Setiap insan menginginkan kebahagian yang kekal abadi tetapi sebuah kebahagian itu hanya menjaminkan derita kehilangan cinta antara mereka.
Setelah mendapat berita yang hampir menghilangkan separuh nyawa Tashqin apabila melihat tubuh kaku suaminya yang terbaring hanya wayar yang bersirat dibadan serta luka dikepala.
Ibu mentuanya masih tidak sedarkan diri setelah mengetahui berita kemalangan Raja Haizran.Kini Puan Sri Fadilla dijaga oleh suaminya serta masih di pantau oleh Doktor kerana tekanan darahanya rendah.
Tashqin memandang kearah suaminya sambil sebelah tangan mengusap lembut tangan yang kaku.Tashqin berharap andai lelaki ini sedar dia bakal mendapatkan kembali sebuah kebahagian selamanya.
"Saya hanya ingin memiliki awak sebab seluruh hati saya amat mencintai awak dan separuh jiwa sangat hanya untuk awak."Setitis air mata mengalir kepipi pantas diseka perit.
Perlahan-lahan mata Raja Haizren di buka.Berkerut keningnya menahan rasa silau cahaya lampu pantas matanya terpandangkan seorang wanita yang basah dengan air mata disisinya.
"Awak buat apa dekat sini?"Soal Raja Haizran mengejutkan Tashqin pantas air matanya dikesat.
"Bie.."
"Awak girlfriend Zen kan?"Tashqin tersentak apabila suaminya tidak mengingatinya malahan dalam fikiran suaminya dia adalah kekasih Raja Haizren.
"Bie Ekin isteri Bie kita dah setahun bernikah dan ni anak kita."Ujar Tashqin dalam sebak yang tidak tertahan lagi sambil tangan mengusap lembut perutnya.
Raja Haizran mengeleng tidak percaya dengan kata kekasih Abangnya itu dan dia bukan perampas kebahagiaan Abangnya.Wanita dihadapannya kini mengandungkan anaknya mengarut.
"Awak merepek apa? Awak dengan Zen lah tak akan saya nak rampas hak Abang saya."Bantah Raja Haizran sambil mata memandang kearah Tashqin yang sudah mengelengkan kepalanya.
"Buat apa Ekin nak tipu Bie Ekin ada surat nikah kalau Bie nak tengok nanti Ekin bawa."Desak Tashqin menginginkan sebuah kepercayaan sambil tangan mencapai lengan suaminya.
"Tolonglah jangan buat cerita jangan buat surat nikah.Kau silap orang ni.Tolong keluar!"Tangan direntap kuat membuatkan Tashqin tersentak melihat kekasaran suaminya.
"Bie jan.."
"Keluar! "Jerit Raja Haizran kuat membuatkan seorang Jururawat bergegas masuk kedalam bilik.Tashqin bingkas berdiri memberi laluan pada Jururawat untuk menguruskan suaminya.
Raja Haizren berhenti dibelakang adik iparnya sambil mata memandang kearah adiknya yang sedang dirawat oleh Jururawat.
"Ekin kenapa?"Soal Raja Haizren membuatkan Tashqin berpaling laju air matanya mengalir.
"Kak Za.."Panggil Raja Haizren pantas Puan Zara menghampiri mereka berdua namun pandangannya jatuh pada Tashqin yang sudah teresak menangis.
Tubuh Tashqin dipeluk erat sambil menarik tubuh Tashqin kearah kerusi yang telah disediakan.Zalfa menghampiri Tashqin yang kelihatan lemah itu.
"Ekin ni barang Zen yang kami jumpa dekat tempat kejadian aku serahkan dekat kau.Pasal kemalangan masih dalam siasat nanti aku inform kau. Aku pergi dulu."Zalfa berjalan kearah pintu keluar sempat anggukan diberikan pada Puan Zara.
Plastik berisi barang suaminya dipeluk kemas seakan mimpi segala kejadian ini terjadi dia baru sahaja bersalaman dan mengungkap kata cinta tak akan semudah itu suaminya lupa akannya.
"Iz dia isteri kau!"Ujar Raja Haizren geram namun dia sedar adiknya kini hilang ingatan seandainya dia berkeras segalanya tetap sama.
Puan Zara memandang kearah Tashqin apabila terdengarkan suara Raja Haizren sebentar tadi pantas hatinya luluh dengan berita yang didengarinya.
"Dira kuat Akak tahu Dira kuat."Pujuk Puan Zara sambil memeluk erat tubuh Tashqin yang sudah teresak-esak.
"Sampai bila Dira kena hadap perkara ni Kak? Sampai anak dalam kandungan ni besar atau sampai Dira kena kehilangan dia buat selamanya."Ujar Tashqin sayu.
"Tak baik cakap macam tu.Ingat segala yang terjadi bersebab Inshallah satu hari nanti suami Dira akan ingat balik dekat Dira."Ujar Puan Zara memberikan kekuatan pada jirannya yang dianggap macam adik sendiri.
Seorang Doktor keluar bersama Raja Haizren yang masih memandang kearah adiknya yang telah lelap tidur pantas wajah dipaling kearah Doktor bernama Redzuan.
"Encik Haizran hilang ingatan dia hanya ingat kejadian ketika di Perth sahaja manakala kejadian yang baru terjadi dalam hidupnya dia tidak akan ingat."Perjelasan Doktor Redzuan membuatkan perut Tashqin terasa sakit bagai dicucuk duri yang pedih.
"Sampai bila?"
"Sampai diri dia sendiri akan ingat semuanya."
"Terima kasih Doktor."Raja Haizren bersalaman dengan Doktor Redzuan sebelum memandang kearah Tashqin yang sudah pucat disisi Puan Zara.
"Ekin? Awak okey? "Soal Raja Haizren membuatkan Puan Zara memegang tubuh Tashqin yang lemah dan pucat tanpa darah.
"Zen. "Jerit Puan Zara apabila terpandang akan darah yang menitik ke lantai.Raja Haizren segera memanggil kearah Jururawat yang bertugas untuk merawat keadaan Tashqin yang lemah.
"Zen Ekin mana?"Soal Nazreen setelah sampai dihadapan Raja Haizren yang sudah berpeluk tubuh.Puan Zara sudah memejamkan matanya laju air mata mengalir kepipi.
"Ekin de..kat da.."Tubuh Raja Haizren lemah hatinya tidak sanggup melihat kesedihan yang dialami oleh Tashqin.Cukuplah selama ini dia telah mengecewakan Tashqin dia tak sanggup Tashqin melalui perkara yang sama hari ini.
'Kau kuatkanlah hati insan yang aku sayangi untuk menempuh segala ujian yang berat ini.Selamatkanlah anak mereka.'Doa Nazreen dalam hati sambil mata memandang sekeliling kawasan Hospital.
Share this novel