"Walau siapa pun yang cuba menghalang Abang untuk memiliki Sayang, Abang tetap akan mempertahankan hubungan walaupun Abang terpaksa membuang segalanya demi Sayang."
Tashqin melontarkan pandangan ke arah tingkap Hospital laju air matanya mengalir.Tiada suatu pun perasaan gembira yang tergambar hanya perasaan hampa dan kecewa di khianati cinta.
Segala janji yang telah di lontarkan oleh Raja Haizren tergiang-giang di telinganya.Perit mencintai dengan sepenuh hati segalanya adalah takdir dia harus rela melepaskan walau pun terpaksa bangkit semula demi cinta.
Raja Haizran meletakkan plastik berisi buah-buahan sambil mata memandang kearah Tashqin yang tegak berdiri di hadapan tingkap.
Raja Haizran ingin melangkah kearah Tashqin namun pantas kakinya terlanggar tong sampah.Bunyi tersebut mengejutkan Tashqin pantas tubuh di palingkan memandang kearah Raja Haizran yang sudah tersenyum.
Senyuman Raja Haizran mati apabila terlihat wajah Tashqin yang merah dengan air mata yang mengalir laju.
"Hey janganlah menangis."Pujuk Raja Haizran lalu berjalan kearah Tashqin yang sudah teresak menangis.
"Kenapa jadi macam ni dekat saya?"Tashqin mempersoalkan takdir yang telah tertulis untuknya bahawa dia telah kehilangan insan yang di sayangi sepenuh hati.
"Sebab Allah tahu awak kuat.Syhh jangan sedih nanti tak comel dah."Raja Haizran mengesat air mata Tashqin namun Tashqin masih jua menangis.Raja Haizran mencari idea ingin memujuk wanita yang dicintai.
Tiba-tiba Raja Haizran teringat akan sesuatu."Pak atan ada kucing nama dia Bingo B.I.N.G.O"
Tashqin ketawa sambil mata melihat kearah Raja Haizran yang tidak bersalah namun hatinya terusik dengan layanan baik lelaki dihadapannya.
"Awak ingat saya budak kecil ke?"Tashqin ketawa sambil tangan mengesat air mata.
"Sebab saya bukan seorang yang sweet saya tak reti nak berchia chia tapi saya suka pada tengok cerita kanak-kanak sebab boleh hilangkan stres."
"Peliknya awak ni."
Raja Haizran terdiam sambil mata memandang kearah Tashqin."Awak kuat demi membuktikan yang awak boleh hidup tanpa dia janji dengan saya?"
Tashqin merenung wajah Raja Haizran mencari sebuah ke ikhlasan di mata coklatnya."Kenapa sekarang awak hadir dalam hidup saya?"
"Sebab saya tak pernah jumpa pencinta seperti awak."Puji Raja Haizran sambil berjalan kearah sofa yang berdekatan lalu melabuhkan punggungnya.
"Siapa jadi isteri awak mesti dia akan bahagia dapat suami yang berterus terang macam awak."Tashqin tersenyum manis sambil memandang kearah Raja Haizran.
"Awak lah orang tu."
"Abang ni."Tashqin tersedar dia terlajak kata namun wajah Raja Haizren terlayar di mindanya cepat-cepat di buang jauh.Wajah Raja Haizran dipandang bersalah.
"Saya minta maaf saya tak sengaja."
"It's okey saya faham.Bukan mudah untuk melupakan seorang yang bermakna dalam hidup kan."Raja Haizran pasrah dia harus menerima bahawa tiada ruang dihati wanita itu untuknya.
"Sekarang dah tak ada makna untuk saya ingat."Ujar Tashqin lalu menghampiri Raja Haizran yang setia memandang kearahnya.
"Mummy kirim salam dekat awak dia tak sempat nak jenguk awak."Raja Haizran mengubah topik tidak ingin Tashqin terus-menerus mengingatkan abang tirinya.
"Mummy awak tak pernah kenal saya kenapa dia baik sangat dengan saya?"Soal Tashqin hairan dengan penerimaan Puan Sri Fadilla yang tidak pernah di jumpanya sepanjang dia meningkat dewasa.
"Buat apa Mummy nak hukum awak? nak judge awak kalau dia sendiri pun tak sempurna."
"Sebab tu awak baik."
"Ekin."
"Saya bukan saya mak masuk campur urusan awak tapi saya nak minta maaf dengan awak atas kelakuan abang saya."
"Kenapa awak yang kena minta maaf awak tak pernah salah.Awak jangan baik macam ni saya pula rasa bersalah."
"Seperti yang saya cakap dahulu kalau kata maaf ini mampu mengubat rasa sakit hati awak saya takkan pernah berhenti menyebut kata maaf dari hati saya."
Tashqin terdiam mendengar kata-kata Raja Haizran sambil mata mereka bertautan jelas tergambar keikhlasan yang Tashqin inginkan ada di mata lelaki itu.
"Jom makan saya dengar awak dari semalam tak makan."Ujar Raja Haizran mencapai bekas berisi bubur nasi.
"Saya tak ada selera."Tashqin berpaling kearah lain.
"Kalau tak cuba nak makan macam mana nak tahu ada selera ke tak ?"Pujuk Raja Haizran sambil membuka bekas berisi bubur yang di pesan oleh Datin Paduka Tasneem sebelum dia masuk kedalam bilik tadi.
Raja Haizran menghulurkan sudu berisi bubur kearah mulut Tashqin yang sudah mengeleng."Sikit saja tak banyak.Awak kena kuat sampai bila awak nak macam ni kalau awak tak makan semua yang jadi tetap akan terjadi tak boleh di putar kembali."
Berkaca mata Tashqin yang masih memandang kearah Raja Haizran.Hatinya tersentuh dengan layanan yang diberikan dia lemah kesetiaannya sudah pudar dihati.
Perlahan-lahan Tashqin membuka mulut membuatkan Datin Paduka Tasneem tersenyum diluar bilik sambil mata memandang kearah suaminya yang mengangguk.
Share this novel