"Aku terima nikahnya Nadirah Tashqin Binti Nasrol dengan mas kahwin dua puluh dua ringgit lima puluh sen tunai."Lafaz Raja Haizran.
"Sah."
"Sah."
"Sah."
"Alhamdulillah."Doa dibaca.
Raja Haizran memandang kearah Tashqin sambil bibir mengukirkan sebuah senyuman yang cukup manis buat cinta hatinya.
Kini seluruh jiwa dan raga wanita itu menjadi miliknya dan dia berjanji tidak akan sama sekali menyakiti wanita itu sehingga akhir hayat dipertahankan segalanya.
"Kau tak layak nak jadi isteri dia!"Jerkah seorang gadis berpakaian tidak terurus sambil mata nemandang tetap kearah Tashqin yang sudah berdiri.
"Apa ni Razia? Kami dah sah jadi suami isteri!"Bantah Raja Haizran pantas bingkas berdiri.
"Siapa cakap? Tak Sayang saya cintakan awak."Nafi Razia seakan tidak mampu menerima kekasihnya telah bernikah dengan wanita lain.
"Dia isteri saya yang sah."Ujar Raja Haizran lalu menarik Tashqin kedalam pelukan membuatkan Razia menyinga tubuh Tashqin di tolak jauh pantas Puan Sri Fadilla memegang tubuh menantunya.
"No!"Jerit Razia sekuat hatinya lantas mengeluarkan sepucuk pistol lalu diacu kearah Raja Haizran pantas Tashqin berlari kearah suaminya.
"Ekin"Jeritan semua tetamu terkejut dengan tindakan Tashqin yang meluru kearah Raja Haizran.
DUMM!!
Raja Haizran membuka matanya bersama nafas yang turun naik bingkas badan dibangunkan serta merta wajah Tashqin terlayar diminda.Apakah petunjuk disebalik mimpi yang baru dialaminya tadi.
Raja Haizran menjadi buntu dia harus berhadapan dengan situasi sebegini sampai dia sanggup menghancurkan cinta Abangnya sendiri walhal hatinya telah mencintai seorang wanita bernama Nadirah Tashqin.
Raja Haizran memegang kepalanya apabila dia teringat akan satu kejadian yang menemukan kembali dia dan Tashqin.Ketika dia baru membeli telefon baru tetapi seorang wanita kasar telah melanggarnya.
"Buta ke? tak nampak aku keluar tadi? otak letak mana? lutut?"
Raja Haizran memegang kepalanya yang berdenyut teringatkan dia terlalu angau selepas bertemu dengan Tashqin namun kejadian itu telah membuatkannya berniat ingin memiliki wanita itu.
"Fad angau ini.Tak apa Mummy boleh pinangkan dia untuk Fad."Cadang Puan Sri Fadilla yakin.
"Saya nak awak jadi kekasih saya."Langkah Tashqin terhenti.
"Maaf saya dah berpunya."Ujar Tashqin sebelum melangkah pergi meninggalkan Raja Fadzal yang sedang tersandar di pintu satu keluhan di lepaskan.
Raja Haizran memejamkan matanya menahan rasa sakit dikepala apabila setiap kejadian yang terjadi memasuki fikirannya yang semakin memusingkan kepalanya.
"Aba..."Langkah Raja Fadzal terhenti apabila melihat kemesraan Abangnya dengan pujaan hati kini dihadapan mata.
"Pa Iz tahu Iz cuai Iz tahu Iz selalu main-main tapi itu semua dulu sekarang Iz nak bukti pada Papa Iz boleh uruskan syarikat dengan baik.Assalamualaikum."Ujar Raja Haizran lalu melangkah pergi.
"Pukul lah kalau ni yang mampu lepaskan amarah Abang tu!" Jerit Tashqin apabila mata mereka berdua bertaut.Raja Haizran mengundur kebelakang namun matanya kaku apabila wanita yang berjaya mencuri hatinya telah membela dirinya dihadapan Raja Haizren.
"Saya bukan orang yang suka menafikan apa yang saya rasa seandainya saya mencinta saya akan jujur seandainya saya membenci saya akan pergi."Ujar Raja Haizran lalu melangkah pergi meninggalkan Tashqin yang hanya membatukan diri dihadapan keretanya.
"Sebab bukan mulut Tashqin aku berani cakap satu hari Tashqin akan sayang kau lebih dari segalanya.Kau letak dalam otak kau semua tu."Ujar Farhan lalu melangkah keluar daripada bilik Raja Haizran.
"Saya tak akan pernah kecewakan awak sampai saya mati itu janji saya."Raja Haizran mengangkat tangannya berjanji dan janji itu di pegang kemas dihati.
"Sayang!!"Jeritan Raja Haizran mengejutkan Zalfa dan Farhan yang baru sahaja ingin masuk kedalam bilik sahabatnya itu.
Segalanya telah kembali kepada asal dia kini suami kepada Tashqin dan Tashqin adalah isteri yang sah baginya tapi kemanakah Tashqin sekarang?
"Iz kau dah ingat?"Soal Farhan lalu memeluk erat tubuh sahabatnya itu.Zalfa sudah tersengih sampai ketelinga sambil memeluk tubuhnya lantas nafas dilepaskan.
"Mana isteri aku Zal?"Soal Raja Haizran lalu memandang sekeliling bilik tidurnya.Setiap kali dia memandang wajah Tashqin yang masih bermain difikirannya.
"Dia dekat rumah bapa mentua kau."Jawab Zalfa sambil mata memandang kearah Farhan yang turut memandang kearahnya.
"Aku nak balik sekarang aku tak patut tinggalkan dia."Raja Haizran berjalan kearah almari lalu mencapai beg ingin mengemaskan baju.
Sudah seminggu dia pulang dari Perth namun Raja Haizran diselubungi rasa bersalah kepada Abangnya membuatkan dia enggan mengingati segala kejadian yang telah terjadi.
"Hah?"Farhan dan Zalfa Afnan tercengang.
"Aku tinggalkan dia sedangkan Ekin tengah mengandung padahal aku dah janji tak akan pernah buat dia terluka."Ujar Raja Haizran sambil tangan lincah mengemas barang ingin kembali kepangkuan isterinya.
"Iz anak kau dah tak ada."Raja Haizran tersentak pantas wajah dipalingkan memandang kearah sahabatnya.
"Hah?"Tubuh Raja Haizran rebah cepat-cepat Zalfa dan Farhan memegang tubuh Raja Haizran yang lemah pantas kepala di gelengkan tidak percaya dengan berita yang disampaikan.
Raja Haizran bersalah dia telah melukai hati Tashqin membuat isterinya menangis dan telah membuatkan isterinya rasa sebuah kehilangan tanpa rela.
"Isteri kau gugur masa hari yang sama kau kemalangan."Jelas Farhan sambil memegang bahu sahabatnya yang sudah menunduk.
"Zal aku tak patut tinggalkan dia dia perlu kekuatan aku sekarang."Tutur Raja Haizran tersekat-sekat akibat menangis.
"Tapi kau tak ingat dia kau yang menjauhkan diri kau dari dia."Ujar Zalfa Afnan sambil bingkas berdiri.Raja Haizran mendongakkan kepalanya memandang Zalfa Afnan.
"Aku buntu Zal aku silap membuat andaian aku sebab fikiran aku celaru aku tak mampu nak ingat tentang dia."Raja Haizran meraup wajahnya yang kusut.
"Kau tak terlambat Ekin setia tunggu kau."Farhan menghulurkan tangannya pantas Raja Haizran mencapai tangan tersebut lalu membangunkan badannya.
Masih belum terlambat untuknya kembali mencintai yang dahulu dan selamanya kerana mereka telah ditakdirkan bersama walaupun pernah terpisah.
Share this novel