Apabila diri terbiasa bersikap tegas dengan orang disekeliling tidak bermaksud tegas dengan orang yang di cintai.
Raja Haizren menyemak fail lantas butang interkam di tekan kasar."Ainul panggil Liyana masuk!"Arahnya tegas lantas fail di semak sekali lagi.
Pintu diketuk."Masuk!"Jerit Raja Haizren kuat.
Liyana berjalan masuk perlahan-lahan.Hatinya gementar memikirkan kemarahan yang bakal meletup sebentar lagi.
"Awak hantar laporan apa ini?"Jerkah Raja Haizren sambil menyelupkan kedua-dua belah tangan kedalam poket seluar.Liyana hanya mengigit bibirnya tanpa menjawab pertanyaan bossnya.
"Laporan sampah macam ini patutnya di situ tempatnya."Raja Haizren mencampak fail ke dalam tong sampah.Terhenjut bahu Liyana terkejut dengan tindakan majikannya itu.
"Kalaulah dalam seribu Aku dapat perkerja macam kau boleh lingkup Syarikat aku! Kau reti ke tidak buat kerja sekarang ni? Kalau kau rasa susah nak ikut arahan aku kau boleh keluar!"Jerkah Raja Haizren lagi.
Liyana terkejut sekali lagi apabila di herdik sebegitu malahan hatinya terasa dengan kata-kata majikannya yang sememangnya seorang yang tegas dan berdisplin akan tetapi perkara yang telah terjadi atas kesalahannya memang patut dia dimaki sebegitu kerana dia menyiapkan laporan last minit.
Raja Haizren mencerlung memandang kearah pekerjanya yang sering kali mendidihkan hatinya."Tuan ini.."
"Siapa benarkan kau masuk bilik aku tanpa izin?"Maki Raja Haizren kuat.Ainul terdiam apabila di jerkah sebegitu kuat lantas kepala dianggukkan.
"Maafkan saya Tuan."Ucap Ainul sambil berdiri tegak di muka pintu.
Raja Haizren memandang tepat kearah Ainul lantas mengangkat tangan kanan jari telunjuk tepat ke wajah Liyana.
"You are fired!"
Liyana mengangkat mukanya memandang wajah majikannya dan Ainul kawan baiknya.Lemah segala urat sendinya apabila mendengar dirinya dipecat.
"I am Sorry. "
"Get out!"Halau Raja Haizren lalu melabuhkan punggung di atas kerusi tanpa memandang kearah pekerja yang baru dipecatnya berjalan keluar dari bilik.Ainul hanya memandang tanpa kata namun hatinya turut bersimpati dengan kejadian yang langsung tidak terduga.
Ainul perlahan-lahan mengetuk pintu."Yes anything?"Soal Raja Haizren lantas mengawal nada suaranya.Ainul berjalan kearah meja majikannya yang sedang meraut wajahnya.
"Im sorry Tuan.Saya hanya ingin mengingatkan Tuan tentang jemputan Majlis kesyukuran Dato Paduka Nasrol hari esok."Jelas Ainul sedikit gementar apabila berhadapan dengan ketegasan majikannya itu sebentar tadi.
Raja Haizren mengangkat wajahnya memandang pekerjanya itu lantas kepala dianggukkan."Thank You esok saya akan pergi tapi dekat mana majlis diadakan?"Soal Raja Haizren lantas mencapai telefon bimbitnya.
"Hotel Mestica Tuan.Ada apa-apa lagi?"Soal Ainul apabila melihat anggukan majikannya itu.
"Encik Iz dah masuk kerja? Papa?"Soal Raja Haizren sambil memandang wajah Ainul yang sudah menelan air liur.
"Tan sri main golf dengan Dato Nasrol.Encik Iz dah keluar katanya hari ini separuh hari."
"Siapa benarkan dia keluar? Dia tak inform apa-apa dekat saya? Jangan buat Syarikat ini macam Hotel ! "Bantah Raja Haizren wajahnya sudah memerah menahan amarah.
"Awak boleh keluar."Arah Raja Haizren cepat-cepat Ainul melangkah keluar lantas pintu bilik ditutup rapat.
Satu keluhan kasar dilepaskan kesal dengan sikap adik tirinya yang terlalu bebas keluar masuk pejabat tanpa kebenarannya.
Telefon Bimbit dicapai lantas tangan mendail nombor telefon Haizran namun tidak kedengaran bunyi.Panggilan dimatikan lantas telefon diletak kasar keatas meja.
"Kau betul-betul cabar aku Iz!"
Share this novel