Tashqin memandang bangunan yang mencakar langit sesekali mata melihat kearah kertas bagi meneliti alamat Syarikat yang menyamannya.
"Kau ingat kau hebat nak saman-saman aku kau tak kenal siapa Nadirah Tashqin."Omel Tashqin seorang diri.
Langkah di aturkan kearah Lif sambil bibir mengukir senyuman manis namun cepat-cepat Tashqin membuang senyuman itu.
Papan tanda Kings Holding tertera di hadapan mata Tashqin setelah keluar daripada perut Lif pantas langkah di atur memasuki ruang pejabat tersebut.
Langkah terhenti dihadapam seorang wanita yang tekun memakai listip sambil sebelah tangan memegang cermin kecil.
"Ehem, Excause me boleh saya berjumpa dengan Encik Raja Haizran Fadzal?"Sapa Tashqin sambil memata merenung tajam kearah wanita hitam manis yang endah tak endah melayannya.
"Sorry Pua.."
"Cik Nadirah Tashqin."Bidas Tashqin sambil berpeluk tubuh.Wanita ini menguji kesabarannya selama ini.
"Cik boleh terus lepas tu Cik belok kiri."Arah Amanda tanpa memandang kearah Tashqin tanpa merasa hormat kepada tetamu.Tashqin mengecilkan mata ingin sahaja dia merampas cermin yang dipegang oleh wanita dihadapannya kini.
"Ehem, Awak memang tak belajar Sivik masa sekolah? Sampai nak hormat tetamu pun tiada apatah lagi nak tunjukan dekat 'Tetamu' bilik boss awak? Awak memang di lahirkan cacat ke?"Sinis kata-kata yang di tuturkan Tashqin.Hatinya kian panas melihat keangkuhan pekerja di Syarikat ini.
Amanda berdecit sambil menyimpan alat soletnya lalu bingkas berdiri.
"Tak payah macam budak kecil bila suruh baru nak buat.Lagipun awak buat bukan ikhlas Allah dengar rungut awal tadi."Perli Tashqin lagi lalu berjalan pergi sempat matanya menjerling kearah Amanda yang bermuka angkuh.
Tashqin berhenti dihadapan pintu yang bernama Raja Haizran Fadzal pantas tombol pintu di pulas.Kelihatan lelaki sedang menyandarkan badan yang membelakangkan pintu.Surat saman di hempas kuat keatas meja.
"Yes anything?"Soal Raja Haizran Fadzal selamba.
"Anything abah kau! Kau gila ke? saman saman aku? tak kelakar langsung ke kau memang sejak dari dulu bercita-cita nak menyaman orang? atau kau tak ada kerja? Sini aku bagi kau kerja nak?" Bertubi-tubi soalan yang di berikan oleh Tashqin pantas Raja Haizran Fadzal memusingkan kerusinya ke hadapan.
"Mulut awak ini dari api neraka kan bila bercakap macam panas telinga dengar."Bidas Raja Haizran Fadzal terlopong mulut Tashqin mendengar kata-kata lelaki dihadapannya itu.
Raja Haizran Fadzal sengaja mencari jalan untuk bertemu dengan gadis pujaan hati itu sehingga sanggup mencipta surat saman palsu.
"Neraka dunia baru terasa panas belum lagi neraka akhirat kan."Ujar Tashqin sambil mengelipkan kedua-dua belah matanya.
"Saya nak ganti rugi telefon saya yang pecah tu."Raja Haizran Fadzal beriak biasa telah memanaskan telinga Tashqin.
Tashqin ketawa."Setakat telefon murah macam ini."Iphone8 yang berada di atas meja di pegang oleh Tashqin."Tak menjaminkan apa-apa kalau nak di bandingkan dengan luka dekat dahi ini."Sinis Tashqin menuturkan kata-kata.
"Luka tu sebab kau tu lembik sangat jatuh sikit pun beria nak mampus."Tutur Raja Haizran Fadzal selamba.
"Hish!"Jerit Tashqin geram apabila berlawan dengan lelaki yang tak mahu kalah.Tashqin menarik tali leher lalu mencekup koler leher Raja Haizran Fadzal.
Raja Haizran Fadzal tersentap dengan tindakan kasar daripada Tashqin."Kau jangan cabar kesabaran aku! Dalam hal ini kau yang bersalah jangan sampai aku bertindak untuk menyaman company kau dua kali ganda daripada harga Iphone8 kau yang murah tu!"Ugut Tashqin sambil memandang tepat ke mata lelaki dihadapannya ini.
Cengkaman dilepaskan pantas Raja Haizran Fadzal memegang tangan Tashqin. "Sebanyak mana pun wanita yang saya jumpa awak tetap menarik dipandangan saya."Bisik Raja Haizran Fadzal lembut memdebarkan dada Tashqin.
"Nonsense."Tashqin melepaskan pegangan lalu mencapai tas tangan ingin berlalu pergi namun dia teringatkan sesuatu.
"One more thing, Kau memang tak reti bersyukurkan sekurang-kurangnya duit kau gunakan untuk perkara yang berfaedah bersedekah dekat anak yatim ke? jangan kedekut lainlah kalau kau mati nanti suruh keluarga kau tabur duit dekat atas kubur kau nanti."Berdesing telinga Raja Haizran Fadzal mendengar sindiran gadis yang berjaya mencuri hatinya itu.
Tashqin melangkah keluar daripada bilik lelaki yang menyakitkan hatinya."Saya nak awak jadi kekasih saya."Langkah Tashqin terhenti.
"Maaf saya dah berpunya."Ujar Tashqin sebelum melangkah pergi meninggalkan Raja Haizran Fadzal yang sedang tersandar di pintu satu keluhan di lepaskan.
Share this novel