Orang kampung sibuk menyediakan segala juadah untuk di jamu pada tetamu hari esok.Suasana yang sangat meriah terdengar suara riuh rendah ditambah pula bunyi deras air sungai yang mengalir.
Raja Haizren memarkir kereta di tepi jalan memandang mereka terpaksa menyeberang kerana jalan terlalu sempit hanya muat sebuah kereta sahaja yang lalu.
Tashqin berjalan sambil memegang lengan Raja Haizren kearah rumah yang meriah dengan suara orang kampung.
"Cucu kome dah sampai!"Jerit Haji Abu Bakar cepat-cepat Tashqin melepaskan pegangannya takut nanti Haji Abu Bakar membebel melihat kelakuan buruk cucu kesayangannya.
Tangan tua Atoknya di cium Tashqin diikuti oleh Raja Haizren yang segera di peluk Haji Abu Bakar."Tok sihat ke?"Soal Tashqin sambil tersenyum.
"Ginilah Dira.Tuan maaf lah suasana kampung memang macam ni kalau kenduri tu meriah amat."Ujar Haji Abu Bakar risau kalau orang ternama tidak selesai dengan suasana kampung.
"Eh tak apa lah Tok panggil Zen je. Zen tak kisah suasana macam ni lah seronok."Tutur Raja Haizren sambil tersenyum manis.
"Pak Abu aok nok kone te weh?"Jerit Samad yang sedang sibuk mengacau rendang.Raja Haizren memandang kearah Tashqin yang beriak bersahaja.
"Tok kone2 nye, kas saje berjalan ke pasor tadi."Sakat Haji Abu Bakar membuatkan Tashqin berdekah ketawa manakala Raja Haizren tak faham apa yang kelakar.
"Aok ni pun tanya macam kas ni nok lari.Kas jemput cucu kas ni ha.Moh lah Zen masuk ada makanan tu makanlah tentu aokme berdua lapor."Jemput Haji Abu Bakar lalu berjalan kearah orang kampung yang berewang.
Raja Haizren memandang kearah Tashqin."Abang duduk dulu Sayang nak jumpa Inas kejap."Pinta Tashqin lalu berjalan kearah sebuah rumah lagi.
Raja Haizren memandang sekeliling lalu tersenyum kearah orang kampung yang memandang kearahnya.Tiada seorang pun yang dia kenali malahan tiada seorang pun ahli keluarga Tashqin mungkin mereka berada di dalam rumah atas belakang rumah.
"Aok mende kelakornya sekarang ni?"Raja Haizren memandang kearah dua orang kampung yang rancak berbual di sebelahnya sambil mata terkebil-kebil tak faham.
"Koi gini lah gayanya, dok noreh jek la"Mereka berdua ketawa sendiri.Raja Haizren mengaru kepalanya yang tidak gatal sambil mata memandang kearah rumah sebelah mencari kelibat Tashqin.
"Aok doh minum ker?"Soal Mamat kearah Raja Haizren yang hanya membatukan diri.
"Kejap lagi saya minum."Jawab Raja Haizren mengawal bahasanya.
"Orang Kuala Lumpur yek aok ni.Maaf ler kalau aok tak faham cakap kome."
"Saya faham sikit kalau laju tu susah la nak faham.Saya Zen kawan Tashqin."Raja Haizren menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
"Aok ni pakwe Dira yek?"Soal Karim pula pantas Raja Haizren mengangguk laju."Bakal menantu Hassan ni."Ujar Karim kepada mamat lalu kedua-duanya mengangguk.
Raja Haizren memandang pelik kearah kedua orang kampung Tashqin."Hassan tu nama panggil kat kampung ni.Biasa lah yek kalau silap sikit anok ha mula lah nya tukor nama."Jelas Karim sambil menjenguk kearah orang ramai yang sibuk berkerja.
Raja Haizren hanya mengangguk walaupun mencuba memahami serba sedikit Loghat Pahang walaupun Loghat Pahang mudah tetapi apabila seseorang itu berloghat laju agak sukar untuk difahami.
"Pergi jamoh lauk dalam periuk tu makan tentu aokme laporkan kome nok yambung wat kerje."Karim berjalan kearah kemas di seberang jalan.
"Zen sampai dah? "Dato Paduka Nasrol menghampiri bakal menantunya itu.Raja Haizren segera menyalami bakal bapa mentuanya.
"Baru je sampai tadi tercari juga mana Baba dengan Tash."Tutur Raja Haizren sambil tersenyum manis lalu mengambil dua cawan air sirap.
"Baba dekat belakang tadi tolong orang mesin kelapa.Mana Ekin dan Sue?"Soal Dato Paduka Nasrol sambil memandang ke sekeliling.
"Ekin jumpa Inas dekat dalam.Sue tak sampai lagi dia lambat sikit tadi."Ujar Raja Haizren menafikan kelambatan Nasuha dan Fareez walhal mereka bergerak dahulu tadi.
"Makanlah dulu nanti Zen pergi Chalet parkir kereta kat situ saja senang nanti esok jalan kaki sebab susah parkir sini."Cadang Dato Paduka Nasrol sambil tersenyum manis.
"Dekat mana Chalet tu Ba?"
"Atas tu saja dekat nanti kalau kamu nak mandi sungai ha belakang Chalet tu ajak lah Ekin dia tahu dulu tempat diaorang bermain."Cerita Dato Paduka Nasrol pantas Raja Haizren mengangguk.
"Ba maaf kami lambat."Sapa Nasuha tercunggap-cunggap bernafas akibat berlari daripada seberang jalan meninggalkan Fareez yang masih geram dengan kelakuan kekasihnya.
"Sue ada hal tadi dengan Fareez mana Ekin? "
"Dekat dalam."Jawab Raja Haizren pantas Nasuha berjalan kerumah sebelah.
Dato Paduka Nasrol dan Raja Haizren memandang kearah Fareez yang hanya tersenyum paksa apabila ditinggalkan oleh Nasuha pantas mereka berdua memandang sesama sendiri.
Share this novel