" Tolong! "
" Tolong! "
"Aku dekat mana ni? "Soal Tashqin sambil mata memandang sekeliling yang gelap gelita tanpa sebarang cahaya terang.
"Iz tolong Ekin!"Jerit Tashqin apabila matanya terpandang kearah Raja Haizran yang sudah tersungkur di tolak seseorang.Hujung bibirnya berdarah dikesat perlahan-lahan.
"Kau patut mati! "Sepucuk pistol dihalakan oleh Raja Haizren pada Raja Haizran yang terkejut dengan tindakan abang tirinya.Tidak menyangka lelaki bernama Raja Haizren tidak berhati perut sebegini.
"Bunuhlah Ekin kalau Abang nak sangat Ekin mati !"Jerit Tashqin yang melulu kearah Raja Haizran pantas tunangnya menolak tubuh itu ke tepi.
DUMMM
Nadirah Tashqin membuka mata setelah lebih tiga minggu koma tidak sedarkan diri selepas di langgar oleh seseorang.Nafasnya turun naik sambil mata memandang sekeliling mencari Raja Haizran.Raja Haizran sudah mati atau dia hanya mimpi?
Seorang Doktor wanita yang bernama Rozita masuk kedalam bilik pantas bibirnya mengukirkan senyuman manis apabila terpandang kearah Tashqin yang sudah sedar dari koma.
"Alhamdulillah Cik Ekin dah sedar?"
"Sedar?"
"Awak hampir sebulan koma tapi Alhamdulillah ini semua kuasa dari Tuhan awak sedar dari luar jangkaan kami."
"Saya jatuh saja tak akan sampai koma."
"Hentakkan kuat dekat kepala awak itu yang membuatkan awak koma."
"Okey I want to check you."Pinta Doktor Rozita sambil tangan diletakan kedada Tashqin.Tashqin hanya memandang tindakan Doktor Rozita sesekali matanya memandang kearah sekeliling bilik yang sunyi tanpa pelawat atau penemannya.
"Alhamdulillah semua baik-baik belaka Cik pun tak ada hilang ingatan sebab Cik ingat kejadian yang belaku kan?"Soal Doktor Rozita membuatkan Tashqin tergelak masakan terjatuh sedikit hilang ingatan pula.
"Bukan setakat tak hilang ingatan tapi hati yang sakit pun tak hilang.Ingatkan hilang ingatan boleh jugak hilangkan memori duka dalam jiwa."Seloroh Tashqin menyebabkan Doktor Rozita ketawa melihat telatah pesakitnya yang luar biasa kuat.
"Dalam sakit sakit sempat berlawak."Sampuk Datin Paduka Tasneem lalu melangkah masuk kedalam bilik anaknya.
Kejadian yang telah terjadi kepada Tashqin membuatkan mereka ahli keluarga mengambil tindakan pada individu yang tidak bertanggungjawab.
"Mama."Tangan Mamanya di capai pantas Datin Paduka Tasneem mencium dahi anaknya penuh kasih.Alhamdulillah anaknya sudah sedar dari koma dia yakin Tashqin kuat menempuh ujian.
Raja Haizran yang paling risau melihat keadaan Tashqin katanya sebab dia sibuk melayan kawanya dalam talian sampai tunang sendiri koma namun keluarga Tashqin tidak menyalahkan Raja Haizran perkara sudah terjadi hanya redha terpahat di hati suci.
"Datin Cik Tashqin dalam keadaan yang baik cuma perlu berehat jangan tertekan sekiranya sakit kepala atau rasa berdenyut sila beritahu saya.Saya minta diri dulu."Ujar Doktor Rozita lalu melangkah keluar daripada bilik.
Tashqin memandang kearah Mamanya yang tersenyum manis."Ekin rehatlah Mama teman kejap lagi Iz datang."
SURAT khabar di lemparkan keatas meja pantas Raja Haizren mencapai surat khabar tersebut lalu membaca berita yang terpapar besar di muka hadalan khabar.
JERAT PERCINTAAN BEKAS MENANTU KINGS HOLDING DI TALI GANTUNG
"Apa! Thalia mati?"Soal Raja Haizren terkejut pantas surat khabar dilemparkan kembali.
Semua perkara yang telah terjadi adalah mustahil belaka tidak adakah semua kebenaran soal hati yang terpaksa menerima cinta lain?
"Masalah Thalia dah selesai.So Bonda nak kamu berkahwin dengan Tashqin."Pinta Puan Marina pantas Raja Haizren bingkas berdiri memandang kearah Bondanya yang sudah tersengih.
"Bonda! Bonda mabuk ke khayal ni?"Raja Haizren menepuk pipi Bondanya yang masih tersengih dengan ideanya untuk merebut harta Dato Paduka Nasrol pula.
Seandainya dari awal dia menerima Tashqin pasti hal sebegini tidak terjadi.Dia masih mengharapkan harta bekas suaminya namun segalanya hancur.
"Benda Zen merepek ni? Bonda okey Bonda nak Zen ikut cakap Bonda."Pinta Puan Marina lagi berkeras ingin anaknya kembali pada bekas kekasih yang ditinggalkan dahulu.
"Tapi Iz kan tunang dia."Ujar Raja Haizren seakan mengalah walhal hatinya memberontak apabila tiada pun kelibat Tashqin ingin melawatnya sesama dia kemalangan tiga minggu lepas.
Malahan sampai sekarang berita tentang Tashqin tidak didengari olehnya bahkan adik tirinya jua tidak terlihat batang hidung sudah hampir sebulan.
"Baru tunang belum kahwin."Kata-kata Puan Marina menyedarkan Raja Haizren dari khayalan yang panjang.
"Zen yang Bonda kenal bukan cepat mengalah Bonda yakin anak tunggal Bonda boleh mengembalikan Tashqin dalam hidup Zen."Tutur Puan Marina yakin tanpa sedikit pun rasa getar dihati dan akibat atas perbuatannya.
Raja Haizren memandang kearah Bondanya pantas kepala dianggukkan sambil memikir rancangan untuk dia terus memujuk Tashqin kembali kepadanya dengan berbagai cara malahan terpaksa bergadai nyawa sekali pun.
"Zen minta maaf sebab tinggi suara dekat Bonda malam tu."Ucap Raja Haizren membuatkan Puan Marina mengukirkan senyuman dia tahu anaknya marah namun hatinya sangat kecewa dengan kejadian yang terjadi.Tak pasal-pasal dia terpaksa menerima cucu percuma.
"Bonda maafkan tapi dengan syarat pujuk Tashqin jadi isteri Zen."Pinta Puan Marina pantas Raja Haizren mengangguk laju dia akan lakukan apa sahaja.
"Zen pergi dekat Hospital Raub.Ekin ada dekat situ."Tutur Puan Marina lagi sambil mata memandang kearah surat khabar yang tersedia di atas meja.
"Ekin kenapa Bonda?"Soal Raja Haizren terkejut rupanya ada perkara tidak elok berlaku terhadap Tashqin pantas Raja Haizren bingkas berdiri.
"Ekin ja.."Belum sempat Puan Marina menghabiskan ayatnya Raja Haizren segera melulu keluar dari rumah.Puan Marina tersenyum sendiri dengab rancangannya untuk merebut harta Tashqin pula.
Share this novel