Berusahalah untuk memiliki cinta itu namun seandainya dia menolak sedarlah dia bukan tercipta untukmu.
Sebuah kotak cincin di letakkan di atas meja.Dato Paduka Nasrol dan isterinya memandang sesama sendiri sambil bibir mengukir senyuman.
"Hajat saya ingin memperisterikan Tashqin seikhlas hati sebab saya dah lama menyimpan perasan terhadap beliau.Kalau Auncle dan Auntie sudi?"Tutur Raja Haizran sambil mata memandang kearah sepasang suami isteri.
"Iz dah tanya Ekin ke?"Soal Datin Paduka Tasneem manis.
"Belum sebab saya patut minta izin pada kedua ibu bapa dia dulu.Iz redha andai Ekin tak dapat menerima Iz.Iz cuma menyatakan hasrat di hati."Ujar Raja Haizran membuatkan Dato Paduka Nasrol tersentuh dengan peribadi yang berlainan antara Raja Haizran dan Haizren.
"Baba akan bertanya dengan Tashqin dulu nanti jawapannya Baba akan minta Tashqin beri sendiri pada Iz ya."Ujar Dato Paduka Nasrol dengan membahasakan diri Baba membuatkan Raja Haizran mengangguk laju.
Dum!
Sebuah fail setebal buku beribu muka surat di lemparkan oleh Tan Sri Raja Haidar menghentikan lamunan Raja Haizran pantas mata dipandang kearah Raja Haizren yang hanya menunduk.
"Kau buat apa Zen kali ni?"Soal Tan Sri Raja Haidar sambil mata mencerlung memandang anaknya.Raja Haizran hanya menyandarkan tubuhnya ke dinding sambil menyelup kedua belah tangan kedalam poket.
"Kalau ada masalah sekali pun cakap lah! pekerja lain boleh buat kan lakaran bangunan yang bermutu tinggi ini apa setakat lakaran macam ini budak tadika pun boleh buat Zen!
Tolonglah sedar kan diri tu yang kau masih berkerja dekat King Holding dan kerja kau adalah menguruskan setiap plan yang bakal di bina itu pun aku nak kena ajar ke?
Kau dah lama uruskan company ni dari dulu lagi tak akan sekarang dah protes? "Marah Tan Sri Haidar lantas melepaskan keluhan berat.
Raja Haizren mengangkat wajahnya."Zen minta maaf dekat Papa Zen silap Zen stres dengan pernikahan.."
"Pernikahan tetap pernikahan kau hanya akan melafaz bukan pembinaan tiada lakaran pun yang kau kena buat Zen! "Tengking Tan Sri Raja Haidar.
Raja Haizran berjalan kearah Papanya pantas tubuh itu di pegang."Kalau kau masih protes pasal masalah dulu kau boleh keluar dari company ni aku dah banyak bersabar dengan kau! "Halau Tan Sri Haidar mengejutkan kedua-dua anaknya.
Berita yang baru di terima oleh orang atasan tentang projek yang tidak diluluskan akibat lakaran yang di siapkan sama dengan binaan projek lain.
"Zen minta maaf Zen pembetulkan."
"Tak payah kau fokus dengan pernikahan kau biar hal ni Iz yang uruskan.Kau keluarlah aku malas nak tengok muka kau."Halau Tan Sri Raja Haidar pantas Raja Haizren berjalan keluar daripada bilik Papanya.
"BABA nak Ekin buat keputusan yang betul untuk masa depan Ekin.Baba cuma menginginkan yang terbaik dan kebahagian untuk anak Baba."Tutur Dato Paduka Nasrol lalu meletakkan sekotak cincin di atas katil.
"Mama pun mengharapkan yang lebih baik ye sayang."Sambung Datin Paduka Tasneem lantas tersenyum manis.
Tashqin hanya memandang kearah kota cincin namun hatinya hairan siapa pula yang melamarnya."Siapa Ba Ma yang bagi ni?"
"Iz."
"Ha Iz? "Tashqin memandang kearah kedua ibubapa nya yang masih setia menanti.
"Mama tengok keikhlasan Iz nak kan kamu tu lain kamu sendiri tahukan maksud Mama."
"Yang Zen tak macam tu?"Soalan Tashqin di balas dengan anggukan pantas Tashqin tersenyum sendiri.
Benar banyak perbezaan antara dua beradik tiri itu namun satu sahaja persamaan iaitu mencinta insan bernama Tashqin.
"Kami keluar dulu."Dato Paduka Nasrol menarik tangan isterinya yang sempat mencium dahi anak bongsunya itu sebelum berjalan keluar daripada bilik Tashqin.
"Ya Allah seandainya dia benar-benar jodoh yang telah engkau tetapkan engkau dekatkan lah seandainya dia bukan kau jauhkanlah Ya Allah hambamu ini tidak ingin terus tersakiti oleh cinta yang tak pasti."
Doa Tashqin lalu memandang kearah kotak cincin yang berada di atas katil.Hatinya tenang-setenangnya dan dia hanya berserah pada Maha Esa dalam memberikan keputusan yang terbaik untuk hamba yang kerdil ini.
Share this novel