Setiap dendam yang tersemat masih belum terhapus dari niat dihati.Kehadirannya kini ingin menarik kembali anaknya untuk mengikut setiap telunjuknya sampailah dia mencapai keinginan dan manusia yang dibenci menderita sepertinya.
Hari ini semua ahli keluarga berkumpul ingin berbincang tentang pernikahan Tashriq dan Natasha.Ahli keluarga Tan Sri Raja Haidar turut mengikuti pembicaraan tersebut tidak kecuali Raja Haizren yang bakal berangkat ke luar Negara.
Tashqin melabuhkan punggung dihadapan suaminya yang sudah mengenyitkan mata memandang kearahnya pantas Tashqin menjeling kearah suaminya yang rancak melayan Batrisya anak Nazreen.
Nasuha yang terpandang kearah adiknya terus mencuit Nazreen yang turut sekali memandang kearah adiknya.Ahli keluarga sibuk membelek majalah perkahwinan yang ingin dipilih mereka berdua sibuk beromantik di sini.
"Ehem.. Tak cukup dekat bilik ke?"Sapa Nazreen pantas semua ahli keluarga memandang kearah Tashqin dan Raja Haizran yang sudah memandang sesama sendiri.
"Reen biarlah mereka tengah bahagia."Tutur Puan Sri Fadilla lalu memandang kearah Datin Paduka Tasneem yang hanya tersenyum manis.
"Zen ada orang nak jumpa."Sapa Fareez lalu berjalan kearah isterinya Nasuha sempat tangannya mencuit pipi comel Batrisya yang ralit bermain mainan di lantai.
Raja Haizren memandang kearah seorang wanita berumur yang lengkap bertudung labuh yang masih menunduk pantas bahu adik tirinya dicuit.
Tan Sri Raja Haidar dan isterinya turut memandang kearah kelakuan anaknya yang berjalan kearah wanita berumur itu.Puan Marina mengangkat wajahnya memandang kearah anaknya yang berubah reaksi wajahnya.
"Zen Bonda minta ampun dengan Zen atas segala kesalahan Bonda pada Zen."Ujar Puan Marina mencapai tangan anaknya pantas Raja Haizren menjauhkan diri.
Semua ahli keluarga bingkas berdiri memandang kearah Puan Marina malah Puan Sri Fadilla memandang kearah suaminya yang sudah mengeluh panjang.
Tashqin memandang kearah keluarganya yang sudah memandang sesama sendiri.Raja Haizran menghampiri Puan Marina dan abang tirinya pantas bahu lelaki itu di pegang.
"Kenapa Bonda datang sini?"Soal Raja Haizran sambil mata memandang kearah penampilan Bondanya yang terlampau lusuh.
"Iz Bonda minta ampun dengan Iz Bonda salah dalam ha.."
"Iz jangan aku tahu dia siapa."Kata-kata Raja Haizren mengejutkan semua namun tidak pada Tan sri Raja Haidar dia sudah mengetahui segala kebenaran selama ini dia buta , buta melihat segalanya.
"Aku tak fa.."
"Iz ni aku bawakan."Sapa Zalfa Afnan lalu menolak tubuh seorang wanita kehadapan Raja Haizran.
"Razia?"Soal Tashqin yang sudah terkejut dengan kehadiran pelajar suaminya pantas lengan suaminya dicapai.
Semua memandang pelik ke atas kehadiran Razia yang tidak dikenali langsung kecuali Tashqin dan Raja Haizran yang mengenali siapa Razia tetapi apakah sebab dia diheret kesini dengan kehadiran Puan Marina yang misteri.
"Saya datang nak.."Tutur Razia gagap apabila matanya terpandang kearah renungan Puan Marina dia terasa gugup.
"Nak apa Razia?"Jerkah Raja Haizran terkejut Razia yang masih berbelah bahagi ingin berkata jujur.
"Nak cakap saya punca Iz kemalangan."Jujur Razia membuatkan Puan Marina sudah kecut perut pantas langkah diatur ingin keluar nasib ditahan oleh Zalfa yang sudah berdiri dimuka pintu.
"Hah?"Semua ahli keluarga sudah melolong mulutnya terkejut dengan kata yang dilontarkan oleh Razia.
"Sejak Encik Fad masuk mengajar saya diupah oleh Puan Marina untuk mengoda Encik Fad sampailah untuk membuang brek kereta En.."
"Kau memang tak guna!"Pekik Raja Haizren mengejutkan semua orang pantas Raja Haizran Tashriq dan Fareez memegang badan Raja Haizren dari bertindak diluar batasan.
Nazreen dan Nasuha sudah memeluk Tashqin yang masih kaku memandang kearah Razia yang turut memandang kearahnya.
"Kau datang dalam keluarga aku kau menyamar sebagai mak kandung aku padahal kau langsung tiada pertalian darah dengan aku!"
Raja Haizran melepaskan pegangan lalu memandang kearah Papa dan Mummynya minta perjelasan pantas wajah Tashqin yang segera kearahnya.Baru sebentar tadi Razia mengaku segalanya kini dia berhadapan dengan kebenaran yang menjerat diri.
Zalfa menghulurkan sampul surat yang mengandungi segala butir peribadi Puan Marina pantas di rampas oleh Raja Haizran lalu di buka.Tashqin memandang kearah surat yang telah di keluarkan sambil bibir membaca setiap butiran.
"Iz tak faham habis depan kita ni siapa?"Soal Raja Haizran lalu memberi surat kepada Tashqin yang sudah mengerutkan dahinya memahami pantas Nasuha dan Nazreen yang mendukung Batrisya menghampiri adiknya.
Datin Paduka Tasneem memandang kearah besannya yang sudah terduduk lemah.Puan Sri Fadilla cukup terkejut dengan berita yang telah disampaikan oleh anak tirinya.
"Marina Binti Jasoh telah berkahwin dengan Raja Haidar tetapi hubungan mereka tidak mendapat persetujuan daripada Dato Sri Raja Hamzah serta merta hidup mereka merempat sehinggalah mereka di kurniakan seorang zuriat.
Marina berkenalan dengan Marry atau nama sebenarnya adalah Marina Maznah seorang mak ayam yang merupakan ketua GRO.Sejak berkenalan tulah Marina berubah segala keperluan Papa kau dia tak sediakan sampailah satu hari Papa kau buat keputusan kalau selangkah Marina ni keluar rumah talak tiga jatuh."Cerita Zalfa panjang lebar.
Semua ahli kelurga setia mendengar walaupun sesekali mereka memandang sesama sendiri.Puan Marina sudah tidak tentu arah semua yang berada disitu dipandang bengis ingin melarikan diri tetapi telah ditahan.
"Marina ni degil tetap juga nak keluar.So dia pun keluar dan teruskan hidup sebagai GRO sampailah dia disahkan HIV positif tapi sebelum dia meninggal dia sempat pesan dekat Mak ayam yang dia nak Mak ayam ni balas dendam dekat Raja Haidar dan ambil segala harta."
"Mana kau tahu ni Zal?"Soal Raja Haizran memandang kearah sahabatnya yang merupakan seorang anggota polis.
"Aku dah siasat dari awal lagi sampailah kau pindah dekat Pahang dan Kak Za tu spy aku dekat sana."Jelas Zalfa Afnan membuatkan semua memahami apa yang telah terjadi dan kini mereka hampir berhadapan dengan seorang manusia bertopengkan binatang.
"Aku dah jelaskan dekat kau sebelum ni tapi aku hanya dapat separuh inform sahaja.Lepas kau kemalangan aku dapat semua kebenaran sampailah aku berjumpa dengan Razia ni dan aku telah ceritakan semuanya dekat ahli keluarga kau."Jelas Zalfa lagi lalu memandang kearah ahli keluarga yang telah mengangguk.
Puan Marina memandang kearah Raja Haizren dia tetap dengan pendiriannya ingin memujuk Raja Haizren memberikan sedikit wang kepadannya.
"Terima kasih sebab telah mengaku sebagai mak saya.Zal bawalah dia ke balai."Pinta Raja Haizren lalu berjalan kearah Papanya.
"Zen ni Bonda tolonglah Zen!"Jerit Puan Marina meronta-ronta pantas Zalfa memanggil anggota polis lain untuk masuk kedalam rumah dan menangkap Puan Marina.
Razia hanya mendiamkan diri namun matanya masih terpandang kearah Tashqin pantas langkah di hentikan."Puan saya min.."
"Saya dah lama maafkan awak."Potong Tashqin lalu memandang kearah suaminya yang turut tersenyum.
"Razia ikut saya ke balai untuk beri keterangan."Pinta Zalfa pantas Tashqin memeluk erat tubuh Razia.Dia tahu segala yang terjadi bukan niat Razia dia hanya menuruti segalanya namun dia telah tersilap percaturan hidup.
Raja Haizran memeluk erat tubuh Puan Sri Fadilla yang telah bersyukur akhirnya tiada siapa mampu menganggu dan mengacau setiap kebahagian yang akhirnya tidak seperti yang diingininya.
Share this novel