah andai suaminya memilih untuk menjauhkan diri darinya bagi mencari sebuah ketenangan namun kuatkah dia menempuh segala kehidupan yang baru tanpa suami disisi tetapi suami di atas kertas sahaja.
Tashqin memegang buku nota kosong lalu diselak setiap halaman yang hanya ada sehelai daun kering."Bie letak daun ni dalam buku supaya dia takkan reput seperti kesetian kita yang tidak pernah terhapus."Ujar Raja Haizren lalu meletakkan sehelai daun kedalam buku.
"Kalaulah nanti antara kita terluka ingat satu sahaja jangan pernah menghancurkan kesetian antara kita."Ucap Raja Haizran lagi lalu memegang erat tubuh isterinya.
"Dalam ramai lelaki yang Sayang kenal hanya Bie seorang sahaja yang benar ikhlas mencintai Sayang dan pertahankan sebuah cinta agar ia tidak akan kecewa.Sukar untuk Sayang melupakan Bie Sayang rela biarkan hati Sayang tergantung andai Bie tiada nanti."Tashqin meletakkan buku yang dipegang.
Segala kata yang dilontarkan masih tergiang-giang di telinga Tashqin pantas air mata mengalir laju ke pipi.Kerinduan yang tidak ubat buat sekian lamanya rindu akan suaranya rindu akan senyumannya dan rindu akan dakapan eratnya hanya air mata dan kenangan mampu menghilangkan secebis kerinduan.
"Kawan?"
"Kawan tolong lap air mata tu supaya tak jatuh lagi."Seloroh Raja Haizran pantas Tashqin menyambut salaman Raja Haizran sambil ketawa.
Tasqhin ketawa seorang diri teringatkan kenangan pertama kali seorang lelaki membuatnya ketawa apabila dia menangis dan sanggup mendengar segala keluhannya malah memberikan kata semangat yang masih tersemat dijiwa.
Nasuha dan Nazreen memandang sesama sendiri melihat kelakuan adiknya yang masih menangis kadang adiknya mencium baju suaminya untuk melepaskan rindu.
Cara bagaimana lagi untuknya memujuk adiknya supaya makan dan tidak terus menerus meratap hiba sebegini.Berbagai cara telah dilakukan kini Nazreen harus memaksa adiknya untuk menjamah sedikit makanan mengalas perut.
Nazreen meneruskan langkah masuk kedalam bilik adiknya sambil menatang dulang berisi makanan pantang.Adiknya masih berpantang seperti biasa namun keinginan adiknya untuk makan merisaukan hati mereka.
Nasuha hanya tercegat dimuka pintu sambil mata memandang kearah dua orang adik beradiknya."Adik makan sikit."Pinta Nazreen lembut sambil tangan meletakkan pinggan diatas meja berdekatan.
Tashqin hanya membatukan diri tanpa jawapan sambil tangan masih memeluk erat baju suaminya."Ekin sikit saja."Pujuk Nazreen lagi sambil menghulurkan sudu berisi nasi.
Tashqin memandang kearah Akaknya dengan pandangan yang sayu.Air mata yang bertakung mengalir lagi Nazreen hanya menahan rasa sedihnya melihat keadaan adiknya.
"Sikit saja tak banyak.Awak kena kuat sampai bila awak nak macam ni kalau awak tak makan semua yang jadi tetap akan terjadi tak boleh di putar kembali."Bisikan Suaminya membuatkan Tashqin membuka mulutnya pantas Nazreen menoleh kearah Nasuha yang sudah tersenyum sambil mengesat air mata yang mengalir.
"Adik kena kuat selalu berdoa dengan Allah jangan pernah tinggal solat.Semua tu kekuatan adik sekarang selain kami semua atas usaha adik.Adik mesti tak nak kan nanti kalau Iz balik tengok keadaan adik macam ni lagi dia sedih."Pujuk Nasuha pantas mendekati adiknya lalu mengenggam erat tangan yang pucat itu.
Tashqin hanya memandang dengan mata yang berkaca kearah kedua-dua orang kakaknya itu sesekali nafas ditarik namun tiada sepatah pun kata untuk dilontarkan selain air mata yang mengalir tidak henti-henti.
"Kami ada dik jangan ingat kami tiada kami ada disisi adik."Tutur Nazreen sambil memeluk erat tubuh adiknya itu.
"Mama pun nak Ekin sentiasa kuat sayang jangan macam ni."Sapa Datin Paduka Tasneem lalu memeluk erat ketiga-tiga orang anak perempuannya.
Ujian yang diterima jangan sesekali tangisi dihadapan insan tak memahami tetapi tangisilah di hadapan insan yang memahami agar berkurang sedikit derita yang tidak terlampau emosi.
"MACAM mana keadaan Iz? "Soal Dato Paduka Nasrol sambil tangan mencapai cawan berisi kopi.Raja Haizren memandang kearah Tashqin yang duduk di tepi kolam.
"Zal cakap masih sama dia cuba bercerita tapi Iz tak nak dengar pasal Ekin.Iz cakap dia tak nak rampas hak Abang dia."Jawab Raja Haizren sambil menyandarkan badannya.
"Zalfa tak cuba tunjuk gambar kahwin mereka? "Soal Tashriq pula lalu sama-sama terpandang kearah Tashqin yang hanya termenung.
"Nak cerita pun dia tak nak dengar apatah lagi gambar Tash.Aku pun tak tahu nak cakap macam mana berbuih mulut aku cakap dekat Iz yang aku dengan Ekin tak ada apa-apa."Jelas Raja Haizren.
Berulang kali dia menjelaskan pada adiknya bahawa semua yang dipersoalkan sudah berlalu kini jodohnya dengan Tashqin dia tidak boleh menolak.
"Hari ini Ekin tahan sikit nak juga dia jamah nasi walaupun dua tiga suap kalau sebelum ni langsung tak nak baju Iz lah jadi peneman dia."Tutur Tashriq sambil mata turut memandang kearah Tashqin yang masih memeluk erat baju suaminya.
Raja Haizren tersenyum pahit sebegitu mendalam cinta Tashqin pada Adiknya sampai hari ini Tashqib masih bersedih.Andai dahulu dia berkeras ingin menghancurkan rumahtangga Adik tirinya pasti terus sebegini Tashqin menderita.
"Sayang!" Bisik satu suara mengejutkan Tashqin pantas suara itu di cari sekeliling kawasan.
"Hurm Bie!"Jerit Tashqin mengejutkan Dato Paduka Nasrol Raja Haizren dan Tashriq pantas mereka bertiga bingkas berdiri lalu berjalan kearah Tashqin yang sudah melilau mencari seseorang.
"Sayanggg!!"
"Bie ke tu?"Soal Tashqin sendirian sambil mata melilau mencari suara panggil itu.
"Sayanggg.."
"Bie dekat mana?"
"Ekin! "Sapa Tashriq lalu memegang adiknya daripada bergerak kearah hadapan.Raja Haizren memandang kearah Tashqin yang kelihatan lemah.
"Suami Ekin panggil Ekin tadi."Ujar Tashqin seakan budak kecil.Tashriq menarik Ekin supaya duduk pantas Tashqin menuruti arahan abangnya.
"Ekin Suami Ekin tak ada."Tutur Dato Paduka Nasrol lalu merapati anak bongsunya.
"Dia adalah Baba tadi dia panggil."Nafi Tashqin pantas Raja Haizren mengundur kebelakang.Kelakuan Tashqin meremukkan hatinya dia harus mengembalikan insan yang sangat dicintai Tashqin.
"Kak Reen! Maa! "Jerit Tashriq pantas Datin Paduka Tasneem dan Nazreen berjalan keluar sambil mata terpandang kearah Tashqin yang resah.
"Sayang Ekin jom masuk."Pujuk Datin Paduka Tasneem lalu memapah anaknya dibantu oleh Nazreen.Tashriq memandang kearah Raja Haizren yang sudah tersandar di dinding.
Kehilangan insan yang bermakna telah membuatkan hilangnya sebuah senyuman ketawa dan kekuatan untuk menempuh hari yang semakin mencabar.
Share this novel