Bab 21

Romance Completed 23986

Raja Haizran Fadzal berulang-alik dihadapan wad kecemasan sambil meraup wajah berkali-kali kalau lah hatinya tidak tergerak ingin menelefon Tashqin pasti perkara tidak diingini bakal terjadi.


Natasha hanya memandang kearah Wad Kecemasan berkali-kali air matanya tidak berhenti mengalir ke pipi.Dia tidak menyangka bahawa Mikael akan bertindak di luar jangkaan dan Tashqin nyaris ingin diperkosa hitam benar hati lelaki itu.


Dato Paduka Nasrol dan keluarga sampai di Wad Kecemasan pantas menghampiri Raja Haizran."Iz.."Sapa Dato Paduka Nasrol sambil bersalaman di ikuti oleh Tashriq dan Fareez.


Ketara wajah kerisauan keluarga Tashqin apabila dimaklumkan Tashqin di kejarkan ke Hospital."Macam mana boleh jadi? Dah beritahu Zen? "Soal Dato Paduka Nasrol sambil mata memandang kearah Raja Haizran dan Natasha.


"Tak perlu Auncle.Zen dah tak penting sekarang kita berdoa Tashqin dalam keadaan baik sahaja."Bidas Raja Haizran mengejutkan semua berkali-kali wajah Raja Haizran di pandang meminta perjelasan.


"Apa yang jadi ni Auntie tak faham?Asha?"Soal Datin Paduka Tasneem sambil memandang kearah Natasha yang hanya memandang kearah lantai.


"Macam mana Iz nak cakap ni, tapi Iz minta maaf dulu dekat Auncle Auntie dan semua yang Zen..."Raja Haizran mengeluh.


Semua tertunggu jawapan sebenar daripada Raja Haizran yang menyusun ayat untuk menjelaskan perkara sebenar.


"Zen akan bernikah dengan perempuan pilihan Bonda."

"Hah? Ap..Yang Zen! "Datin Paduka Tasneem terkedu sambil mata memandang kearah suaminya.


"Wait, kenapa boleh jadi macam ni?"Tashriq bersuara sambil memandang kearah Raja Haizran.


Nasuha dan Fareez memandang sesama sendiri."Iz tak tahu nak cakap macam mana tapi Iz minta maaf bagi pihak keluarga Iz.Iz masih terkejut dengan keputusan ni."Raja Haizran menjadi serba-salah dan malu dengan keluarga Tashqin akibat perbuatan Puan Marina.


"Sebab tu Ekin masuk Hospital?"Nasuha bersuara pantas Raja Haizran mengelengkan kepalanya.


"Sebab apa Iz?"Sergah Datin Paduka Tasneem pantas Dato Paduka Nasrol mengusap lembut bahu isterinya supaya bertenang.


"Tashqin hampir di rogol." Raja Haizran mengetap bibir.


"Sapa? Zen?" Soal Tashriq kuat.


"Mikael. "


"Ya Allah Yang anak kita.."Datin Paduka Tasneem memeluk erat tubuh suaminya pantas Nasuha memeluk erat Mamanya.


"Tak guna punya Mikael.Sekarang dia dekat mana?"Soal Tashriq tidak berpuas hati sambil mengenggam penumbuk.

"Dekat balai polis."


"Reez? Apa ni?"Soal Datin Paduka Tasneem sambil memandang wajah Fareez pantas Fareez melepaskan keluhan berat dia benar-benar tidak percaya dengan berita yang baru didengarinya.


"Maa bukan salah Reez."Bidas Nasuha tidak ingin tunangnya di salah erti.


"Terima kasih Iz selamatkan adik aku."Ucap Tashriq lalu memeluk kemas tubuh Raja Haizran.


Seorang Doktor wanita keluar daripada Wad Kecemasan pantas semua ahli keluarga menghampiri begitu juga Natasha dan Raja Haizran.


"Nadirah Tashqin dalam keadaan stabil cuma bagi dia rehat sebab dia kekurangan air."Jelas Doktor yang bernama Ernie sambil menyeluk kedua-dua belah tangan kedalam poket baju lab.


"Boleh kami masuk?"Soal Nasuha.


"Boleh tapi dua orang sahaja sebab tak nak pesakit terganggu bagi dia berehat sepenuhnya.Saya minta diri dulu."Doktor Ernie berlalu pergi.


Datin Paduka Tasneem menarik tangan suaminya masuk kedalam Wad Kecemasan.Tashriq memandang kearah Raja Haizran yang tersenyum lalu memandang kearah jam dipergelangan tangan.


"Aku minta diri dulu sebab ada meeting sejam lagi nanti apa-apa kau call aku , esok aku datang."Pinta Raja Haizran sambil bersalaman dengan Tashriq dan Fareez.


"Macam mana dengan Mikael tu?"Soal Fareez.


"Nanti pihak polis akan telefon untuk sementara waktu Mikael di tahan untuk di soal siasat."Ujar Raja Haizran lalu berjalan keluar di ikuti oleh Tashriq dan Fareez.


Nasuha memandang kearah Natasha yang hanya mendiamkan diri."Asha cuba cerita dengan Akak apa yang jadi? "


Natasha menceritakan perkara yang terjadi pada hari ini kepada Nasuha.Seandainya tadi dia tidak mengikut kata hati pasti perkara yang teruk bakal melanda Tashqin.


Natasha berharap Tashqin mampu menguatkn diri menerima suratan yang telah di takdirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience