Sudah sebulan Raja Haizran dan Tashqin hidup sebagai suami isteri yang sah ditambah pula Raja Haizran telah menceritakan perkara yang terjadi antara isterinya dan Mikael.
Kini Mikael telah menerima hukuman yang setimpal atas perbuatan berniat merogol sepuluh orang wanita yang salah seorangnya Tashqin dan Arwah Thalia namun Mikael didapati bersalah dengan sengaja melanggar Tashqin.
Semua bukti telah dikemukakan pada Polis oleh siasatan Zalfa Afnan sebagai seorang anggota Polis.Raja Haizran sangat bersyukur separuh kes telah selesai kini mereka menikmati bulan madu dan menempuhi segalanya dengan baik.
Raja Haizran melabuhkan punggung diatas kerusi sambil mata memandang lima pinggan lauk yang tidak pernah di makan malahan dilihat oleh nya kecuali sambal tempoyak dan gulai tempoyak.
Tashqin sudah tersengih sambil memandang wajah pelik suaminya."Hari ni Sayang nak Bie rasa kelima-lima pinggan lauk kegemaran Sayang."
"Sa.."Kata-kata Raja Haizran terhenti pantas bibir mengukir senyuman sambil memandang kearah isterinya yang sibuk menyusun pinggan diatas meja.
"Lauk pertama ni gulai asam rom cara masak dia guna biji isi getah."Tutur Tashqin memperkenalkan nama masakan dan cara masakanya pada suami tercinta.
"Biji isi getah? Yang busuk tu ke?Boleh makan ke tak mati? "Soal Raja Haizran membulatkan mata terkejut dengan nama masakan yang tidak pernah langsung didengarinya.
"Kalau mati dah lama orang tak masak buat gulai Syurgaku!"Jelingan maut Tashqin kearah suaminya.
"Panggil Syurga tapi jeling-jeling suami."Bebel Raja Haizran sambil membuat muka bosan.Tashqin mengetuk lembut meja.
"Ehem.. Mangkuk kedua ni gulai batang keladi tapi ada saja orang masak keladi punya bunga alah ikut suka diaorang lah janji sedap."Raja Haizran sudah menelan air liur melihat kepekatan tempoyak iaitu makanan kesukaannya juga.
"Bie suka makan durian kan? "
"Haah tempoyak pun Bie suka Mummy selalu masak."
"So kali ni Bie boleh rasa masakan Sayang pula.Pinggan ketiga ni sambal tempoyak ikan bilis yang ni sedap sangat tapi lagi sedap kalau pedas."Ujar Tashqin pantas Raja Haizran mengangguk melayankan sahaja perangai ala-ala pengacara dalam televisyen.
"Yang keempat ni sambal hitam."Raja Haizran memandang sambal yang gelap hanya nampak bawang dengan ikan bilis sahaja.
"Orang minyak buat ke?"
"Orang minyak pula. Nama dia lah Bie sebab dia diperbuat daripada belimbing buluh."Raja Haizran mengerutkan dahi hairan tidak pernah didengari almaklumlah orang bandar tapi tempoyak tu sudah menjadi menu wajib keluarga Raja Haizran.
"Dalam buluh ada belimbing ke?"Soal Raja Haizran membuatkan Tashqin menepuk dahi susah bercakap dengan orang duduk bandar ni tapi janganlah bengap macam tu sekali.Sabar suami tu.
"Nama dia lah! senang nak beza dengan belimbing buat colek tu."Ujar Tashqin pantas mengeluh kecil.Raja Haizran sudah tersenyum sengaja dia ingin menyakat isterinya kepoh sangat bila bercakap.
"Yang terakhir yang dinantikan air garam timun."Tashqin meletakan pinggan berisi timun yang siap digaul dengan tempoyak dan ikan bakar.
"Ingat Bie lembu ke buat air garam?"Soal Raja Haizran lagi sambil mengecilkan matanya.
"Ya Allah Bie ni makanan jarang orang tahu hanya orang tertentu saja yang tahu dan Sayang sangat sukakannya."Kecur air liur melihat makanan sendiri sambil mengkelip-kelipkan matanya.
"Ada jaminan ke makan ni?"Soal Raja Haizran tidak puas hati apabila makanan pelik yang tidak pernah didengari langsung.
"Adalah."
"Apa? "
"Jaminan ke syurga apabila isteri memberi layanan yang perfect dekat suaminya seperti membuat suaminya kenyang menyuap nasi ke mulut suami dan menjaga hati suami."Tashqin tersenyum manis sambil memandang kearah suaminya pantas Raja Haizran mencuit hidung isterinya.
"Bahagia rasa."
"Mengada berbalik pada air garam timun ni senang nak buat just potong dadu timun atau parut pasto bakar ikan tak kisah ikan apa janji boleh makan lepas tu bancuh dengan air masak bukan air paip isi garam isi tempoyak manis sikit kacau dan rasa kalau kurang tambah lagi garam."Jelas Tashqin panjang lebar.
"Dah habis?Bila Bie boleh makan asyik Sayang ajar cara nak masak bukan Bie boleh masak pun."Raja Haizran sudah memegang sudu untuk merasa pantas Tashqin menghulurkan air garam timun pada suaminya.
"Maafkan saya Syurgaku.Dipersilakan makan ya."Raja Haizran meletakkan kembali pinggan berisi air garam timun diatas meja sudu di alihkan kedalam pinggan gulai asam rom.
"Bie nak rasa gulai asam rom."Sudu berisi kuah gulai dimasukkan kedalam mulut tiba-tiba.
"Werk.."Raja Haizran berlari ke singki pantas Tashqin mengejar suaminya lalu mengosok bahu suaminya yang sudah memuntahkan sisa.
"Bie tak kan awak mati kot makan gulai ni?"Ujar Tashqin cuak apabila suaminy tiba-tiba muntah.Raja Haizran mengangkat badannya memandang kearah Tashqin.
"Minta Bie mati cepat ke?"Soal Raja Haizran geram dengan kata-kata Isterinya.Tiba-tiba telefon bimbit Raja Haizran berbunyi pantas poket seluar diselup.
"Hello Iz balik sekarang! "Arah Puan Sri Fadilla pantas meletakkan panggilan tanpa sempat anaknya ingin menjawab.
Share this novel